SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Monday, September 6, 2010

Berbuka Puasa Dengan Geng

Sabtu lepas, saya dan suami meluangkan masa berbuka puasa bersama geng sekolah saya dulu. Organize kemain lagi, tapi geng ni jugak la yang setia dari dulu. Kami paham, member member lain sibuk dengan urusan masing masing. Lagipun dah dekat nak raya ni.


Date dipilih sempena, kawan sorang, Jeme baru sampai dari Algeria. So transit kejap kat KL sebelum fly ke kampung halaman tercinta, KB.


Kami berbuka di Restoran Intai Intai, Ampang Hulu Klang. Kalau nak tahu, owner dia adalah Cik Baha, yang femes dekat AF tu. Korang kenal tak..? Ni kira restoran artis artis gak la. Cik Baha ada la saya tengok hari tu kat kaunter. Makanan... punya la banyakkkkk pilihannya sangat dan boleh tahan sedapnya. Oklah.


Cuma saya tengok geng geng ni, makan tak banyak lah. Malu ke apa??? Huhuhu. So dengan saya pun, makan ala kadar sahaja. Hehehehe.





Tiada dalam gambar, 3 orang. Cepat balik sebelum bergambar.
Friendship dari zaman sekolah rendah dan menengah
yang menyimpan 1001 kisah, kenangan dan rahsia.
Tapi ni pun masih tak cukup korum ;)
Semoga persahabatan tetap berkekalan walau dimana saja berada.




*Pelik kan bila aku berkawan rapat dengan mereka-lelaki dan berkongsi segala masalah dan cerita (itu dulu,sebelum kahwin)........ ;)



Oklah, meh nak promo... Sesiapa yang berminat nak makan makan kat restoran ni, boleh klik sini. Best dan sangat lah murah!! Berbaloi..... ;D



Sekian..!

Monday, July 19, 2010

Bagi Ikan Makan Kaki

Ada sesapa pernah cuba tak Fish Spa ni??





Kakjah ingat lagi tak peristiwa ni? Hehehehe. Ni beberapa bulan sebelum aku kahwin, biasa la kalau nak kahwin tu semua benda nak try buat. Doc Fish ni kat P2 Parking Ikea, tak tahu sekrang masih ada ke tak.






Tak ingat dah berapa hari tu. Tapi budak budak kat situ bagi diskaun kt kiterong sebabnya bos dia tak da. Hahahaha. Tu lah murah rezeki kan kakjah..! Mula mula nak masuk pun, dah rugi berapa minit. Yelah geli mak oiii tengok ikan halus halus nak kerumun kaki kita. Ikan ikan yang ni memang banyak, macam setengah tempat lain aku tengok takde la sebanyak ni.






Lepas abis session sejam weols buat ni, lepas kaki di gigit gigit dan dijilat ikan ni... Terasa lembut jer macam kulit tumbuh baru.. Hehehhe. Ikan tu dah makan kulit kulit kasar kat kaki kita tu. Tahan la 2,3hari kaki berlembut macam tu..


Best tak sesapa yang pernah merasa ni? Memula mesti la geli kan??


Sekian..!

Wednesday, July 7, 2010

Ketawa Sampai Pecah

Betul, kali ni betul betul menjadi. Bukan pecah perut, tapi pecah kerusi!






Ngok ngek betul, seminggu dua ni kuat betul berconference dekat forum YM dengan geng geng sekolah dulu. Dari zaman semua kecik kecik tak baligh lagi. Yelah, bila dah lama tak berborak camni, semua masing masing pakat jual modal cari topik yang macam macam cerita. AKu kat sini tergolek tergelak sampai pecah kerusi. Korang memang tolol tolol! Hahaha. Rakuskan aku!



Betul tak tipu. Ni lah akibat ketawa yang terlampau. Sikit lagi boleh kencing dalam seluar. Nasib baik ada lagi satu lagi color hitam. Semalam sorokkan dari Papa, tapi nampak jugaklah dia! Ni adalah kerusi kedua yang telah ku patahkan. Sob seb sob seb.



Tulah, sapa suh ko jual ubat kuat seks lagi Tuya! Haaaa kan dah kena listkan kelebihan kelebihan dia kat Wanie! Bengong tul. Ni belum jumpa secara live lagi ni.


Ni lah, kawan kawan aku. Eh, bile eh nak jumpa. Aku nak belanja korang makan nasik ayam kampung ni! Mebeles! Jangan nanti kosi kat kedai nasi ayam tu patah lak sebab aku! Hahaha.


Jom jom!!

Wednesday, June 30, 2010

Ni Lah Yang Duk Sibuk Ni

Rupanya aku ngan makcik Miri ni berkongsi minat yang sama. Buat duit, buat duit dan buat duit! Berbisnes partner la ni kiteorang. Hehehe. So far, bukan takat makcik Miri ni jer... aku dah jumpa a fews cenel lagi untuk kembangkan serba sedikit. Alhamdulillah, boleh la for starting.


Lepas 5 bulan bersara daripada jadi kuli orang, aku jadi pengurus rumah then dalam masa yang sama, aku sibuk sibukkan diri buat bisnes kecil kecil ni. Kecil kecil lama jadi besar macam bukit. Lani pun dah nampak hasilnya. Alhamdulillah lagi...



Ohh ya, ada yang memberitahu saya ''Sedap la ko duk rumah, pastu gi makan angin sana sini. Asben kerja, ko perabiskan duit laki ko. Hahahaa''.. Memang lawak, aku tak ambil hati pun, sebab tu lah cara bestfren aku bergurau senda dengan aku. Sumpah! Tak ambil hati. Cuma saya doa, rezeki Mr Asben saya sentiasa bertambah.



So now tak nampak la sangat aku sedap membesarkan badan saja kat rumah sekarang ni. Penat wei ke sana ke sini, buat tu buat ni, ambil tu ambil ni. Rumah pun walaupun berkecah dengan barang barang ni tapi berbau harum sebab VS punya pasal. Masa pun tak cukup. Part tak cukup masa tu, sebab sekarang musim bola kut. Berjaga lagi nak tengok bola. Games yang best best lak mesti jer kul 2pagi. Huh!



Ni adalah batch ke3 kurier order VS ke Miri. Nak start yang ni memang agak perit, sebab semua stok memang direct ambil dr US. Shipping from US memang la banyak songeh. Tapi now boleh dah sengih, semuanya dah dalam tangan... Yea!!






Dan secara tak sengaja pulak, telah menjadi tokei shawl. Hari ni dah selamat hantar 40 pcs shawl ke Miri. Bermacam jenis material, janji cantik dan cute macam tokei tokei ini. Hahahaha.






Cik Puan Azziera sila sabar tunggu ya~~Insya Allah, esok mesti sampai punya. Yebba Yebba!! Esok boleh la belek puas puas ;)






Ok, now.. Sesiapa yang berminat nak jadi bisnes partner saya boleh la contact. Bolehlah sama sama kita tambah side income, walaupun anda dah bergaji saya tahu gaji belum cukup untuk urusan hari ni yang macam macam kan. OK? Ke K.O ? Hehehe, Saya ikhlas tolong kawan so nanti sama sama kita dapat pahala. Tak caya tanya Makcik Iera.


Bye!

Friday, June 25, 2010

Bercakap Pasal Suami Orang

Untuk kesekian kali saya bertanya dia,


Saya
Sory, i nak tanya. Macam mana u boleh berkawan dengan laki orang.


Dia
Soalan u susah i nak jawab. Benda melibatkan perasaan. Sbb tu jgn pnah trlps cakap. b4 ni pnah la cakap ..i tak kan jatuh cnta ngan suami org n serius so kna kat diri sdiri...kalu dah ada suami satu jer i nak cakap..even i tak pernah kahwin...tapi i amat2 paham prangai suami orang ni. jgn 100% trust to ur husband. i bukan nak ajar u. tapi ni pengalaman i. terlalu paham sangat dengan perangai married man. dia akan ada 2 karakter, tu perangai orang laki. percayalah i. sekurang2nya i ada pngalaman n blh baca gerak geri orang laki nih.


Jawapan saya
I doakan u dapat orang yang baik baik. Then bahagia sampai bila bila. Tak sabar i nak tggu hari bahagia yu nanti.


Ok, macam tu rupanya judgement dia pada all the married man...? Lalu dia pun mengambil kesempatan la ke atas married man yang dah tua beristeri dan ada anak yang ramai?


Saya kesian sangat dengan dia ni. Mencari cinta di mana mana, mencari seorang lelaki untuk diangkat sebagai seorang suami, tapi Allah swt masih belum berkata ''Kunfayakun'' kat dia. Dan saya amat kecewa bila dia ada masa dia terjebak dengan suami orang dengan sengaja. Dengan sengaja dan dengan sengaja. Sampai dia dah mengenali peel suami orang dan membuat andaian macam yang dia cakap tu.


Saya tak pasti la korang semua setuju dengan jawapan dia. Sebab saya tak setuju. Saya pun sebelum kahwin dulu selalu cakap dengan diri saya, saya takkan jatuh cinta dengan suami orang dan tak pernah pasang impian nak kahwin dengan suami orang. Saya tak pernah berkenan dengan suami orang. Takde selera.


Perempuan dan isteri mana dalam dunia ni nak bermadu? Walaupun madu tu manis dan sedap untuk orang lelaki. Belum ada perempuan yang betul betul kuat untuk bermadu. Jadi, perempuan yang cuba untuk merasa kemanisan bermadu sebagai no dua, tolong dan harap la paham perasaan madu no satu. Madu boleh jadi racun dalam hidup orang lain. Saya pelik sangat, macam mana ada orang yang sanggup masuk lubang dalam rumahtangga orang lain dengan sengaja.


Macam mana boleh dia senyum dengan cinta pada suami orang? Senang ke berkongsi barang yang kita sayang?


So walaupun agak keliru dengan jawapan dia dan tak pernah paham kenapa ada yang nak menganggu gugat kebahagiaan orang lain - even laki orang tu cakap kat dia ''i tak bahagia la ngan isteri i'' -, dan lepas ni saya tak kan tanya lagi soalan bodoh tu pada dia. Sebab fikiran dia tak sama dengan fikiran saya.


Haiih. Pelik yang tak habis habis saya fikir ni.


Jodoh tu sudah ditulis untuk kita oleh Allah swt sebelum kita di jadikan lagi. Cuma tunggu bila masanya akan sampai.


Tapi, sumpah! Untuk kawan saya tadi, saya sentiasa berdoa untuk dia, ingin sangat lihat dia bahagia dan akhirnya menemui cinta sejati dia. Seorang lelaki bujang yang tulus mencintai dia dan akan bahagia ke sana ke mari, berdua tanpa perlu ada pihak lain yang berasa hati. Saya pun tak sabar tunggu masa dia tu.


Insya Allah, Amin...


Thursday, May 27, 2010

Doakan Bersama Untuk Baby Damia


Saya ambil kesempatan ni memohon kawan kawan blogger saya yang lain mendoakan kawan baik saya, Dda yang menghadapi kesedihan sekarang berikutan keadaan Mia yang tak baik baik dari sakit dia. Sekarang Baby Dami telah di admit kat HKL.


Saya faham perasan Ibu Mia.. Amat faham.


Ya Allah, ampuankan dosa hamba hamba Mu, kuatkan anak kecil ini, kuatkan iman dan tabahkan hati ibu mereka dalam menempuh dugaan Mu, sesungguhnya KAU Maha Mengetahui dan Mengerti atas segala kejadian yang telah Engkau aturkan ini. Semoga ada hikmah yang membahagiakan di sebalik kesedihan mereka untuk hari ini. Amin, Insya Allah.. Sama sama lah kita berdoa semoga Baby Mia cepat sembuh.


Insya Allah....

