SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, October 29, 2010

Lain Dulu Lain Sekarang

Dulu, kerusi stool Ikea ni terletak elok je. Takde sesapa pun nk usiknya. Lani, tak leh dah. Dah ada orang pandai tunggang terbalikkan dia.... Lepa sikit, macam nilah jadi nya...




Macam best jer duk dalam tu.
Mama nak try gak, tapi tak muat.







Ustajah kecik ni macam Tokmi dia pulak bila Mama nengok.
Betul lah.. Dengan cara duduknya.
Huhuhu..




Sekian..!!


Wednesday, October 27, 2010

Kad Birthday Likha

Tak kira lah nak tayang jugak. Sebab Mama Likha terkagun sangat dengan kad ini. Jakunnya.
Huhuhu.


Tenkiu Aunty Dda, yang susah susah create untuk Likha kan....?
Nah tertempek kat dinding pesbuk Mama.


Yang pasti, Mama Likha terlebih suka... Likha apa lah tahu. Hehehe.

Sukanya Kat Kucinggg

Mama Likha dan seluruh keluarga memang minatkan kucing. Ciklonggg Likha jer tak, sebab dia ada asma yang teruk. Dulu, kat rumah Abah Umi kalau takde kucing tak sah lah. Rasa macam tak lengkap satu keluarga. Dari kecik sampai ke besar, macam macam jenis nama kucing ada yang menghuni rumah kami. Masih ingat kucing Mama Likha masa umur 5,6 tahun dulu, nama Dony & Mary. Sepasang. Then dah makin ke besar, macam macam lagi nama kucing yang diberi. Ada Rubi, Ogy, Kopi, Tiger, Nona, Conet dan Cupid lah yang paling di sayangi...


Meh nak tengok gambar zaman lama lagi.




Nampak gayanya Likha pun suka cik tucen lah.Pergi mana mana nampak kucing jer, mula lah... Bunyi meowwww pun dah pandai buat... Lembut je dengar... Macam ''Iyaaauu'' gitu...  Sweet sangat ;)






Tunggu Likha besar sikittttt lagi, Mama nak cari sekor dua kittens. Buh kat rumah. Ala..., bukannya susah pun jaga kucing kalau dah minat kan..?
Takde baby oklah kan...?
Likha bukan baby lagi nanti ;p




Mama Likha ni kalau kucing ke rabbit ke suka sangat. Manja kan benda tu sume. Cuba kalau ikan ke, burung ke tak suka lah... Sebab tak boleh nak peluk cium...
Tak puas rasanya kalau berhobi bela binatang yang tak leh dijamah dan dibelai.
Hhehehehehe...


Sekian..!!

Tuesday, October 26, 2010

Kisah Permulaan Likha

Aniway, Mama Likha nak cakap THANKS kat semua yang wish beday and doakan yang baik baik untuk Likha. Kat FB, ada yang hantar SMS.. At first, tak sangka jugak ada yang wish....Hhuhu.. Yelah, FB Mama, hanset Mama kan..., sekali wish untuk Likha...Hehehe. Tq ye yu ols atas ingatan semua.... Ni belum lagi buat beday bash lagi ni ;p.. Tak sabar rasa nak jemput korang semua ;)




Actly, Likha ada buku record ni. Ni dapat present from Aunty Fareha yang hadiahka sebelum Likha lahir lagi. Thanks ya, sebab buku ni amatlah berguna... Segala jenis progress dan development Likha from month to month catat kat dalam ni.. Cuma Mama jer yang culas nak merekod. Semua rekod kat dalam kepala jer. Huhuhu.


Nampak tak yang cinonet bawah gelang tu..
Tulah die tanda jalinan kasih antara ibu dan anak.
:)
Takkan putus sampai bila bila.



 Nak dengar tak kisah masa Mama ngn Papa decide untuk namakan Likha?



Hari ke 7, Likha gugur tali pusat, mencukur sedikit rambut dan juga menamakan
serta mendaftarkan nama Likha,
Nur Rabiya Malikha.
Mulanya ramai yang macam konfius jer bila dengan nama Malikha.

Dulu Mama berangan nak baby boy, suka dengan nama Mikhail.. Berkenan kat anak mat saleh jiran Cik Lah kat Bukit Jelutong, namanya Mikhail, mak paknya panggil Mika, Mika. So Mama Likha pun jadi suka lah dengan nama tu. Tapi masa dh mengandungkan Likha, at first lagi dah rasa... macam baby girl...
Ada satu hari, dah preknen 4,5 bulan rasanya, masa lepak dalam surau kat ofis lama, nak tunggu solat Asar, belek satu buku agama.. ada nama nama dalam Islam... jeng jeng jeng... tetiba terus ternampak nama Malikha... yang bermaksud Permaisuriku... terus terkenan. Balik terus cerita kat Papa... Kira terbalikkan dengan Mikhail lah kan..?

*Panjangnya.. berhenti lelah jap.


Pastu masa dah sarat pun, we all dah start panggil Likha. Kalau sesapa perasaan, saya dah mula letak caption mana mana gambar yg uplod kat Friendster or blog ni takde FB lagi masa tu... 
''Mama Papa Likha''... :)
Kemudian cari lagi, combination. Saya berkenan dengan Aisya dan Khadeja...
Sounds like Aisya Malikha oklah kan..? Tapi not suit to Khadeja Malikha..
Berkenan jugak Irdyna Malikha..
Banyak lagi lah choices nya.
At last, Papa nak Rabiya. Tu pun masa Likha dah lahir baru konfirm.
Oklah... akhirnya konfirm Nur Rabiya Malikha.
Kami suka dengan nama ni.
Orang kat Kaunter Pendaftaran cakap, cantik nama.
Dan macam macam lagi lah yang cakap. Unik, pelik, sounds Arabic, sound Hindustan.
Yang cakap, tak sedap pun mungkin ada.
Who knows?


*************************************


Yang paling best, nak cerita pasal TokMi Likha..
Bila dah decided nama ni, bagitahu lah TokMi. Masa tu semua orang ada.
Sekali apa TokMi cakap...
''Hah...? Apa...? Arabiya Amerika..???''
''Nama gapo tu??''
Haahahahaha.
 TokMi ni sekali cakap memang tak jelas. Tu yang salah dengar tu..




Apa apa pun, Mama ngn Papa dah buat yang terbaik untuk Likha.
Nama adik adik Likha sampai adik ke 8 pun dah ada.
Ngeeee phewwwwwww...
Masih jugak unik dan pelik sikit ;p


 Meh tengok besday girl meh...
Tengok video sendiri, setahun yang lepas ;)





Lagi satu, last but not least
*
*
*
*
*
*
*

Gelakkan diri sendiri.
Huwawawa huwawawa...
Malu lah tu!


Sekian..!

Survey Susu

Mama Likha tengah pening nak tukar susu apa untuk Likha. Likha dah pun setahun, masih lagi dengan Frisolac Step 1... Step 2 aritu tak berapa sesuai dengan dia. Ni nak jump terus ke Step 3, tak tahu lah macam plak ragamnya. Dr advice suruh campur slow slow, takut kang terkejut nanti perutnya..


Diskas diskas dengan Papa, ingat nak tukar ke susu lain.. Either Dumex or Enfagrow... Takpun nanti stick jer ngan Friso Step 3...


Mommies2 out there, boleh tak share dengan Mama Likha ni...? Susu apa yang baby uols minum..Jangan cakap pasal susu ibu lah yer, sebab Mama Likha memang tkleh produce susu dah.. Huhuhu..


Thank ya!


Sekian..!

Monday, October 25, 2010

Its Has Been A Year!!!


Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Nur Rabiya Malikha.
Allah Selamatkan Kamu...!



Ahernya genaplah setahun usia, puteri sulung kami.
Setahun kisah perjalanan yang penuh macam cerita, cabaran, mendebarkan, keseronokan, kasih sayang, penat lelah, pengajaran dan suka duka sudah berlalu.
Di usia menginjak setahun....,
Tiada apa yang lebih mustahak melainkan doa doa kami dalam menemani perjalanan dia untuk menjadi seorang manusia yang berguna.
Insya Allah, semoga Malikha membesar dalam keadaan yang baik baik sahaja.




Detik 10.03pm 25.10.2009.
Lahirlah Malikha ke bumi Allah tercinta ini.



Detik 10.06pm.
Bersua muka buat pertama kali dengan Mama.
Indahnya ciptaan yang cukup sempurna, sihat dan comel.







Segala kisah kelahiran dan kronologi hari membawa Likha ke dunia ini dah ada di blog ini. Terima kasih jika ada yang telah mengikutinya.



1030pm jap tadi, Papa dan Mama dengan happy menyambut bday Likha,in advance,  buat pertama kalinya dalam hidup kami. Happy dan seronok sangat. Rasa sayang dan cinta tu makin bercambah cambah.... dan makin tidak terungkap... Hari ni, sejak pagi lagi Papa Mama manghitung nak tunggu detik 10malam. Jap jap tengok jam, jap jap cakap.. ''Likha lagi berapa jam Likha nak jumpa Papa Mama ni..''... Hemm.. Best moment lah dalam hidup kami... Mengimbau balik setahun yang lepas, masa masa yang penuh mendebarkan dalam waktu menantikan Likha ke muka bumi ini... Heehehehe.




Strawberry Chocolate Cake yang hanya boleh dimakan Mama lepas tu.





Likha cuba nak tiup lilin, abaikan suar tidur GAP Mama yer.
 Tak paham dengan bday, tak pernah habis dengan kerja kobek hbag Mama
 



Alhamdulillah, sejak wujudnya ANUGERAH ini.. rezeki Papa dan family kecit kami
tidak pernah putus putus.
Benarlah janji Allah, setiap anak adalah pembawa rezeki.
Insya Allah, Papa Mama tidak akan mensia siakan dan mengabaikan
anugerah dan amanah yang paling berharga ini.



Kasih sayang Papa Mama tidak pernah berbelah bagi untuk Likha....
Sayang selamanya...
Muahhh..!


HAPPY 1st BIRTHDAY, MALIKHA!

Friday, October 22, 2010

Bizi Macam Lebah

Salam..


Yuhuu lama tak hapdet.. Puas lah duk cuci mata tengok gambar Likha berpeluk pelukan dengan Papa yer ehh..? Dah dah la nengoknya.... Malu Appa.... :) Tulah, bila tengok orang orang tersayang kita tidur...., terus cair secairnya hati yang keras ni... Betapa innocent kan muka mereka.. Tak kiralah suami tercinta, anak..., mak pak pun ya.... Betapa sayangnya...., taknak terasa kehilangan sikit pun.... Hurmmm..


Lately ni bizi sikit, menguruskan anak, rumahtangga. Kalau ada pun yang nampak saya beronline, demi satu kerja yang menuntut saya untuk beronline jugak walaupun sekejap, saya mesti kena curi masa dalam sehari. Alhamdulillah, rezeki semakin mencurah kat situ.. Ok, Nak hapdet blog tak sempat, apetah lagi nak berjalan jalan di blog kengkawan kan... ?


Sekarang ni masa dah takde dan dah kena makin kurangkan sikit untuk berblogging bagai... Budak ni dah makin membesar, banyak sangat perhatian yang nak kena bagi dekat dia. Banyak benda lagi dia belajar dan Mama di ajarkan dia kat rumah ni... Macam macam lah. Kecik kecik dah jadi cikgu.






By the way, Likha demam lagi. Baru je lepas baik. Tulah, makin nak membesar makin kerap tak sihatnya. Orang tua cakap, its time baby nak membesar. Sakit demam adalah untuk meringankan tubuh dia. Kawan pula cakap, biasalah bagi budak budak. Its time untuk menguji ketahanan tubuh badan dia.


Mama tak peduli lah mana satu. Tapi bila dah anak demam, attention kat dia kena bagi extra plus plus lagi. Kalau boleh sakit tu dipindahkan pada kita, sanggup. Tapi apakan daya. Rupanya demam, naik gigi baru lagi. Gigi ketiga dan keempat Likha dah tumbuh pun kat belah atas. Dah nampak gigi kapaknya. Mulanya Mama ingatkan sebiji jer, besar kemain. Papa cakap alamak gigi Rabbit ke.. Ohh rupanya dua sekali naik... 





Bila dah demam macam ni, DEMC harus di tujulah. Dr pernah pesan, simpan ubat demam kat rumah. So that bebila anak demam, kasi ubat demam terus. Tapi Mama Papa tetap tak confident, nak jugak gi mengadap Dr.. Ubat masuk kot bontot pun tak berjaya, sebab kami failed... Sian Likha, tak menjadi. Mengekek ngekek pulak gelakkan Papa.. Huhuhu...
Berat Likha stick 8.8kg... Tak naik naik dah berapa bulan eh.. Itulah, bila sakit demam macam ni, aktif explore rumah ke sana ke mari.... Likha maintain on scale. Pasni selim melim lah jawabnya... Pasni boleh dah praktis jalan slow slow kan.. tayang..??





Moyot jer demam.


Sempat curi masa temankan Papa ke Pejabat Jualan Hartanah untuk setelkan urusan hal rumah baru nanti. Jimat masa, uruskan banyak benda dalam setengah hari. kan kan...


Oh ya. Latest update : Bday Likha postpone to end of November... Orang orang kat KB request suruh buat cuti sekolah. Macam lah Likha yang sekolah huhuhu. Ok, orang sana tak datang, siap lah. Hehehe.. So nanti yuols guys pun, ztee update later yer... For me, sempat lagi lah nak buat preparation ni.  ;)


Sekian..!!

Monday, October 18, 2010

Life Is Beautiful

 Selalu tahu Life Is Beautiful kan..?


Kerana apa hidup anda indah..? 


Hidup saya indah, kerana mereka ini. Cukuplah ada mereka, sudah cukup..! They makes my life is beautiful, each day.....






So nak blame sapa yer, kalau Papa pergi kerja lambat??? Huhuhu.



Long time ago
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


 : 05/12/2010 :




Ni pun one of best momentos Mama dalam hidup seharian since jadi mom ni...
Makin nakal, makin rajin, makin cerdik, makin serba serbi lah.

*
*
*
*
*
*
*
*
*


Sayang sangat, wahai anak!


Sekian..!

Aktiviti Malikha Bersama TokBah

Well... bila ada kat KB... memang ada saja lah aktiviti yang Tokbah cipta untuk Likha. Macam macam lah. Semua dah tahu habit Tokbah, yang suka sangat melayan cucu cucu dia.. Tambah tambah sekarang ni, Likha lah yang menjadi pujaan hati semua kat sana.


Tokbah bawak round sana, round sini. Malam malam pun bawak turun bawah tengok kereta, tengok macam macam lah. Tokbah pun dah steady sikit, kalau bab mendukung Likha... Sebab Likha dah susut badan. Hari tu cepat lelah jugak.Tu lah.. Mama dah cakap, Likha dah susut.. Sejak akhir akhir ni, aktif kemain..., timbang pun tak naik naik...Likha dan Mama sama susut.. Ye ke Mama... Tak auta ker..



Salah satunya ni lah kegemaran Tokbah ke anak cucu beliau. Angkat dan julang tinggi tinggi. Ada lah dalam 10saat.. Tapi masa badan dah kuat lah. Kalau lembik lontek, tak boleh lagi. So, dah sampai masa Likha pun menjadi 'mangsa' julangan Tokbah macam generasi generasi dulu...



Likha menahan gerun ni masa ni.. Jangan meniru aksi ini, jika anda setidak seberani Tokbah Likha yer..





Lets go back to tahun 83... Malikha Snr. pun pernah menjadi mangsa aktiviti kegemaran Tokbah.

Hihihi..


Hamboiii baju Likha Snr... Ada cat meow meowww gitu... ;)
Tu Tokbah lah tu, walaupun nampak tangan sipi sipi jer.
Emmm... Sapa eh snap pic ni??




Ok, sekadar berkongsi cerita.


Sekian, terima kasih..!

Majlis Tahlil Dan Arwah

Kat KB, masa hari Jumaat berkesempatan lah Likha n Mama menghadiri majlis tahlil dan kenduri arwah untuk Arwah Ayah kepada Papa a.k.a Arwah Tok Ayah Likha. Sebenarnya, tiap tiap tahun MIL akan mengadakan majlis ni, tapi ini adalah tahun pertama Mama dan Likha join.




Tak delah menghadirkan diri pun, sebab we all memang stay rumah MIL dua malam. So at first, saya tak tahu pun ada majlis tahlil ni.. Tak bawak pun baju kurung, sib baik ada extra baju kurung dan jubah kat rumah my parents. So sempatlah gi grab jubah kat sana.. See.., kan senang kalau rumah dekat dekat aje ;)




Undangan pun hanyalah untuk orang orang masjid, jiran tetangga dan keluarga terdekat je. Adik beradik yang lain pun takde.. Kami ni sebab kebetulan aja balik ada kerja...MIL, Kakna ( kakak ipar) masak sendiri dibantu dua, tiga orang yang datang membantu...




Apa apa pun, arwah Ayah telah kembali ke Rahmatullah pada 1 Zulkaedah tahun 1991.. Tu yang MIL bagitahu... Dah lama kan, masa tu Papa baru 12 tahun, tak sempat pun lagi nak ambil UPSR arwah dah pergi untuk selama lamanya... Dah 19 tahun dah... Kalaulah arwah masih ada, boleh la Likha dan kami semua menumpang kasih....kan..? Sebak pulak rasa masa menaip ni..., tak tipu!! Kerana bagi saya,  seolah olah Papa adalah jelmaan arwah...


Walaupun langsung tak pernah bersua muka dan berbual mesra.. terasa arwah tetap dekat dihati.. Kadang kadang saya rasa...,kenapalah saya tak sempat dengan arwah... padahal masa tu saya baru darjah 2...



Cucu  ArwahTok Ayah yang paling latest.
Semoga ArwahTok Ayah Likha ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan terpilih oleh Nya dan bersemadi dengan aman disisi Allah swt.
Al Fatihah....



Sekian..!

Sebenarnyaaaa kan..

 Antie antie, uncle uncle, kakak kakak, abang abang, kawan kawan...


Sebenarnya kan.................


Shaye ngan Mama ikut Papa outstation balik Kota Bharu lah..! Papa lah yang ada kerja dia kat sana.
Kalaulah Kota Bharu ada Disneyland....mesti shaye seronok... takdet nanges nanges menjerit tengok power rangers strangers people kat sana yang semua pakat geram nak cubit pipi shaye, pelok pelok shaye, teom teom shaye.. Hihhh.. Shaye ni kan dah tak frenly... Kalau ada Disneyland, dah tentu ada Meeska Mooska MickeyyyyMouse and frens kan..!!





Now shaye dah balik rumah shaye... Nanti shaye hapdet kisah suka duka shaye 4hari 3malam kat sana yer...


Cekian..!

Wednesday, October 13, 2010

Dinner Date Wit BFF

Dapat approval dari Mr Papa untuk bersama Likha berdating dengan Kak Jah malam tadi. Well, KakJah pun dah pindah ke Kota Damansara Seskyen 8.


Dah dekat 3 minggu kot die bermastautin kat sini, belum ada masa nak lepak lepak. Lagi satu alasan, since dia dah pindah sini, kita ambil lah peluang untuk beramah mesra kan..?  Dah time die duk Ampang, sibuk aja kat YM kat FB... '' bila lah kita nak jumpa ni, bila lah kita nak makan makan ni..''


Haaaa.. dah dekat ni meh lah kita jumpa selalu selalu ya... Buat ketupat, makan ketupat dan segala bagai. Opsss! 


Ceh, sedapnya bercakap. Macam aku takde anak, takde tok laki ajer.. Huhuhu. Sekali sekala jer. Jadi, malam tadi beberapa pilihan dibuat, dan KakJah memilih untuk makan western. Oklah, ikut bos! We all ke Big Brother. Alaaa haaa, lebih kurang depan rumah saja dekatnya. Jalan kaki boleh... Tapi sampai sampai kedai dah tutup gamaknya.;)


Makanan harus lah sedap dan berbaloi sangat. Nextime nak ajak Papa lak. Cuma rugi lah sebab KakJah ni tak suka seafood, so nak order seafood platter ke apa tokleh lah..... Ruginye lah orang yang tak suka n tka boleh makan seafood ni kan.. 
Niwey, iklan jap yer...;  
Nanti adik adik ku sila datang ya, kakak mu a.k.a Mama Likha nak belanja makan sini ya!
Likha pun nasib baik lah behave. Memula macam terkujat jugak, mana lah nak pergikan naik kereta comel Mokcik Jah ni.... Opsss gambar tak berapa kualiti... Parkinson jap. Sory kakjah! Muncung tu yang mahal.. Hhehhehe.



Sebab apa Likha suka Mokcik Jah.. Sebab kereta comel Mokcik Jah ada lah dengan bermacam macam yang tergantungnya. Dongak atas, ada Pooh sekor, pandang depan ada Pooh... Heee Likha macam tulah kereta Mama dulu. Segala mak nenek nya ada...




Balik, singgah kat dewan tengok Papa and the geng main badminton.
Wah tak sangka makin ramai player nya ya. Dari 3 orang dulu dulu, sekarang nahh beramai ramai sangat. Malam tadi pun dah 9 orang. Yang bukan player tapi nak jadi 'player' pun ada.
Ok lah ok.. Please watch ourself ok!
Pandai pandai lah korang ya!!!!

Last but not least..!

Tetiba Papa dlam pic ni Mama tengok macam budak umur 18 tahun.
Bila Mama cakap, ohhh Papa bergambar dengan adik lah tu ye.
Wek!
Perasan sudeyyy!



P/S: Rasa-rasanya nak buat acara mingguan lah makan makan bersama KakJah ni.... Boleh tak...?  Hehehe.


Ok, itu saja!
Sekian..!

Terima kerana susah susah membaca ya.


Monday, October 11, 2010

Outstation Lagi

Ceh..! Macam orang keje pejabat jer. Hahaha. Ayat pun skema. Orang orang tua panggil pejabat lah kan..


Hemm.. Ni haaa.. tak pasal pasal tengah minggu ni kena pulak berkalut ribut ikut Papa outsation. Best tu best lah cuma yang tak best.... Bila asyik tempat sama jer.. Nape tak hantar obersi ke oberiber ke... Baru lah Mama tak bosan nak packing barang huhuhu.. Kalau ikut hati, malasnya nak pergi.. Tapi mana boleh, tempat isteri kan di sisi suami. Ceh lagi sekali!





Aku..? Jadi Puan Wan Zetty ke... Aduiii mak!

Ok, sekian..!

Saturday, October 9, 2010

Kegeraman Likha Dan Mama

Salam.


Entry banyak gambar anak pulak ni. Yelah blog ni makin lama makin jaja gambar mektok ni sorang. Saya orang yang hari hari duk rumah, tk boleh nak share story kat ofis, story outside sana. So, share story mory daily routine dengan si kecik yang makin nak membesar ni saja lah.. Huhuhu..


Jemu dah tengok, boleh blah... Hahaha Jahatnya ayat! Jangan marah neh yuols...


Likha ni kan sakit hati betul kalau tengok Mama lipat kain... Heran kan kenapa lah budak budak ni tak boleh tengok benda kemas tersusun elok.. Heeee! Geram tau! Nak jerit kuat kuat sebab lawak betull.... Dia kan sebolehnya nak jugak benda tu terburai bersepah.. Pastu dia tinggal lah.. Bila Mama susun balik.., datang lagi..Tunggang langgangkan balik.. Dia macam geram tau, tak tahu Mama pun lagi geram dengan dia.



Tengok muka geram dia tu. 
Dah, Mama lagi geram ngan Likha....!!



Budak budak ni dia suka observe. Memang ye lah pun..
Masa niilah dia belajar semua benda kan..?
Kita cakap jer dia sepahkan semua, tunggang terbalikkan rumah.
Bila dia buat macam ni, apa akan jadi. Bila macam tu, apa pulak yang jadi.


P/S: Kakjah kerja kerja lipat melipat kain ni bukan untuk housewife saja hokkay.
Setiap orang mesti kena ada tugas ni, unless nak jadikan rumah tempat
macam kucing beranak takpun macam kapal pecah. Hehehe.
Ngeeee~~






Bila kena marah, dia marah kita balik. Amboi.. kecit kecit dah pandai melawan ya.
Macam budak besar dah, biarlah kecik lagi pun.



Muka sedeee.. bila sampai atas, kain baju semua Mama dah bawak lari.. Oh penat woh panjat... sampai sampai hampesss..




Tepuk amai amai dengan itik.
Mesti lah bunyi itik.. Kuwek kuwek..
Sayang sangat dengan cik itik yang chiki chiki tu.




 Anak.. Bila dah ada seorang baru lah faham.
Oh macam ni rupanya peel seseorang anak tu kan..
Mama tak kisahlah, Likha..., Penat ke lelah ke...
Mama seronok sama sama belajar sesuatu benda baru dengan Likha. 
Walaupun hari hari ada saja benda baru yang
Likha belajar dan ajarkan Mama, 
Mama suka dan telatah Likha memangla
buat Mama hari hari nak gigit pipi, paha, bontot, 
perut Likha tu.. Heeeee Gerammm sungguh dengan
anak sendiri!
Makin hari makin menghiburkan..
Tak sangka, dengan anak lah kita boleh curahkan segala galanya...
Kan..?


Anak no 2, 3, 4 dan seterusnya lain pulak peel dan ragamnya kot.
;P
Oppss, Papa nak 8 orang. Mak aii macam kilang lak i.
;p


Dan jangan tak tahu Mama makin lama makin jadi tarzan kat rumah ni..  Semua benda lah yang Likha buat, Mama dengan otomatiknya akan menjerit.. Huhuhu.. Terkejut sebenarnya, tindakan refleks gitu...  Yelah, tup tup Likha sampai depan pintu toilet dengan sendiri, tup tup Likha mengutip benda atas lantai, walaupun hari hari dah menyapu ada saja bendaasing yang tetiba muncul.. Kalau Ibu Moh ada, mesti tip top lantai rumah ni... Huhuhhuhu.. Oiii then Likha pun samalah taknak kalah dengan Mama.. At last, Papa yang tension..... Hahaha..Sory Pa!


Sekian..!!