SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Thursday, September 29, 2011

Likha & Kyra Dating Lagik !


Assalamualaikum....


Semalam berdating - dating dengan Mama Eja dan Kyra... Berempat saja without Encit Papa dan mana - mana bodyguard. Bertemu janji berjumpa di JJ Bukit Raja. Yerlah tu jer pun yang paling dekat. Dekat ngan rumah Eja, dekat jugak dengan rumahku. Kira JJ tengah - tengah. 


Alhamdulillah lah.... Mama Eja dah sihat sepenuhnya. Sebelum ni, Mama Eja memang tak sihat sebab alahan teruk, Mama Eja tengah pregnantkan Jr.Kyra... Sekarang ni pun dah nak masuk 6 bulan, lepas kehilangan baby terdahulu bulan Mac lepas, Allah murahkan lagi rezeki Mama kali ni... Ni dah di dalam trimester ke 2, hope Mama Eja and baby inside doing fine....,sampai lah EDD end of January nanti.. Insya Allah... Nanti Kyra dah jadi kakak dah :)


This tyme met, kali ketiga ni....,(here for second time) dah banyak yang berubah.. Kalau dulu sorang jer tukang buli, sekarang dua - dua dah pandai lawan balik dan membuli jugak. Hahaha. Geram sangat okeh dengan gelagat depa. Weols lunch kat McD, sorang satu dengan Happy Meal Nugget dan bubur Ayam. Dah mula kecoh kat McD..





Lepas McD, mama - mama bawak masuk lepak kt MPH. Dua- dua terkam buku Barney dan apa saja yang ada kat situ. Dua - dua nak tunjuk teror. Dua - dua nak tunjuk kenal itu kenal ini... Bijak depa ni.






Setel kat MPH, sorang satu dapat magazine Disney Junior... Masuk Poney. Poney sale tak abis - abis lagi, sampai stock habis baru lah sale habis. Lahhhh, dalam Poney adegan bertumbuk berlaku. Hahahaha.. Depa berdua ni kan macam panas jer, pantang tercuit sikit... Agaknya nak berkawan sampai dewasa ni kot. Insya Allah....

Sebelum adegan bertumbuk

Lepas sorang satu dapat baju set Poney, same design....dan mengecohkan dalam Poney butik tu... Lepak luar Poney.. Molek - molek pulak, lepak belek magazine sama - sama. Hahahaha ye ye oii jer korang. Tapi mama - mama memang mata takleh lepa lah, sebab dua - dua tangan laju jer.



Pas masing - masing isi minyak, sambung ke JJ pulak.... Bawak gi tempat toys, pakat terkam toys jer. Tapi sorang takde mintak nak toys pun.



Likha pantang nampak Kyra pegang barang dia, dok ''Likha unyer, Likha unyerr ''

Dapat puzzle Barney sorang satu.

Sempat jugak teman Kyra buat photoshoot sekali. Kebetulan kat JJ ada babyfair. Likha tak join sebab Likha dah mula bad-mood... Sleeptime datang tapi cannot sleep at all. Macam mana nak sleep, ada tukang cuit ! Ada geng ! Hihihi... Mama - mama tengah fikir lagi, macam mana lah nak bawak depa ni gi Aquaria... Huhhhh.... Cannot lah rasanya... Unless kalau para papa ada :)

Lepas Kyra photoshoot. Ni cubit pipi Likha secara comel.

Lepas 4 jam, dua - dua Mama semput - mengah - penat - sakit perut semua ada. Yang Mama Eja lah kesian dah lah ada baby inside, mana nak layan lagi budak dua orang ni sampai tergolek - terbaring - meronta kat sana. Hahaha semua aksi ada... Likha pulak memang sensitif bercampur dengan angin nak tidur, pantang usik sikit, meraung tak hengat. Huuuuuuuu...Yang Mama Ztee takpelah.... Ada baby gak kat dalam perut pun baby tak keluar - keluar haha.... Hurmmmm. Tapi serius, cramp jap malam tadi perut.... Ni baru dua.... Hiks.


Apa - apa pun, enjoy sangat layan dorang berdua.... Ada suka ada duka.... Tak bawak pun depa gi main apa - apa just meronda dalam tu, sambil - sambil Mama Eja beli sikit barang kelengkapan untuk baby baru nanti..... Anak - anak seronok bercakar Mama pun apatah lagi... Macamni lah surirumah kan, bila ada masa bolehlah berwindow shoppig sambil bawak anak - anak jalan sekali sekala... :)


Ada masa, insya Allah jumpa lagi Kyra dan Mama Eja ;)
Bye !


P/S : Likha panggil Mama Eja - Mama Jija dan Kyra - Yaya ! :)

Wednesday, September 28, 2011

Empire Gallery Yang Meletup

Ya Allah. terkejut pagi - pagi Subuh tetiba masuk timeline kat Twitter pasal Empire Galllery yang meletop just at 3:45 the morning .....


Ceritanya meletup bermula dari bahagian basement kereta akibat daripada leaking gas piping dan ada yang kata berpunca dari kecuaian pihak Starbuck ( ye ke tak eh ). Masya Allah...., yang tambah terkejut tu lagi sebab baru sangat jer minggu lepas pergi kan...???


Entry kat bawah tu... Bawak Malikha bersiar - siar di Empire.....


Alhamdulillah umur masih panjang.... Takut kan, kalau kita pergi mana - mana dan sumting yang kita tak expect tetiba berlaku... Nauzubillah.. Jauhkan dari benda - benda macam ni....



Pic from sumone shared at FB 

Masa pergi hari tu, tengok Empire ni baru jer celebrate anniversary 1 year..... Huuuuuu.


Source : http://brojinggo.blogspot.com/2011/09/photo-inside-empire-tower-shopping.html


Wordless Wednesday # 12



Tuesday, September 27, 2011

Bersiar - Siar Di Toy R Us


Assalamualaikum..

Mama dah janji satu hari nak bawak Likha ke Toy R Us.... Yelah, berhari - hari keluar asyik sibuk dengan urusan Mama.. This time, jom kite hiburkan hati die pulak.. Kalau nak tahu, dah lama Malikha takde toys baru.... Asiklah dengan toys lama, tak pun duk mengadap tv atau Cd jer kerja nya... Tapi tulah kalau terlalu mana - mana tempat toys..., diepun tak sibuk nak mintak - mintak.. Setakat jamah - jamah, pastu babai.... Tengoklah.. Kalau jumpa Dibo, die jamah lah kejap Dibo tu pastu babai Dibo, kalau jumpa Barbie, jamah jap pastu babai Barbie.... Apa - apa saja yang dia kenal...


So minggu lepas, ke Empire Gallery lah weols.. Bertiga dengan Acu Suky Malikha... Takde orang sangat pun kat Empire.. Dah hari orang kerja kan.. Seronoklah berlenggang kangkung di sana.... Terus ke Toy R Us.... Yang untungnya... semua toys Likha boleh cuit, boleh try.... Enjoy dia, biar dia rasa semua.. Takde sapa nak marah pun... Hehehe.

Sambil duk heret stroller dengan Barney ke sana ke sini dalam Toy R ' Us tu.
Collection of Baby Alive
Terkejut Mama tengok patung Princess ni. Besar gedabak, harga dalam RM200 ++.
Kalau beli, agak - agak malam dia jaga tak.. Huuuuuu.


Cuba Lego pulak. Dia nampak suka dengan Lego.
 
Posing dengan Mickey Mouse - sekarang dah tak panggil Hotjock dah.
:)
Dengan Pluto pulak.

Then bagi baby susu haih.

Tetiba jumpa remote car ni ''Car Papa - Car Papa'...

Bahagian Bicycle pulak... Tunggu dua tahun ni, Papa hadiahkan bicycle yer.
 
Dalam banyak - banyak toys, takde pun yang Likha berminat sangat. Yang teruja terlompat - lompat nak bawak balik. Haih budak ni tak minat mainan ke? Tapi Mama sempat lah grab satu trolley, 1 puzzle ABC, 1 puzzle 123 dengan rabbit kecil untuk dia. Dah janji dah dengan diri sendiri, beli lah apa - apa untuk dia kat Toy R Us nanti..... Sebab memang dah lama takde toys baru.... Ni bukan nak paksa diri untuk beli sesuatu untuk dia, tapi dia memang dah perlukan sesuatu... Huhuhu.... Yedda yedda pening mak oh ayat!


Berlari - larian di Empire tu.

Bumped into HK's booth lak. Singgah jap.

Layan lagi dia.


Ni haaaa trolleynya ! Hahaha... Boleh jer lah... Sampaikan baby pun die buh dalam bakul tu.. Then, tetiap arilah duk usung ke atas ke bawah. Gagah perkasa sangat anak ku ni !

 


Heee tak lama lagi nak celebret bday dia yang ke 2... Tak sampai sebulan lagi.... Jap jer masa, kadang - kadang tak caya pun yer... ;p


Oklah. Bye !
:) 

Tuesday, September 20, 2011

Bila Malikha dan Isha Adheena Bertemu


Cuti Hari Malaysia, 16hb lepas, ahernya Malikha bertemu dengan Isha Adheena buat pertama kalinya...
Actly, Mama Isha dan Mama Likha satu ofis dulu, tersangatlah kamceng daripada perut kecil sampailah sarat duk membawa dua manusia kecil ni dalam perut masing - masing... Duk aku usap perut kau, kau usap perut aku hehehe. Beza Malikha dengan Isha, sebulan setengah jer... Likha keluar hujung bulan 10, Isha tengah bulan 12...



Masa Mama Likha cuti berpantang, Mama Isha menunggu hari - hari untuk melahirkan Isha.. Dan bila Mama masuk balik ofis lepas berpantang, Mama Isha pulak takde..., Tak sampai 2 minggu kerja, Mama letak notis berhenti 24 jam...., sebab al-kisahnya.... Panjang sangat cerita nak story kat sini, sampai esok tak habis.. So biar jerlahh... Cerita tinggal cerita yerr ;)



Jadi, sejak dari Mama Likha mula cuti berpantang, sampai ke 16 September 2011, alhamdulillah....inilah baru pertama kali jumpa balik Mama Isha dengan Isha sekali for the very first time buat Mama dengan Isha dan Likha dengan Isha....
Sebelum ni, FB jer yang menjadi penghubung.....



Weols date kat Pizza Hut, Jusco Bukit Raja.... Berempat saja, without Encik Papa masing - masing...
Wah ! Bila Isha jumpa Malikha..., paham - pahamlah...
Macam - macam gelagat dan kerenahnya...
Kalut jap kat Pizza dan JJ hihihi... 
Nak amek gambar berdua kemain payah. Yang tu duduk, yang ni lak lari.
Yang ni panjat, yang ni tunjuk sana tunjuk sini.
Hihihi..
Seronok walaupun sekejap !

Isha Adheena - yang tengah nak ambil mood, tertidur dalam kereta sebelum sampai
Likha buat cheecky face kat Mama ida - sambil layan mushroom soup










 


Last but not least....
~ The moment ~



Sampai harini Likha ingatkan Isha, dok tengok gambar - gambar yang disnap that day, dok ''Asha - asha hehehehe ;) .... Terima kasih Mama Isha... Insya Allah, next tyme kite plan - plan lagi yerr date untuk depa dan kita jugak.... Tak puas bersembang hari tu... Dan jangan lupa plan tambah adik untuk dorang jugak.. Kihkihkihkihkkk..... :)


Bye !


Pastu Sambung Beraya kat IKEA


Hihihi.
Gigih okeh ! Pas penat kutip duit raya moh kita habiskan duit raya beraya kat IKEA lak... 
Hahaha. takde lah..
Ni kes nak cantikkan rumah lah.. Tak habis - habis lah bershoping untuk rumah selagi apa yang dihajati tak tertunai, selagi wishlist tak bertanda right....
Hehehe.. Adatlah tu, bila dah duduk rumah baru...., rumah sendiri pulak tu..
Semangat dia lain macam 
;p
Perghhhh !



Sudahnya, gelagat mektok jerlahhhhh ;p






IKEA ni kan memang berhantu lah... Lepas pergi, balik... nak pergi lagi..., balik.. sure nak pergi lagi.. Heheheh.. Kan ??!!


Okbai... Jumpa di IKEA ye esok lusa pulak ! Nak gi lagi neh !
:)