SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Wednesday, June 9, 2010

Lagi Dua Hari Semua Start Gila

Ni bukan gila sebarang gila. Bukan gila cakap sorang sorang, bukan gila nak terjun bangnan bunuh diri. Jangan salah faham ya.



Bermula lah musim gila bola..


Saya minat ke bola? Tak berapa la. Lain la adik saya tu, gila bola sampai tak ingat pelajaran. Eh, ye ker. Papa? Minat jugak bola tapi lebih kurang macam saya la. Tidak gila bola. Sepanjang kahwin ini belum lagi saya tengok dia berjaga malam semata mata nak tengok bola. bola je kot gila dia hehe . Sebab tu saya cakap, dia tak berapa gila bola.


Tapi penangan Piala Dunia 2010 atau WorldCUP 2010 ni, boleh buat semua orang jadi gila bola. Sana cakap bola, sinun cakap bola. Sana ada gambar bola, sini ada gambar bola. Kat dalam tv, macam macam adverts pasal bola. Gambar orang Malaysia sepak bola, gambar orang Brazil sepak bola, gambar orang Africa sepak bola. Beli barang tu, dapat bola sebijik. Beli barang ni dapat bola sebijik. Hah sepak la ko bola tu. Beli barang ni, dapat jersi team ni, dapat jersi team tu. Kat KL pula, kat mana mana saja cerita pasal bola dan gambar bola. Malah satu dunia sekalipun cakap pasal bola.


Pastu drama tv pulak. Yang tak tahan drama Melayu. Macam macam kisah pasal bola. Bini yang naik hantu sebab laki gila bola, sampai tidur pun mengigau pasal bola. Pasal budak pasnag impian nak jadi pemain bola.Dan macam macam lagi. Kuat betul kempen. Malaysia pun tetap kena tempiasnya. Hebat sungguh. Dah empat tahun sekali kan?





Papa dah awal awal cakap sokong mana, Brazil dan tentu tambah color yellow his feveret. Then tanya saya support mana. Saya cakap tak sure lagi. Tengoklah nanti saya support Spain ke, Germany ke England ke. Saya tak kisah janji best. Saya pun tak tahu sangat pasal pemain pemain untuk musim kali ini. Baik cara ke anak yang comel lote tu dari duk membilang nama pemain bola. Huhuhu.


Tapi saya paling ingat follow bola ni masa World Cup 98, masa tu tahun nak PMR. Gila follow sampai kat sekolah pun sibuk cakap pasal bola. Tak kira dah kawan perempuan ke kawan laki. Semua bola dan bola. Sampai tengok muka cikgu pun nampak bola dah dan papan hitam itu adalah tiang gol. Tet! Tak baik...


Tahun tu saya memang minat sungguh dengan Gabriel Batistuta dari Argentina. Sampai gunting gambar dia letak dalam buku Kimia patutlah selalu Kimia failed . Teringat pulak Cikgu Ruzil yang mengajar Kimia muka macam Awie. Tapi Awie version yang sejuk mata memandang la hihihihi.





Dan juga Paolo Maldini dari Italy team. Tengoklah, Mr Perfect kan tu! Masa ni boleh la nak cara bola, takde anak dan suami yang nak dibelek. Walaupun ada buku buku pelajaran yang penting masa tu. Now, tak molek dah memuja kehenseman dan menunjukkan keterujaan pada lelaki lain selain pada suami sendiri. Berdosa besar, Allah swt sangat tidak merahmati dan memberkati hidup. Nauzubillah. Sekadar untuk mengingatkan diri sendiri.





Dan masa tu jugak, saya support kuat team England, Germany, Italy dan Brazil. Nama hafal satu satu. Akhirnya France menjuarai World Cup 98. Dan setelah tahun ke tahun, minat saya pada bola dah tak berapa. Masa World cup 2002 kat Korea, saya tak ikut dah sebab kebanyakkan masa perlawanan adalah sebelah siang-petang dan dah saya kat asrama kolej kat Melaka.


Ok, malam esok adalah acara pembukaan. Jom kita sama sama tengok. Mesti happening. Tak silap pukul 1 pagi. Saya suka menulis tanpa fakta sebenar. Benci! ;( . Lepas tu terus ada perlawanan pembukaan, team mana saya tak pasti lagi, sebab yang sedihnya kami belum ada jadual perlawanan. Ni saya baru tengah tengah google dan Mr Papa akan print kan nanti. Yea...!!





Korang semua dah beli baju bola? Baru lah lagi semangat nak tengok bola. Agak agak siapa pula yang akan menjuarai? Oh, masih terlalu awal untuk membuat tekaan. Skema ayat!


Sekian..!

No comments: