SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Tuesday, September 28, 2010

Dah 11 Bulan Aku Merasainya...

 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi... hari ini saya masih bernafas sebagai seorang ibu dan masih mampu melihat anak membesar... Celik saja mata, anak di sebelah saya tidur dalam keadaan damai tanpa pernah memikirkan susahnya dunia di luar sana... Di sebelah sini pula, belahan jiwa saya yang kepenatan dalam ketenangan sebelum kembali bangkit untuk memulakan semula rutin harian demi rezeki yang halal untuk sebuah keluarga kecil.... Bersyukur sangat. Masih bersama dua nyawa saya yang miliki hari ni...., membuatkan saya masih terus ingin meneruskan hidup ini walaupun umpatan, cacian, makian, kata kata orang, pujian di luar sana yang kadang kadang membuatkan saya nak tersungkur.






Sudah 11 bulan, hadirnya anak saya... Lagi sebulan nak genap setahun. Amanah dan anugerah Allah swt yang tidak ternilai, yang tidak boleh saya beli di mana mana pun.. Tiada galang gantinya mereka mereka tercinta ini... Terima kasih Ya Allah, kerana memberi saya peluang untuk merasai nikmat ini, dan merasai kembali seperti mana Umi dan Abah merasainya dulu...



Setiap ibu, pasti sayang dan cintakan anak nya melebihi segalanya. Tak perlulah nak membandingkan anak kita dah pandai tu, anak aku dah boleh tu, eh anak kau belum lagi. Anak aku minum susu badan, eh anak kau minum susu lembu.. Tak perlu lah anak orang minum susu lembu, eh anak aku pun minum susu lembu jugak lah.  Anak aku hensem, anak aku cantik comel, eh anak kau anak gajah... Setiap ibu semua nak yang terbaik untuk anak anak, kalau boleh kenapa kau tak susukan anak kau dengan susu badan kau sampai tua bangka...???



Tak perlu lah nak membanding bandingkan anak anak kita. Anak masing masing, jaga lah masing masing.. Setiap anak, Allah dah jadikan kelebihannya. Ibubapa, pergi cari dalam celah lubang mana pun...dah tentu nak bagi yang amat-paling-terrbaik untuk anak.. Cuma cara masing masing adalah tidak sama dan berbeza. Jangan lah kau nak pertikaikan, janganlah kau nak gaduhkan.. Asalkan kau bukan ibu ibu yang sakit, teran, beranak, bungkus dan campak anak kau tepi jalan....!


Sekian..!

1 comment:

Yoshi Aiko said...

Handbag tu plg beset..hahaha