SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Saturday, June 26, 2010

Tak Menggegar Rupanya

Ingat kan malam tadi duk la depan tv layan Brazil vs Portugal. Rupanya kami mengukur jalan ke Shah Alam. Banyak hal. Jumpa orang amek barang, Papa gi gunting rambut dan akhirnya berlabuh kat rumah SIL, Kaktie kat TTDI Jaya, Shah Alam.


Nanti tengok repeat la kalau rajin. Tu untung pasang Astro, boleh tengok siaran ulang berulang kali.


Oh, Kaktie dah pun selamat menamatkan pengajian peringkat paling tinggi dan sudah pun bergelar DR. Berbaloi dengan segala penat lelah selama ni. Tahniah! Bukan calang calang orang boleh melakukannya, Tapi bila anda yakin anda boleh, anda akan boleh.


Kami berlabuh kat rumah kaktie, Kak Eni pun ada sambil sambil tunggu MIL dan Kakna sekeluarga dari Melaka. Dorang dah bertolak dari KB petang Rabu dan ke Melaka dulu sebab ada hal kat sana. Dan dorang dah pun selamat sampai kat Shah Alam. Esok kan hari bersejarah untuk Maryam.


Dah sibuk bercakap itu ini dengan kakak ipar dan anak sedara, tak terfikir langsung pasal bola. Bila MIL semua dah sampai lagi lah terus lupa pasal bola. Tapi ada lah kejap kejap terkeluar, eh.. bola ni sapa menang? Tapi tak ambil berat sangat pasal bola. Hihihi. Tak teruja la pulak.


Lepak dengan dorang best walaupun aku hanya jadi seorang pendengar dan mencelah la bila perlu. Cerita yang best best, berbahas pun benda benda yang bermanfaat dan ada isi. Semua akan kerumun MIL dengar cerita dan bertukar cerita, hubungan yang sungguh rapat dan begitu memuliakan martabat seorang ibu. Terselit dalam hati, betapa baiknya mereka mereka. MIL, aku nak jadikan contoh terbaik dalam mendidik anak anak selain umi ku sendiri.


Sambung lagi.


Tak lupa juga, sebab nak ambil baju Melayu Papa la yang ditempah kat KB. Ala kedai jahit depan rumah MIL je.


Jap tadi aku bersusah payah iron baju Melayu. Jarang sekali aku iron baju Melayu ysng berkain licin dan berat macam ni. Sebab tu sebelum ni aku belikan Papa kain SB Line yang macam cotton tu, senang nak iron dan pakai pun sedapi. Mengomel aku sambil mengiron. Mulut sama laju dengan iron. Tambah2 tang seluar. Hissshh.


Esok dan lusa hari yang sibuk. Pagi esok, keluar pagi pagi untuk setelkan urusan kerja kerja aku kat KL. Dan after Zohor terus rush ke Shah Alam. Maryam dan Arif akan bernikah di Masjid Shah Alam lepas waktu asar. Mudah2an, Likha sporting macam selalu. Ramai ni esok sepupu sepapat nak jumpa dan mengkerenyek Likha macam ayam penyet esok ni.
So, get ready ya!


Oh, dua dua Brazil dengan Portugal dapat telur ayam. Nasib baik.


Bai, nak tidur dah. Nanti dah siap majlis semua, saya akan tempek gambar gambar pengantin, bukan pengantin, dan semua semua lah.


Terima kasih kerana membaca, tata!

1 comment:

ummie said...

i ada terbaca kat blog mama zara, u tanya mane dia cek wholesale list. u boley pegi ke www.shoppingNsales.com
kat situ mmg update smua wholesale everyday.