
Yang best pergi kenduri ni, Mama Papa makan nasi kenduri puas puas. Sebab Likha diambil bapa pengantin dan sah sah dah Likha jadi macam keluarga pengantin ke situ sini jumpa tetamu. Wah! Tu lah the real Malikha, memang bagus, frenly dan sporting! Tapi Mama pun risau gak, takut tak sedar tengah makan sedap sedap Likha hilang kang...! Hahhh! Sapa nak jamin? Bapa pengantin itu lah kan. Hehehe.
Oh, tidak terjadi begitu. Likha selamat di mana mana sahaja. Dah selamat sampai rumah pun bersama Mama Papa.

Dah lah Likha. Hari ni memang mood baik macam selalu, tapi angin main main julur jelir lidah. Orang cakap bye bye, die jelir lidah. Orang cakap, haaa nak cium sikit, jelir lidah. Orang cakap, heee geramnya, nah jelir lidah. Gatal lidah ke apa Likha?
Oh, balik kenduri tadi cepat cepat. Sebab saya dah sakit mata, akibat dah terkena infection contact lens. Tu lah saya, mata rabun pakai lens. Lens saya ni kalau kira sebulan lebih jer leh pakai pastu expired. Tapi saya tetap memberanikan diri pakai lagi, pakai lagi selagi takda rasa apa apa. Sekali nah hari ni!
Now mata saya sebelah kiri dah merah dan sakit. Tadi berair air bila kena sunlight. Pedih macam mencucuk kena sembilu, macam tu jugak hati saya pedih dan sedih bila stok yang di kirim tidak sampai. Berjaya membuat saya berkecil hati. Takpe lah, saya paham. Saya nak berfikiran yang positif positif sahaja. Silap saya jugak, tidak ambil stok sendiri lalu secara tak sengaja menyusahkan orang lain. Titik.
Esok ada lagi kenduri. Alangkah tidak comel nya saya memakai spekmata dengan shawl. Kalau mata dah ok sikit, saya nak berani berani lagi lah pakai lens... Kalau tak, taknakkkk pergiii makan kenduri!!!!

Ya, Likha selalu buat muka pelik kalau Mama pakai sunglasses. Likha cakap, nampak Mama macam belalang pakai spek hitam. Disssh! Pok kang! Pandai pandai jer cakap Mama macam tu!
Dah gi tidur, esok lak main ye Likha.
Sekian..!
1 comment:
likha mmg pandai posing...dah peramah sgt dgn camera mama dier... :P
Post a Comment