SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, June 25, 2010

Bercakap Pasal Suami Orang

Untuk kesekian kali saya bertanya dia,


Saya
Sory, i nak tanya. Macam mana u boleh berkawan dengan laki orang.


Dia
Soalan u susah i nak jawab. Benda melibatkan perasaan. Sbb tu jgn pnah trlps cakap. b4 ni pnah la cakap ..i tak kan jatuh cnta ngan suami org n serius so kna kat diri sdiri...kalu dah ada suami satu jer i nak cakap..even i tak pernah kahwin...tapi i amat2 paham prangai suami orang ni. jgn 100% trust to ur husband. i bukan nak ajar u. tapi ni pengalaman i. terlalu paham sangat dengan perangai married man. dia akan ada 2 karakter, tu perangai orang laki. percayalah i. sekurang2nya i ada pngalaman n blh baca gerak geri orang laki nih.


Jawapan saya
I doakan u dapat orang yang baik baik. Then bahagia sampai bila bila. Tak sabar i nak tggu hari bahagia yu nanti.


Ok, macam tu rupanya judgement dia pada all the married man...? Lalu dia pun mengambil kesempatan la ke atas married man yang dah tua beristeri dan ada anak yang ramai?


Saya kesian sangat dengan dia ni. Mencari cinta di mana mana, mencari seorang lelaki untuk diangkat sebagai seorang suami, tapi Allah swt masih belum berkata ''Kunfayakun'' kat dia. Dan saya amat kecewa bila dia ada masa dia terjebak dengan suami orang dengan sengaja. Dengan sengaja dan dengan sengaja. Sampai dia dah mengenali peel suami orang dan membuat andaian macam yang dia cakap tu.


Saya tak pasti la korang semua setuju dengan jawapan dia. Sebab saya tak setuju. Saya pun sebelum kahwin dulu selalu cakap dengan diri saya, saya takkan jatuh cinta dengan suami orang dan tak pernah pasang impian nak kahwin dengan suami orang. Saya tak pernah berkenan dengan suami orang. Takde selera.


Perempuan dan isteri mana dalam dunia ni nak bermadu? Walaupun madu tu manis dan sedap untuk orang lelaki. Belum ada perempuan yang betul betul kuat untuk bermadu. Jadi, perempuan yang cuba untuk merasa kemanisan bermadu sebagai no dua, tolong dan harap la paham perasaan madu no satu. Madu boleh jadi racun dalam hidup orang lain. Saya pelik sangat, macam mana ada orang yang sanggup masuk lubang dalam rumahtangga orang lain dengan sengaja.


Macam mana boleh dia senyum dengan cinta pada suami orang? Senang ke berkongsi barang yang kita sayang?


So walaupun agak keliru dengan jawapan dia dan tak pernah paham kenapa ada yang nak menganggu gugat kebahagiaan orang lain - even laki orang tu cakap kat dia ''i tak bahagia la ngan isteri i'' -, dan lepas ni saya tak kan tanya lagi soalan bodoh tu pada dia. Sebab fikiran dia tak sama dengan fikiran saya.


Haiih. Pelik yang tak habis habis saya fikir ni.


Jodoh tu sudah ditulis untuk kita oleh Allah swt sebelum kita di jadikan lagi. Cuma tunggu bila masanya akan sampai.


Tapi, sumpah! Untuk kawan saya tadi, saya sentiasa berdoa untuk dia, ingin sangat lihat dia bahagia dan akhirnya menemui cinta sejati dia. Seorang lelaki bujang yang tulus mencintai dia dan akan bahagia ke sana ke mari, berdua tanpa perlu ada pihak lain yang berasa hati. Saya pun tak sabar tunggu masa dia tu.


Insya Allah, Amin...


No comments: