SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Sunday, October 3, 2010

Tetiba Dapat Kawan Baru


 Minggu lepas, ada sumone add saya kat YM. Tak kenal pulak sapa. Tup tup orang tu buzz saya.




Terkedu jugak. Straight forward dia tanya. Rupanya pasal petua nak tambahkan susu badan, sebab dia pernah terbaca forum kat susuibu.com yang mana saya pernah share experience saya untuk tambahkan susu badan. Oh... itu masa mula mula tengah teruja kumpul segala info untuk susukan Likha..


 Lobak putih ni yang menjadi topik saya dan rakan baru tu..


Memang betul.. Saya kekurangan susu badan. Nak tahu cerita tak..., bila susu saya tak pernah keluar even masa saya tengah preknen, yelah sesetengah orang tu preknen 7,8bulan dah meleleh keluar susu or apa apa cecair dari B kan.. Tapi saya takde pun, sampai lah saya bersalin... Hari pertama kering kontang, hari kedua pun sama, hari ketiga pun sama... B saya pun nampak biasa biasa jer, macam orang yang tak preknen dan bersalin pun ya..


Masa tu, sedih amat sangat. Tak jemu berdoa dan berusaha dengan Papa, kami cuci dan bersih B setiap masa sampai sakit sakit sebab geram sangat nak suruh susu keluar...Saya dan Papa harap harap rezeki Likha masih ada, walaupun masa tu Likha memang dah minum susu formula. Sampai satu saat, rasa macam pelik kenapa saya takde susu..? Ada jugak ke kes macam ni??


Dalam pada tu jugak, saya mula makan lobak putih. Rasanya dalam hari ke 3 or ke 4 bersalin. One of makcik bagi petua untuk banyakkan susu badan. Tak menjadi masalah bagi saya, sebab sup lobak putih ni adalah salah satu feveret saya. Actly, family kiteorang dah biasa sangat dengan lobak putih ni. Umi selalu masak dan kadang kadang makan ratah saja without nasi pun best sesangat. Tapi mungkin sebab masa tu baru lepas bersalin, darah saya berketul ketul keluar. So, saya stop dulu makan lobak ini.


Ajaibnya hari ke 4.. susu saya baru keluar. Yang memula tu melekit, colostrum baru mula keluar.. Betapa sayu dan sedih sangat masa tu... Terus sms Papa bgtahu good news tu... Start hari tu, susu saya mula tak berhenti henti.. Sampai basah basah baju. Merasalah macam mana bengkak susu. Ouchh.. Rezeki Likha tetap ada, cuma lewat sedikit...Dari pump manual, terus tukar double pumping yang best. Rindunyer time2 tu... ;(




Oleh kerana, saya agaknya jenis susu badan yang sedikit.. saya hanya mampu susukan Likha sampai umur dia 5 bulan tak silap. Badan jer gebu, subur tapi susu badan..? Hemm.. Pastu semakin kering, walaupun dah bermacam milk booster (penambah susu badan) saya ambil, kebetulan masa tu Likha pun dah reject direct feed. Boleh tengok entry lama.


Saya sebenarnya segan tersangatlah dengan kawan tadi. Sebab saya bukan lah ibu yang berjaya dalam misi untuk fully breastfeed anak saya, walaupun hati ni Tuhan saja yang tahu kan... Saya cuma dapat share dengan dia, setakat mana yang saya termampu lah... Saya rasa kat luar sana lagi ramai yang layak untuk berkongsikan pengalaman manis tu dengan dia...


Takpelah, sekurang kurangnya saya dapat menambah kenalan baru...kan..? Boleh share lain lain experience dengan dia kan..?



Ada yang tak boleh terima lobak putih ni. Rasa pahit lah apa lah. Mungkin cara memasak salah pun kita tak sure lah kan...? Tapi kalau Umi macam ni beliau masak;


Tumbuk seulas bawang merah, bersama udang mentah@udang kering.
Tumbukkan bersama lada hitam dan juga sedikit cili boh.
Masukkan lobak putih yang telah dicuci bersih dan dipotong ke dalam periuk ( spt gambar di atas)
Masukan air dan bahan bahan yang ditumbuk.
Kemudian rebus macam biasa. Boleh ditambah dengan sedikit daun sawi.
Tambahkan perasa dan sesuaikan rasa.
Tunggu sehingga lobak putih empuk dan siap untuk dihidang.



Sedappp sangat!! Dah teringin lah pulak tengah memalam ni ;D



Sekian...!

1 comment:

LiAnA said...

dulu masa pantang menu ni hari2 ada hihi.. mak akak dulu tumis dgn ikan bilis aje buat cam masak sayur biasa takde pulak pahit.. ratah2 pun sedap..

rasanya cara masak kot.. sbb karot ni kena lama skit nak msknya.. sbb lambat skit empukk...


dulu akak pun lambat kuar susu.. hari ke 3 baru kuar tu pun bantu dgn pump.. lepas tu mmg lecun ajelah baju kalau Aqil lambat minum ataupun pump..