SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Thursday, June 3, 2010

2010, Bulan Ke Enam

Salam.

Ok, kita dah pun masuk setengah tahun untuk 2010 ni. Jap jer kan masa berlalu tu. Rasa macam semalam baru melahirkan Likha. Rasa baru semalam buat azam tahun baru, eh dah masuk bulan ke 6 dah. Azam? Jalan ke tak jalan? Ntah apa azam saya sebenarnya. Bosan tiap tiap tahun ada azam, tapi jarang dapat selesaikan hutang azam. Baik takyah ada azamkan? Kan kalu takde azam, macam orang jidup tanpa wawasan 2020 lak?


Bila masa makin cepat berjalan, masalah pun makin banyak kita pun tak leh leka lagi. Takleh lagi nak jadi lembab lembab macam sifut vavi... nyet nyet nyet merayap melekat.


Oh. buahhati pink saya, Vaio, dah siap di repair. Rupanya fan dia yang rosak, nasib baik FOC je sebab masih dlm warranty. Mujur jugak. Best pulak rasa Sony Centre ni, jap lagi saya nak hantar digicam Papa lak untuk di servis. Ok ok, memandangkan saya rasa Likha banyak masa terluang, asyik main gostan parking masuk bawah sofa dan menyusur laju bagaikan seorang askar, saya rasa saya mula serius untuk fikirkan learning session untuk Likha. Somebody ada rekemen kan saya untuk 1set Baby's DVD learning untuk Likha. Saya tengah usha usha website online tersebut. Nanti boleh DVD tersebut di pasang kat lappy saya. Barulah fully utilized kan.


Bulan 6 ni jugak, saya mula serius untuk memikirkan sambutan birthday party Likha untuk 1st year. Tak lama lagi pun. Saya tak mau buat majlis yang grand, sekadar celebration ingatan untuk dia dan bolehlah mama get together dengan kawan kawan Mama dan Papa jugak. Sambil menyelam minum air. Ada masa terluang saya surf banyak banyak web how to organize birthday party.


Kemudian, fikirkan baju raya. Sebenarnya saya dah selamat shooping kain baju raya untuk saya sekeluarga. Masa balik KB baru ni lah saya membeli semua kain tu. Besar harapan saya nak pakai satu warna tema yang sama, nak lepas gian sebab tahun lepas saya tengah perut yang amat besar masa raya. Tak dapat melaram, jadi lain kali saya taknak lagi mengandung masa raya dan taknak lagi beraya masa tengah mengandung. Susah sangat nak cari baju raya!


Dua pasang baju raya tunggu untuk di hantar tempah, termasuk lebihan kain untuk budak gemuk tu, Tengoklah buatkan dia baju kurung or maxi labuh ke? Sibuk je dia. Warna yang saya pilih adalah lain daripada kebiasaan saya, saya dah bosan dengan warna pink, purple walaupun saya suka yang amat dengan warna warna tu macam rasa nak makan . Oklah tahun 2010, kita try warna yang berbeza namun tetap cantekkkkk!


Papa ikut jer. Saya senang gi shooping kain tersebut dengan Ain. Kalau Papa ikut, semua dia tak berkenan, alih alih saya yang pening balik tangan kosong jer. Bila saya beli ni, semua dia berkenan pulak. Haiiih pelik betul taste dia.


Rasanya yang tu sajalah yang penting buat masa ni. Yang lain lain macam biasa dan selalu lah. Oh, saya dan suami banyak dapat undangan majlis perkahwinan untuk bulan 6 ni. Yelah, cuti sekolah pun dah nak bermula kan, macam biasalah ramai la yang nak mendirikan masjid. Alhamdulillah. Tengoklah macam mana nanti, dapat tak kami memenuhi undangan tersebut. Yang dekat dekat, InsyaAllah sampai lah kami bersama budak gemuk kami tu...


Sekian...!

No comments: