Weols dah terima kad undangan dari beliau kelmarin.
Terkejut dan kagum bila tengok ada gambar bakal pengantin kat setem. Comel sangat. Dah lah setem 1 Malaysia tu dah comel, ditambahkan lagi dengan setem gambar mereka yang cute mute sepadan macam pinang berbelah belah itu.
Untung kan pengantin pengantin sekarang ni, macam macam boleh buat. Macam la aku ni pengantin zaman dulu dulu.. Haaaa sesiapa yang berminat nak mengabdikan gambar diri sendiri kat setem, sila pergi ke pejabat pos yang berdekatan.
Lebih kurang lagi dua minggu majlis Mariam ni, saya baru terkocoh kocoh nak hantar baju untuk dijahit. Ada dua pasang, untuk majlis akad nikah dan bersanding. Untuk majlis akad nikah, kain yang saya beli baru baru ni. Sebenarnya saya beli 3 pasang hari tu, 2 untuk raya, 1 untuk majlis ni.
Untuk bersanding pula, MIL telah bermurah hati mensponsorkan untuk semua anak menantu kain baju kurung ikut warna tema majlis perkahwinan Mariam, iaitu grey silver. Terima kasih. Majlis hantar menantu nanti? Tolong lah pakai mana mana baju yang ada ya!
Nasib baik Cina tukang jahit tu nak terima tempahan saya. Cuma yang tak best nya, die tak ambil tempahan untuk baby baby like my Likha tu. Saya cuma nak wat maxi jer untuk dia, sama kain dengan saya yang sama warna dengan Papa dia. Hemmm, kalau lah saya tahu menjahitkan..??
Oklah, kesempatan ni, TAHNIAH untuk Mariam dan pasangan. Nanti bila dah kahwin, cepat cepat timang baby, so Maksu dan Paksu akan jadi datuk nenek ya. Tetiba sekarang jugak rasa dah tua!
Sekian..!
No comments:
Post a Comment