SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Monday, March 9, 2015

#throwback : 6th Wedding Anniversary

Alhamdulillah...



Dalam diam tak diam, 29 January 2015 kami genap 6 tahun hidup bersama... though and thin, susah dan senang brsama, itu ini bersama... bukan senang nak kekalkan... kalau dulu bercinta, jap jap nak putus, jap jap mintak putus... rasanya kalau nak tunggu 6 tahun mau bersusun koleksi Pakwe hehe amboi... biasa dier! itu zaman bercinta monkey... ni zaman kawen, dia la intan payung gunung jerai ku... huduh dia busuk dia, dia la yang ku sayang yang ku cintai biarlah sampai ke hujung nyawa ku.. biarlah cangkul dan tanah saja yang memisahkan kami... biarlah cinta dan kasih sayang kami hingga ke syurga Allah.. matlamat kawin tiada lain... matlamat cintakan dia pun tiada lain, semua nya hanya kerana Allah swt.. Insha Allah, apa apa pun perancangan kita, Allah dah tulis semua sejak azali....



Orang kata 5tahun perkahwinan, macam - macam onak dan duri ... macam - macam berlaku, susahnya nak pertahankan sesebuah perkahwinan tu, yelah bila masing masing belum matang.. masih belajar benda baru... 5 tahun masih berperang untuk memenangi hati masing masing.. 5 tahun bukan satu masa yang singkat. Insha Allah dengan apa yang berlaku.. insha Allah kami akan mematangkan diri kami masing - masing. Apa yang berlaku dan telah berlaku, orang luar tak boleh nak kata macam macam.. Bahagia itu terlalu subjektif... bahagia jenis macam mana yang korang boleh describe ? boleh cerita?? oklah, nanti nanti kite cerita pasal bahagia yer...



6 tahun ni.... Alhamdulillah.. kami makin bahagia bersama.. bahagia dalam konteks apa tu, jangan nak samakan dgn jiran sebelah atau kawan kat FB.. tak boleh nak samakan.. sebab line hidup kita tak sama K ??



Tahun ni, en Kanda buat suprise.... Suprise la jugak.. sebelum ni ku dah hint... tanya dia... anniversary ke 6 nanti kite nak gi holiday mana- mana tak ? sebab mmg tak plan pape.. ajak die ke PD, since ku pun baru 1 atau 2 kali kot ke PD.. teringin gak holiday tepi pantai... or nak berendam pepuas dalam air.. tapi jawapan die sengih je macam kerang busyukk.. oklah majukkk.... sampai lah minggu yang nak sambut anniversary tu, beliau wassap gambar booking reservation tapi yang dah dihighlight nama hotel, nama restaurant, tapi agaknya die terlepas pandang, no fon hotel tak dihighlightnya kikikikihh.. no fon 06 - 6 bla bla bla... eh 06 bukan Melaka ke ??? Ku pun okla, Melaka pun k.. sebab dah zikirkan kat telinga dia jugak, ' bila nak gi Melaka naik beca malam - malam, nak makan asam pedas puas puas, nak lepak di bangunan merah...''jawapan dia senyum je sokmo :))



Tanya die, kenapa wassap gambar booking hotel ? Kenapa tak fully supprise.....je ? Tapi jawpaannya, '' kalau tak btahu, nanti sapa yang nak packing bag ?? Nak g sehelai sepinggang ??'' LOL.... Hahaha.. Baiklah hencik :)



So tibalah ari yang di nanti, kebetulan ku dan Malikha pun tak sihat.. Bukan demam, tapi sakit tekak yang teruk, suara hilang, rock yeyeahhhhh suaranya plus dengan batuk  batuk..... malam lepas Isyak bertolak, dipaksanya tidur dalam kereta hhohihihi.... ku tidur je la lagipun penat +  mengantuk.. budak budak pun tidur... sampai la ke lobi hotel baru ke sedar... tak tahu pun hotel apa.... nampak tnggi semacam ... lepas dia check in, di suruh keluar n naik buggy .... time tu la baru tahu GRAND LEXIS PD ! YEAY !!! Tapi cuak lg taktahu bilik macam mana... hihihi....



Adik lak tidur dari dalam keta sampai la ke bilik sampai ke Subuh tak bangun - bangun... Malikha la dok excited tak leh nak cakap, tapi mase tu die belum tahu ada kolam kat bilik..... CAKE anniversary lak ku bawak siap siap, sorok bawah seat tau! Hihi bukan cake tp brownies pie yang ku tempah khas from Amie (my sugarhack)... saja tempah brownies memandangka weall bukan pemakan kek yang tegar, kalau brownies Papa suka :))



MAKE IT SHORT lerr.............................
Selebihnya kita layan gambar - gambar la ye !





Gigih ku siapkan deco - deco atas brownies.
Berpakat dgn Malikha kat toilet.


Kumpulkan hadiah kami. Tukar - tukar hadiah.
Dua hadiah besar dan paling bermakna utk 6 tahun ni.
ALHAMDULILLAH, ALLAH..




Utk 3 hari 2 malam.
TQ Kanda.
Puas jadi dugong jadian berendam.
Kecut kering kecut kering :p
























 



Sempat keluar ke bandar Port Dickson untuk lunch..





Dari Mama untuk Papa :)
from PohKong.
renew cincin kawen :)





















Dari Papa untuk Mama :)


Alhamdulilah, anniversary hanyalah sekadar moment untuk kenangan masa depan, dan perkhawinan adalah untuk selama - lamanya... Semoga kami berdua kuat dan sentiasa sabar dalam dugaan rumahtangga,  sentiasa ingat mengingati, toleransi dan kekal hingga hujung nyawa kami... Tua bersama dengan anak - anak yang semakin membesar.. AMIN. Tq Papa untuk semua suprise, present dan layanan baik untuk Mama.. Alhamdulillah, Mama tak mintak banyak.... hope kite terus bersama macam ni....



1 comment:

Irma Putri said...

happy anniversary...so sweet.. suka la cincin pohkong tu... mcm menarikje