SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Wednesday, June 30, 2010

Bila Saya Tidur dan Bangun Dari Tidur

Dua tiga hari ni, asal petang je hujan. Teduh dan mendung jer. Tapi walaupun anak tidur, walaupun agak sleepy, saya jarang dapat lelap mata. Ada saja fikirkan benda. Ada saja benda nak buat dengan business partner saya tu. Jadi bila dah menahan rasa mengantuk dan penat, lama lama boleh jadi macam biol gak.


So, petang tadi dah Papa sampai rumah, Likha pun dah siap siap mandi dan bersih, saya serahkan Likha ke Papa. Bahagianya dalam hati bila tengok orang orang tersayang kita main bergurau senda sampai gelak mengekek ngekek. Yang sorang tukang geletek, yang sorang tukang mengekek.


Saya pun baru lah dapat layan tidur dengan hati senang. Macam tak ingat ada anak. Tidur dari senja masuk ke waktu Maghrib sampai nak masuk waktu Isya' memang buat saya jadi bengong. Bangun bangun terus rasa badan kebah macam nak demam. Terus bangun mandi cepat cepat. Malas berlama lama sakit pale macam ni.


Lepas dah refresh bagai, saya pulak ambil turn main dengan Likha. Papa tertidur plak. Bila keluar bilik, tengok tengok... Oh, hi chair dah siap pasang, walker dah pasang battery, barang barang atas side table dah kemas dan sabun basuh pun Papa dah ganti baru.


Nilah kerja anak beranak ni time saya tidur yer. Thanks Papa! Apa lagi Papa buat yang saya tak sedar ye??


Mama mendemo Likha dalam hi chair ni.






Jap tu, Ciklonggg dan puteri puterinya menvideo call Malikha. Rindu nak bersiaran secara langsung la pulak kan..? Hi Ciklongggg sayang..... Muahhh muahhhh... Likha memang pandai berinteraksi dengan diorang. Tersengih, bertempik, pastu garu kepala... Pelik, kat mana la manusia manusia yang menjerit jerit panggil nama dia ni.. Hihihi.





Pastu mencuba walker yang dah bermusic. Bila Papa angkat jer cam nak snap pic, hah! Terus selitkan lidah keluar macam ni. Ada ada aje Likha ni kan.. Pandai sungguh menghiburkan hati Papa Mama. Likha la objek hiburan sekarang ni.





Ok dah, nak iron baju kerja Papa. Bye!

1 comment:

LiAnA said...

cute walker.. tuan walker lagi cute..