Alhamdulillah, persiapan raya untuk keluarga sudah lengkap. Hari ni, bertopsy turvy nak packing semua barang masuk bag. Yebba yebba, kami akan pulang berhari raya dengan kereta. Harap harap Likha takde buat hal sangat sepanjang perjalanan. Semoga kami selamat sampai dengan selamat dan melalui perjalanan yang baik baik saja. Dan dengan happynya jugak, kami akan bercuti selama 12 hari di kampung. Wooohoho! Sakan la balik kampung.
Baju raya untuk mektok. Baju kurung cotton same color tema our lil family, dah ku jumpai... Dress, gown dan baju casual.Berapa jam budak kecik ni boleh pakai dress eh..?

Kuih raya untuk family dan family in law ku. Harus ada. Tahun kedua beraya ada dua rumah ;) Perasan tak, kuih kuih ku semua gelap gelap gelita. Ni lah akibat mengorder tanpa tengok rupa bentuk biskut, tapi memang 1st ku prefer choc dulu ;) Kat KB nak pick up lagi setengah dengan member baik ku, Wanie. Tahun depan, buat sendiri. Yea, tunggu oven siap pasang semua dulu ;)
Kereta pun dah siap diservis dan tukar tayar mayar segala bagai. Siap sedia untuk berjalan jauh. Kereta pun nak raya weii.. Kebetulan pulak major servis, bermalam la 
Last, tidak dilupai duit raya. Sudah menjadi tradisi sejak tahun kedua sambutan raya bersama. Not color biru untuk anak anak buah yang dah lepas SPM, tak kira lah masih belajar kat U or dah kerja or dah kahwin, yang not color merah untuk anak anak buah yang bawah umur 18 tahun. Tak kira umur 2 tahun pun dapat yang sama. Adil dan saksama. Dan yang not hijau.... adalah bahagian saya sebenarnya. Yang dua color tadi, bahagian Papa. Hehehehe. Ok, ini untuk anak anak buah belah Papa dan belah saya juga. Bagi adil dan saksama. Takde kurang dan lebih. Anak sedara Papa, anak sedara saya jugak, cam tulah jugak dengan Papa. Harus lah adil, so that esok esok anak saya pun orang akan berlaku adil jugak. Cewaaahh... Tak gitu..?
Oklah, ni tahun kedua saya bersama seorang suami dan tahun pertama bersama Malikha. Masalah nak balik beraya di mana tidak pernah menjadi masalah, sebab hala tuju kami adalah sama. Satu kelebihan disitu. Cuma tahun lepas, hari pertama raya di rumah MIL dan tahun ni Papa dah decide kat rumah my family plak. Happy of cos lah, sebab tahun lepas ku dah terlepas nak beraya dengan abang abang ku di pagi raya sebab anak anak buah Papa ramai sangat.. Huhuhu nak tunggu abis turn membagi duit raya tu sampai berjam jam hehehehe. Malikha is cucu ke 32 belah my MIL ;)
Actually, bagi saya tak kisah sebenarnya nak raya mana mana. Sebab rumah MIL ngn rumah my parents tak sampai pun 20 minit. Kalau rasa nak tidur sana, start kereta nahhh sampai... Kalau rasa nak tidur sini lak.. Jom... jap tu dah sampai... Hehehehehe. Untung kan..? Tak boleh imagine, kalau seorang belah Utara seorang belah Timur... Huhuhu Nangis syahdu syahdan la pagi pagi raya....

Ok, so far takat ni lah. Insya Allah, kita akan bersambung siaran bila kat kampung nanti.. Oh ya, zakat fitrah untuk kami bertiga tahun ni, Papa akan langsaikan di kampung halaman nanti. Macam tahun lepas lah. Ewah... Berapa ya untuk tahun ni..? Tak kisah berapa pun, yang wajib tetap wajib.... Barulah sempurna segala tanggungjawab kita.. Insya Allah... Oh, Ramadhan pun dah nak berlalu kan..bila Raya dah nak menjelma... Umur panjang, jumpa lagi tahun hadapan....
Then, saya percaya esok dah ramai mula bercuti dan merancang perjalanan untuk balik ke kampung. Jadi, pastikan semua dah ok, jangan lupa kunci rumah elok elok dan mulakan perjalanan dengan Bismillah dan doa naik kenderaan. Semoga anda semua selamat sampai ke destinasi yang ditujui masing masing, jangan gopoh dan tak perlu jadi hero di tengah jalan ya. Kepulangan kita semua dinanti.... Ingat orang orang tersayang yang menunggu.. Dan, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin....!
Samat ali laya untuk awan awan Amma syumeee.... ;)Untuk saya dan keluarga, semoga raya tahun ini akan lebih bermakna setelah berdepan dengan pelbagai dugaan yang ujian dari Allah swt tanpa henti... Semoga yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi... Dan semoga hubungan kami sekeluarga dan adik beradik utuh seutuhnya... Insya Allah...
Kad raya blog akan menyusul nanti.... ;)
Sekian..!!
1 comment:
wah, nak duit raya jugak..senang ztee beraya, tak sampai 20 minit dah sampai ke umah sendiri...iera plak thn nie kene balik KK..hehehe....
selamat hari raya untuk ztee sekerluarga. have a safe journey~~
Post a Comment