SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Thursday, June 10, 2010

Belajar Untuk Menjadi Orang Yang Positif

.Just for sharing.
.Sharing is caring.
.Caring is love.


Hello Ztee.. how are you dearie ?
kakju & hafiy sihat alhamdulillah.. kakju baru balik dari rumah family afan ni.
huwaaa dah lah penat, family belah sana pula minta bawa balik Hafiy.
dorang rindu lah tuuu =)

tentang positive thinking,
hmmm cuba ztee amalkan perangai macam tu, rasa lain sangat diri kita ni tau.

kakju ni, dari dulu.. bila orang buat jahat, buat naya pada kakju.. kakju selalu sabar.
kakju tak marah, tak maki.. sebab kakju selalu fikir. nanti orang jahat tu akan dibalas dengan lebih teruk.
cepat atau lambat je.

contohnya kalau orang "lebih" dari kakju, dapat kereta baru ke hapa, dapat beli tanah ke.. (contohnya lah ni)
kakju takda pula rasa dengki. lagi happy ada lah ! happy for him/her. lepas tu mesti minta dari Allah, one day kakju pun nak lebih macam tu juga.

sebenarnya positive thinking ni perlu sangat sangat ada dalam diri seorang perempuan.
bila selalu positive, hati bersih, muka pun akan naik seri, lepas tu selalu happy.
kalau dah selalu sangat happy, nanti awet muda tau.

berbeza dengan orang orang yang hati busuk, kuat mengata orang lain, suka kritik setiap hal manusia lain,
nak judge orang sana sini.. hmm kita boleh tengok, golongan macam ni mereka ada banyak bad aura.
muka pun kotor & gelap je. kita tak nak termasuk dalam golongan macam tu kan ztee ?

& lagi satu.. pandailah memilih kawan.
kawan2 rapat kita menggambarkan personality kita juga.
mix around with kawan2 yang baik, tak suka cakap biadap, hormat orang tua, tak gedik...
kawan yang tak suka mengumpat, itu paling bagus ! =D kalau mengumpat artists takpa. hihihi

itu antara cara berfikir kakju setiap hari. =) kalau ztee nak ikut, ikut lah. wheeeeee

tentang first love. hehehe matwer tu seorang yang fun & comel. akan rindu dia sampai bila2.
even cara kakju joking, sampai sekarang sedikit sebanyak ada terpengaruh dari dia tau.
mama kakju, tiap kali tengok hafiy.. dia kata ikut muka matwer. hoh.. ado ko patut ? =P

Ztee ! bila nampak cutesy selalu teringat kakju ? kakju selalu dapat emails dari readers macam tu tau.
kakju ni dari dulu.. memang suka collect anything yang rare & cute.
kalau zaman dok usm dulu, ingat lagi.. sandal kakju mesti comel2.
lepas tu jam tangan pun, bentuk itik lah.. bentuk tikus lah.. matwer tau sangat perangai kakju.

haihhh matwer lagih ? oh tidak..

sekarang ni syukur.. hubby kakju pun memahami perangai kakju. dia tu avid reader blog kakju sejak mula kenal.
kalau dia balik sini, macam2 benda comel dia buat surprise pada kakju. tapi kakju segan nak cerita kat blog,
sebab takut orang meluat ke hapa. hihihi..

Ztee tauuuu,
Hafiy dah start weaning. kakju suapkan dia cerelac.
bila kakju kata "aaaa aaa aaaa" hafiy dah ketawa mengekek !
lepas tu nampak je sudu dah dekat dengan mulut. dia terus nganga...
aduiiiiihhh seronoknya jadi mommy kan ztee? syukur sangat.

insyaAllah one day kita jumpa k. lunch sama2 macam kakju dengan kawan2 yang lain buat baru2 ni.
thank you for the lovely email. *huggles*


Terima kasih pada penghantar email ini.
Beliau memang supermummy yang sangat lovely!


No comments: