Termasuklah mencelup toys dia masuk dalam cup dia, masa Mama suapkan nasi untuk dia. Bila Mama lepa sikit je tengok TV, tup tup tengok itik mainan die sekor dok kelemasan dalam cup dia. Tadi pun hampir hampir dah Likha celupkan itik tu dalam bubur nasi ikan bilis dia. Jadilah bubur itik. Huhuhu.

Oleh kerana perangai dah pandai mencelup macam ni, Mama Papa pun beli kan lah Simon The Snail Shape Sorting ni.. So nanti tak lama Likha boleh belajar shape shape tu dan celuplah kat tempat tempat yang sesuai ya..? ;)

Dah puas celup, amek benda ni buat helmet plak..

Tengok cup tu. Air dah di tumpahkan, dimasukkan shapes tu kat dalam cup..

Buat masa ni belum lagi pandai masuk kan satu shape ke hole shape yang betul. Tapi tahu lah nak sepah sepahkan shape tu.

Jap lagi ni pandailah tu celup handphone Mama masuk dalam cawan. Masuk air la gitu.
Sekian...!
No comments:
Post a Comment