SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Saturday, May 15, 2010

Kami Ke Majlis Cukur Jambul Nur Addriana Damia

Saya dan family dapat jemputan untuk majlis cukur jambul dan marhaban Baby Mia. Nak tunggu free tak tahu lagi bila, so cepat cepat ajak Papa pergi. Kebetulan hari ni takde program penting. Majlisnya di buat kat rumah MIL Dda. Mula nya saya ingat Hulu Langat tu dekat jer... Mak aii... First time sampai sana. Kawasan rumah dia betul betul jalan menghala nak pergi ke Sg Congkak. Batu 20 Hulu Langat. So siapa siapa yang pernah sampai Sg Congkak tu tahu la kan?


Tapi best la, jalan masuk kampung. Tetiba tak rasa duk kat KL. Cehh.. Tapi betul, saya sendiri pun takde kampung ;( . Tapi sekarang bila dah kahwin ni, bila bermalam kat rumah By, pagi pagi dengar gak ayam jantan berkokok. Kalau rumah family saya yang tepi jalan tu, mana ada nak dengar ayam? Bising dengan bunyi kereta dan motor motor mat rempit dan tak berapa rempit.


Cakap pasal kampung saya lak. Suka potong stim line. Hish.


Saya sampai rumah Dda, majlis baru saja mula. Siap berzanji apa lah. We all lepak jer makan kat area dapur. Tapi kan, saya amatlah ngok ngek sebab tidak snap picture pun even sekeping pun. Huh! Baby Damia masih lagi dalam treatment nebulizer dan suction kahak. Malam ni bersambung lagi. Kata ibunya, kalau kahak masih tak kurang mungkin kena warded kat GH. Saya tengok tadi pun kesian, dada tersedu sedu bernafas macam orang lelah, dah la kecil molek saja. Bagi lapan belas dengan Likha yang deboombastik tuuu bak kata Ummi Eryna. Gelaran baru lagi untuk Likha. Hehehe.



Budak boombastik ni memang kena ada



Saya berharap Baby Mia cepat cepat sembuh. Bila jadi ibu ni, saya faham perasaan ibu dia. Dda memang la supermom. Dengan bekerja sebagai penjawat awam di UIAM, hujung minggu masih lagi dengan kelas untuk Degree Programme dia, menguruskan 4 orang anak yang masih kecil, jaga rumahtangga, dan bila ada masa lapang menjahit dress untuk puteri puteri dia. Haiii masih ada ke masa terluang tu? Kalau saya ditempat dia, tak tahu la sekuat itu ke tak. Mesti tak!! Saya tabikkk dengan dia. Semoga Allah swt sentiasa permudahkan urusan dia. Insya Allah.



Sebab kami yang boombastik la, anak pun jadi begitu. Hik.




Sampai kat KD lebih kurang 530. Papa singgah beli kueh goreng feveret dia kat pakcik makcik feveret dia. Makcik sibuk agah Likha yang vogel seperti gambar di atas, Pakcik pulak tak semena mena cakap Likha, ''Wah....! Sehatnya, macam Ubi Badak!'' Hahaha. Terkejut saya. Bertambah lagi satu gelaran!


Yuols tahu tak Ubi Badak. Makcik makcik kat kampung suka makan, biasanya di rebus dan cicah dengan gula. Sedap! Kalau negeri belah belah luar, tak tahu lah Ubi apa orang panggil. Ubi Hippo kot?


Papa pun bawak keta sambil sengih sambil cakap, ''Takpelah Likha, orang putih cakap Potato Wedges...'' Hahaha, now... By today, Likha dah pun upgrade jadi Potato Wedges Mama Papa hokkay..! Yuols nanti pergi KFC tengok Potato Wedges ingatlah My Malikha yer~~~


Likha dah banyak nama gelaran. Ada jugak yang panggil dia Mokwan Astro. Takpelah sayang, Likha tetap comel dan sweet sangat sangat di hati Mama dengan Papa. Always and forever!

2 comments:

Dda Ly said...

thanks for coming dear...seronok sgt dpt jumpe, tapi tak puas..nanti kne dtg gombak plak lah..tak comfort sgt semalam kan? tapi likha, mmg betul boombastic!!hehee geram!

arini damia da nampak ok pade semalam..dda harap tak lah naik kahak lagi..tty doa2 selalu k? :)

zteesyahmi said...

insya allah dda. zte mmg ksian sgt, ingt likha demam aritu skali, tk tdo mlm zte.. tkut jd apa2 time die tdur tu. alhamdulillah, die tk pnah2 demam lg smpai skrg.

tulah.. nk lg lepak! ckp byk2 hehe. tp dh jmpa smlam pun mujur dh. klo tk,tkhu lagi la bila...