Saturday, May 15, 2010

Kami Ke Majlis Cukur Jambul Nur Addriana Damia

Saya dan family dapat jemputan untuk majlis cukur jambul dan marhaban Baby Mia. Nak tunggu free tak tahu lagi bila, so cepat cepat ajak Papa pergi. Kebetulan hari ni takde program penting. Majlisnya di buat kat rumah MIL Dda. Mula nya saya ingat Hulu Langat tu dekat jer... Mak aii... First time sampai sana. Kawasan rumah dia betul betul jalan menghala nak pergi ke Sg Congkak. Batu 20 Hulu Langat. So siapa siapa yang pernah sampai Sg Congkak tu tahu la kan?


Tapi best la, jalan masuk kampung. Tetiba tak rasa duk kat KL. Cehh.. Tapi betul, saya sendiri pun takde kampung ;( . Tapi sekarang bila dah kahwin ni, bila bermalam kat rumah By, pagi pagi dengar gak ayam jantan berkokok. Kalau rumah family saya yang tepi jalan tu, mana ada nak dengar ayam? Bising dengan bunyi kereta dan motor motor mat rempit dan tak berapa rempit.


Cakap pasal kampung saya lak. Suka potong stim line. Hish.


Saya sampai rumah Dda, majlis baru saja mula. Siap berzanji apa lah. We all lepak jer makan kat area dapur. Tapi kan, saya amatlah ngok ngek sebab tidak snap picture pun even sekeping pun. Huh! Baby Damia masih lagi dalam treatment nebulizer dan suction kahak. Malam ni bersambung lagi. Kata ibunya, kalau kahak masih tak kurang mungkin kena warded kat GH. Saya tengok tadi pun kesian, dada tersedu sedu bernafas macam orang lelah, dah la kecil molek saja. Bagi lapan belas dengan Likha yang deboombastik tuuu bak kata Ummi Eryna. Gelaran baru lagi untuk Likha. Hehehe.



Budak boombastik ni memang kena ada



Saya berharap Baby Mia cepat cepat sembuh. Bila jadi ibu ni, saya faham perasaan ibu dia. Dda memang la supermom. Dengan bekerja sebagai penjawat awam di UIAM, hujung minggu masih lagi dengan kelas untuk Degree Programme dia, menguruskan 4 orang anak yang masih kecil, jaga rumahtangga, dan bila ada masa lapang menjahit dress untuk puteri puteri dia. Haiii masih ada ke masa terluang tu? Kalau saya ditempat dia, tak tahu la sekuat itu ke tak. Mesti tak!! Saya tabikkk dengan dia. Semoga Allah swt sentiasa permudahkan urusan dia. Insya Allah.



Sebab kami yang boombastik la, anak pun jadi begitu. Hik.




Sampai kat KD lebih kurang 530. Papa singgah beli kueh goreng feveret dia kat pakcik makcik feveret dia. Makcik sibuk agah Likha yang vogel seperti gambar di atas, Pakcik pulak tak semena mena cakap Likha, ''Wah....! Sehatnya, macam Ubi Badak!'' Hahaha. Terkejut saya. Bertambah lagi satu gelaran!


Yuols tahu tak Ubi Badak. Makcik makcik kat kampung suka makan, biasanya di rebus dan cicah dengan gula. Sedap! Kalau negeri belah belah luar, tak tahu lah Ubi apa orang panggil. Ubi Hippo kot?


Papa pun bawak keta sambil sengih sambil cakap, ''Takpelah Likha, orang putih cakap Potato Wedges...'' Hahaha, now... By today, Likha dah pun upgrade jadi Potato Wedges Mama Papa hokkay..! Yuols nanti pergi KFC tengok Potato Wedges ingatlah My Malikha yer~~~


Likha dah banyak nama gelaran. Ada jugak yang panggil dia Mokwan Astro. Takpelah sayang, Likha tetap comel dan sweet sangat sangat di hati Mama dengan Papa. Always and forever!

Thursday, May 6, 2010

Cerita Pasal Penyakit Sekarang

Kalau tengok berita sekarang, ada lagi kes kes H1N1. Maknanya, penyakit ni kembali 'mengganas'. 3 hari lepas tengok Buletin Utama, Rashid Sidek positif H1N1. Hari ini tak tahu la apa cerita dia.


Malam tu pun, Papa dah sentuh hal ni.


Takut jugak nak keluar kalau musim musim gini kan. Tambah tambah bila ada anak kecil ni. Saya rasa pasni boleh la kurangkan keluar ke tempat tempat yang ramai orang dan jika terpaksa pun ambil langkah berjaga jaga. Tak perlu la nak gila shopping bagai lagi kalau takde mustahak sangat. Virus ni paling mudah merebak, melalui udara saja dan sentuhan pada benda benda yang dah tercemar dari orang yang dah berjangkit.


Kalau kita orang dewasa boleh la pakai mask kan. Kalau anak kecil macam ni? Nak ke dia pakai? Masker boleh kut!




Oh ya, saya tumpang sedih dan berdoa pada Ibu Mia. Tak sangka rupanya Mia tak sihat dan masih ada lagi masalah dengan kahak, sampai kena buat nebulizer. Masya Allah, kesian sangat sangat. Anak sekecil tu kena sedut kahak. Berat badan Mia pun tak naik naik. duk 2.7kg situ jer.


Tulah, saya sampai hari ni tak pergi tengok lagi Mia. Dah pun 2 bulan dia. Nak gi haritu, dia demam. Pastu saya lak balik KB sampai 2 minggu lamanya. Sekarang ibu Mia pun dah start kerja. Hemmm, bila agaknya ya? Present pun dah lama simpan ni... ;(


So untuk Dda, banyakkan bersabar ya. Buatlah apa yang terbaik untuk Mia. Semoga dia cepat sembuh dan takda sakit sakit lagi dah. Insya Allah...




Wednesday, April 21, 2010

Terima Award?

Tetiba arini terima award plak.

Terima kasih pada DdaLy yang murah hati memberi saya award ini ;)



then, ni adalah rules nya;
1-nominate 12 bloggers
2- put the logo onto your sidebar or within a post
3-link the nominees within your post
4- let the nominees know they've received this award by commenting on their blog
5-share the love and link the sidebar logo to the person who gave u the award..


so, calon2 penerima award ni plak adalah, jeng jeng jeng;
  1. asfaliza - mama adam rayyan
  2. akma - mama nayli
  3. gee ryder - mama aqeel
  4. kak amy - sweetdarling 79
  5. azziera - mama to be
  6. siti - mama arwisy
  7. niza - mama nazhan
  8. fareha ainuddin
  9. liana - mama aqil
  10. shaz - mama iman
  11. maryam - manch sweetheart
  12. dda Ly - blh bg balik tak? hehe
sume2 sila ambil award anda masing2 yer ;)

Tuesday, April 20, 2010

Likha Dapat Hadiah

Sabtu lepas, mase tgh tunggu by park keta.. tup2 nmpak van PosLaju kt lobby apartment. Saya terus la tegur org poslaju tu, sbb saya pun tgh tgu barang yang dikirm.


Nah.. Ahernya sampai jugak.


Terima kasih pada pengirim hadiah utk Likha. Susah susah jer ;) Mcm main2 tukar hadiah plak kite yer..




Tengoklah tangan dia tu, sibuk jer time Mama nk bukak parcel ni.





Jeng jeng jeng... Ni dia. Tgk tangan Likha tu, nak tarik2 riben tu lak.





Likha tgh belek2. Agaknya pk, ''ni ape plak ye Mama?''




Oh...! Baju baru la.... Yea... Tapi Likha kena tggu besar dulu, sbb baju tu amatlah besar. Pengirim takuit tk muat, sbb Likha gendut. Hahaaha. Syian anak Mama ni, gendut ye!



Iera, tgk la Likha tu.. Kemain lagi dia. Thank again ya Iera!

Tuesday, April 13, 2010

Tq Fren

Hadiah utk Nur Azziera dh pun smpai ke tangan tuan dia.

Terima Kasih sbb sudi suka hadiah yg tak seberapa tu..

Moga persahabatan kekal selamanya.

Wednesday, April 7, 2010

Mama Dating

Semalam saya dating ngan x- BFF saya.. Hahaah nape lak dh jadi x...? Yelah... Dulu2 mase bujang2 single kami mmg rapat then since saya dah bertunang n kawen trus putus cinta.. Tu yg jadi X skrg ni.. Tp Wanie menten lg single okaayyyy..


Semalam... pagi2 lagi, Likha pun belum mandi tup tup Sms masuk..


Sms : Taknak kuar lunch ngan aku ke?
Saya : Eh, ade kat sini ke!
Sms : Yup. Ade kt area kota damansara. Tknak blanja aku lunch ke?
Saya : Nak2! Tapi mcmne nak kuar.. Ade baby ni.. Baby car seat lum lg beli..
Sms : Mu tk kije dhke? Aku kt Carlina, rumah yanie..
Saya : Dh lame la aku tk kije la... Maibi aku ade ni, tp drebar jerk tkde ni...


Bla bla bla bla bla..... Oke set.. Kul 12 nk jmpa..


So saya pun mintak la ijin ngn By saya.. Mulanya By ijinkan, pastu jap2 tepon jap2 sms, mcm berat hati nk bg saya pegi... Yelah, sbb saya bawak Likha kan.. Saya tk penah lg kuar g mne2 bawak Likha without By saye... Saya agak frust jugak.. Pujuk dia skit2.. Yakin kan dia skit2.... Last last yea!! Even lam hati saya tkut gak.. Tkut if jadi ape2, saya laaah kna btangggungjwab kan...??



Pastu By saya siap lari dr ofis blk umah.. Katanya ade tertinggal barang,.... dah die balik... die trus la anta saya jumpa Wanie kt loby rumah kteorg... Yanie yg anta Wanie.. Alah, Carlina apartment Yanie tu ngn apartment saya tk smpai pun suploh minet.. Amatlah dekat.... So By tlg la saya... Masukkan stroller sume lam keta n babai babai saya n Likha kuar ngn org len... Then By balik ofis.. Saya ngn Wanie g Ou.. Wanie yg drive Maibi saya tu.... Likha tgk jer driver, mebi lam hati die '' sape lakkk ni bawak keta ni'' hahaha...


Sampai Ou trus g mkn, saya bawak die try kt MynewsCafe.Com... Dah tu mmg tmpat feveret saya then saya pun mmg akan oder feveret fud saye lah... Cantonese Kuew Teow... Wanie oder Nasi Paprik.. Likha duk diam2 lam stroller... Jap2 jenguk tgk Aunty Wanie.. Yelah.. Kire strangers la tu bg die kan..?




Ni la die BFF saya dolu2... Shazwani.. Kami share mcm2... Cerita dan rahsia.. Rahsia saya banyak ngn dia, n rahsia die ade la skit2 ngan saya.. Hahaha..



Lepas bermacam macam cerita habis, kami juz ronda ronda lam OU. Masuk JJ, masuk Parkson...




Aunty Wanie ngn Likha kat parking keta.. Mase balik bru smpat snap pic sbb Likha terlentok lam stroller..





Berbekground kn Kekasih Gelap Mama.. Balik Mama yg bawak keta, Aunty Wanie pegangkn Likha.. Wah!!! Lame tul tk bwk keta ni~~~ Indunyerrrr zaman zaman dolu kn..? Seb bek Maibi saye ni msih cun melecun....



Sampai, Wanie lepak umah saya dulu.. Sempat la semayang Zohor kat umah... Likha kepanasan tersadai kt sofa hehehe...





Malam, rezeki saya... Wanie buat Mee Kari n antar kan sikit utk saya... Tq Fren... Sehingga jumpa lagi.... n Semoga Fren dpt bt yang terbaikk utk mase depan mu, Fren...


Saya doa kan yg baik2 saje utk kawan kawan saya... Ameen...