SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Thursday, June 3, 2010

Part I : Projek Birthday Party Untuk Malikha

Sebelum membuat lain lain perancangan, kita kena tahu dulu apa yang kita perlu buat dengan parti harijadi yang kita impikan.


Saya memperolehi sumber ini dari Majalah Pa&Ma Oktober 2009:

  • Kebiasaan kanak kanak yang berumur 1-2tahun tidak mengingati parti harijadinya. Manakala bagi yang berumur 3-5tahun sangat seronok untuk bermain dengan kanak kanak yang lain. Permainan yang mudah dan aktiviti kraf pasti membuatkan anak teruja. Pilih aktiviti yang sesuai mengikut umur.

Perkara utama untuk memulakan sesuatu parti :

  • Bajet : Jangan terlalu berbelanja untuk apa yang anda inginkan. Kunci kepada kejayaan parti adalah permainan & aktiviti dan makanan yang menarik. Buat perancangan, libatkan anak anda dalam penyediaan parti dan sediakan senarai semak untuk pastikan parti berjalan lancar selaras dengan bajet anda

  • Tema Parti : Penting untuk sambutan harijadi. Jumlah tetamu, lokasi dan bajet boleh mempengaruhi tema parti yang anda pilih. Antara tema parti kesukaan ramai seperti princess, pirate, superhero, jungle safari etc. Tapi jika anda mempunyai senarai jemputan yang panjang, lokasi yang terhad dan bajet yang kecil, apa kata anda cuba parti berkelah berdekatan dengan taman rumah anda.

  • Masa : Jika sambutan parti adalah untuk anak umur 1 - 3tahun, hadkan masa antara 1-2jam sahaja. Rancanglah waktu pagi untuk anak anda, dan pastikan parti itu diadakan selepas dia bangun tidur. Waktu pagi adalah waktu yang paling sesuai untuk mengadakan parti untuk anak yang masih kecil.

  • Permainan dan aktiviti : Ia lebih penting dari makanan untuk seseorang kanak kanak. Pelbagai pilihan permainan seperti musical chairs, face printing, cari barangan tersembunyi etc. Juga sediakan sudut seni dan kraf untuk mereka menunjukkan bakat. Pastinya ia menjadi parti yang meninggalkan kenangan manis kepada anak anda.

  • Makanan : Untuk hidangan parti harijadi, pastikan ia ringkas dan sesuai untuk kanak kanak. Makanan mesti ada tetapi yang mesti diutamakan ialah permainan dan aktiviti untuk mereka, masa untuk membuka hadiah dan makan ais krim. Kek sudah semestinya tidak ketinggalan dan boleh dipelbagaikan dengan cupcakes.

  • Dekorasi : Jika anda mempunyai bajet yang tinggi, boleh mendapatkan khidmat perancang majlis parti harijadi. Jika tidak, sesuatu yang mudah adalah apabila anda menggunakan set perkakasan yang mengikut tema parti, seperti warna yang sama. Selain itu, pastinya belon adalah perkara wajib yang menjadi asas dalam semua parti.

  • Kad Jemputan : Untuk menjimatkan kos, anda boleh mereka sendiri kad jemputan untuk para tetamu. Libatkan anak anda bersama. Atau anda boleh emailkan saja dengan bermacam macam design yang menarik. Kad jemputan boleh mula dihantar 2 minggu awal sebelum tarikh parti diadakan. Ia adalah masa yang sesuai untuk mengetahui jemputan yang akan datang dan secara tidak langsung dapat membantu anda dalam menganggarkan jumlah tetamu yang akan datang. Perkara penting dalam kad ialah tarikh, waktu mula dan tamat parti, warna tema (jika ada), lokasi, no fon dan RSVP untuk mengetahui tetamu yang akan datang.

Apa yang saya impikan untuk parti harijadi yang pertama Malikha...

  • Ini yang saya impikan, sebuah parti harijadi di padang yang luas, hamparan kain penuh dengan makanan dan belon, serta kanak kanak berlarian sini sana. Santai je kan?

Ini adalah gambar yang di google

  • Saya tidak bercadang untuk membuat party yang serba mewah untuk Likha, membazirkan saja. Parti yang ala kadar sekadar untuk meraikan dia. Kalau tak sambut langsung, macam tak kena pulak. Kan?


Ini juga di google

  • Saya dah imagine, bila buat party macamni, rasa bebas sikit. Takde la macam nak terikat sangat dengan protokol kan? Seronok. Tapi kena tengok cuaca la.

Di google. Thanks to Mr Google


Untuk mula mula, ini adalah penting. Bila dah kenalpasti semua benda yang kita nak, baru boleh ke next step.


Ok will update soon about this project, bile idea dah datang lagi.


Sekian..!

No comments: