SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Sunday, June 6, 2010

Hari Ni Hari Cuti, Orang Ramai Di Semua Tempat

Hari ini Cuti Public Holiday Keputeraan Agong. Daulat Tuanku.


Saya dan keluarga tidak ke mana mana. Ke mana mana tu maksudnya kaki atau tayar kereta tidak melangkah keluar dari sempadan negeri. Maknanya lagi tidak pergi bercuti ke mana mana. Maknanya lagi, masih di sini la. Titik.




Lagipun cuti sekolah dah bermula. Plan nak pergi Cameron Highlands memetik strawberries, dah dah sah la tempat sesak kan? Tunggu cuti sekolah habis dulu, baru pergi lah. Eh, kang ada kerja lain pulak? Plan jugak nak gi Melaka, makan asam pedas ikan pari dan saya nak berjalan ke rumah kawan saya, Atie yang baru naik rumah baru. Tapi tak jadi jugak, lagipun Atie tengah mabuk mabuk, berat hati dia mengatakan dia dah preknen for second child. Alhamdulilah, happy for her. Eh, jangan teruja sangat. Kawan tu belum lagi buat check up, tak tentu lagi dia termengandung or tidak. Titik.


Tapi teringin ni sangat sangat dengan strawberries dan asam pedas ikan pari. Yum Yum Yummm!!


Akhirnya, kembali la membuat aktiviti kami seperti biasa. Berjalan sampai sakit kaki kat shopping complex. Betul, kaki saya sakit dah ni kat tumit sebab pakai wedges baru. Shopping complex mana??? Jangan marah, jangan kutuk, saya dengan Papa dan budak gemuk kami, pergi OU lagi... Sob seb sob seb. Sedihnya.. Macam takde tempat lain lagi nak pergi kan? Mesti semua cakap saya ni macam mr Frog bawah tempurung, tak berkembang. OU OU OU OU OU dan OU. Hei, mr Frog duk jer bawah tempurung tu, mana dia kenal OU. Kalau dia kenal, sah sah dia junjung tempurung atas pale dia pergi OU. Tett! Merapu!




Jangan salahkan saya, salahkan mr Frog, eh En Suami saya yang nak pergi OU sebab nak menambahkan lagi koleksi baju feveret dia, Lacoste. Sebab kat OU, paling senang nak beli baju tu. KLCC pun ada, Pavilion pun ada, Sunway Pyramid pun ada Lacoste sebenarnya. Nextime kita beli baju Lacoste kat tempat lain pulak. Yahooo..! Ok, Kali ini beliau membeli T Shirt Collar tu lagi, tapi yang colornya kuning macam Raja Raja! Ampun Tuanku! Mak aii, memang kuning menyala... Eh, menyala untuk merah bukan? Biarlah, malas heh fikir. Esok keluar mesti beliau pakai baju kuning Raja tu, nanti saya snap gambar jaja kat sini. Hahaha. Eh, esok pergi OU lagi ke! Kalau betul la, memang sempit betul dunia ku! Hahaha. Esok ke lain pulak lah!


Sebenarnya apa beza Lacoste dengan Crocodile ye? Atau baju Cap Boye? Sebab Lacoste pun..boye duk tergolek gak. Cuma setahu saya, Crocodile kat The Store pun ada, tapi Lacoste takda.


Ok then, lepas tu cepat cepat pergi makan. Lapar. Keluar rumah dah lepas Zohor. Then sebenarnya sebelum ke OU, kami ke KL. Pusing Masjid India. Papa nak pergi Mydin jap, beli botol botol kecil untuk.... dot dot dot. Rahsia! Orang cakap kat Mydin ada, so bersesak sesakla kami kat Masjid India. Gila jem jem pun tak gila macam tu ! Semua orang nak cari apa eh? Baju raya ker??? Ke jalan jalan pusing mengejemkan jalan jugak macam weols ni?




Saya lepak dalam kereta jer. Sambil jeling jeling shawl. Mak aiii, dah lama saya tak datang sini. Kalau takde kepentingan saya tak pergi, sebab tempat macam tu bagi saya tak secure. Saya takut dengan orang orang asing yang ramai cari makan kat tempat kita, tambah tambah yang menyelam sambil minum air tu lagi takut.




Tapi saya tengok shawl banyak lah. Macam macam pesen. Saya nak ajak Papa pergi lagi lah esok. Saya nak borong banyak banyak. Kalau tak, dua tiga hari saya duk sokseksoksek telinga beliau.. Hikk. Tadi cakap takut..!


Di atas adalah selingan.


Kat OU tadi, kami gi makan kat kopitiam. Jeng jeng jeng.




Nah! Saya order Nasi Ayam Merah kat Kluang Station. Mary... Rindu kat U! Dats y, i cepat cepat bisik kat Syahmi ajak dia makan kat sini. Sob seb sob seb...


Puas 'nangis' rindukan Mary, perut dah kenyang.. Apa lagi. Sambung membeli dan belah sampai kaki melecet. Tapi kali ni, takde satu benda pun untuk Likha. Hihihi. Azam bulan ni, taknak dah beli baju untuk Likha. Sebab wardrobe Likha dah penuh baju baju yang Mama sendiri pun dah mula konfius bila Likha nak pakai? Likha bukan nya kerja pun? Bukannya kena gi ofis pun hari hari kan macam Papa macam Ciklonggg? ? Tengoklah azam ni boleh bertahan berapa hari. Sebab serius Mama juling mata kalau sampai kat baju baju baby girl like yu.... Sayang!


Kul 9 sampai rumah, pas dah setel sume kerja, layan kebab King ayam saja. Pastu tengok drama kat TV3, yang ibu dia 'womaniser'... Oh no..., JANTANISER sebenarnya! Kat luar ada ke macam tu? Seramnya. Laki anak sendiri pun dia berselera, tak kira lah asalkan nama jantan! Mesti ada kan? Sebab tu di buat drama. Biasa la drama Melayu, walaupun kadang kadang tak logik, tapi tetap boleh di buat iktibar dan tauladan.


Bye, nak tidur dah. Kalau tak, saya lagi merapu. Terima kasih kerana membaca.

2 comments:

alyyani said...

oh ingat macam kitorg dok umah je. likha kua gak jalan2 kan? banyak shawl ek? alya beli online je. eh tak gak. last friday dpt 3. cantik2 kan? geram je tgk. rasa nak beli semua. eceh.

suka gmbr 2nd likah senyum tuh. mmg sebijik muka awak lah :D

zack_blossom said...

hai...dh add ur blog...if interested leh add blog sy gak ye..