SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Tuesday, September 20, 2011

BBQ - Acara Wajib Bila Adik Beradik Berkumpul

Jumaat malam, syawal ke 4 tu, weols adik beradik bersepakat buat BBQ nite. Dari raya pertama lagi duk meeting - meeting tak sudah - sudah. Masing - masing ada bahagian masing - masing dan pakat sponsor serba sedikit. Acaranya dibuat dirumah kakak sulung, Ciklong dan AyahLong Likha lah.
Memang kalau raya, boleh dikatakan acara BBQ bersama adik beradik adalah acara wajib. Tiap tahun pasti ada.

Siang hari kejadian, tuan rumah punyalah bimbang sampai tak tentu arah, bila tetiba air takde. Time ni lah air takdenya. Bila cek sana cek sini, rupanya wiring dalam dinding yang shot. Ingatkan terpaksa tukar tempat dah ke rumah Abah - Umi, tapi weols lagi suka buat dirumah kakak sebab kawasan yang lapang, manakan rumah Abah - Umi tu banyak sangat dengan pokok bunganya dengan jalan berbatu tar.... banyak alasan.. Dah last minute sangat, dapat jugak seorang pakar tu membetulkan balik keadaan.... Alhamdulilllah... Boleh sambung bergumbira lalallalalalalalllala ~~~~ Yelah, semua bahan ayam, daging kambing, udang segala jenis udang dah siap diperap awal - awal lagi....


Bahan yang di BBQ, ada ikan, ayam, udang katok ( udang lipan ), udang saiz besar, daging kambing slices, ketam dan sosej.


Petang tu, aku dan abang bergabung tenaga membasuh udang dan ketam, perap lambat sikit sebab baru dapat jumpa kat pasar. Maklumlah cuti rayakan, banyak pasar yang weols pergi, barang takde... Kat - kat supermarket pun banyak barang yang takde... Turun naik, keluar masuk pasar, supermarket jer kiteorang raya baru - baru ni. Heks... ! Ku buat spagetti bolognaise..., nak mencari sos preggo pun takde... Licin kat supermarket, rak kosong jer...


Ok, now. Let sneak the pictures... Pics of cos lah banyak sangat...., boleh sambung tengok kat FB ehh, macamlah ada yang nak tengok haha :)









Sepupu sepapat lepak bersama - sama
Antara orang kuat malam tu.




Selamba keluar masuk rumah Ciklong tak bukak kasut !
Fuit cocktail ku yang femes hahaha.

Selain BBQ, ada spagetti, macaroni sup ( feveret budak - budak ) dan cocktailku... !
Dengan sepupu, Irris (nama manja Kak Wan) - balik kali ni dah jadi kamceng dah.

Budak - budak sempat main bunga api.



Us 1 family
Masing - masing sibuk membakar -  sampai lupa nak makan


Dengan TokBah kegemaran Likha.

Mama Likha dengan tuan rumah yang dah boleh senyum... :)
Macaroni soup Ciklonggg sedapppp , sampai tak laku spagetti Mama ! Hahaha! 
Pentup maljis malam tu - Mama sempat lagi bukak bisnes VS hehehe... Insya Allah rezeki ada di mana - mana.


Alhamdulillah, majlis malam tu berjalan dengan lancar... Walaupun 3 - 4 kali blackout.... Ada saja, dugaan kan? hehehehe... Bila berkumpul macam ni, tambah - tambah berBBQ, rasa nak makan tu tak sangat.. Tapi sibuklah nak membakar, nak bersembang..., nak itu nak ini..... Makan sikit - sikit jer, pastu bila dah tengok balik gambar macam ni.... ''Arghhh sedapnya BBQ rugi tak makan puas - puas ''.... Sungguh ! Yuols pernah rasa tak hihihi...




Last but not least, buat photoshoot lepas siap bakar membakar dan kenyang perut.






Insya Allah, tahun depan kita repeat lagi yer adik badik ku sekalian...
Tah - tah raya haji ni pun berBBQ lagik ~~!
:)


4 comments:

Anonymous said...

mmg acara wajib klu raya kat umah metua, malam raya kedua mesti ada bbq, tapi takde lah photoshoot bagai hehe

Unknown said...

family sya pun suka BBQ ni tpi lum sempat lagi uat syawal ni...

bukan sbb makan tpi sbb berkumpul tu yg best kan...

Likha tu uat umah mkcik cam uamh sndiri ek...hihi

munna said...

family kak munna pun selalu juga buat BBQ tapi selalunya kami semua buat sebelum bulan puasa

A.H.A.D said...

syoknye bbq. tetiba rasa nak buat bbq gak hehe...

cantikla rumah tu