SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, May 14, 2010

Likha Dah Mengembangkan Dada

Happy sangat bila tengok Likha dua, tiga hari dah pandai angkat dada dengan kuat dan megah. Nampak sangat dia macam membesar bagaikan juara. Hik.


Tak sempat lagi nak snap gambar. Bila saya amek kamera je nak snap, dia terus sengih sengih kucing sambil ketuk ketuk tangan kat lantai pastu Mama tak tahan tengok muka dia. Terus tergolek golek gelak kat dia.


Angkat dada dengan mengembang macam ayam jantan nak bertarung tu maknanya dah nak merangkak ke? Kalau mengheret badan sudah pun, kadang kadang dia pusing 360 darjah. Jap je letak, dua kelip mata saya bling terus dah berpusing lawan arah. Hihihi.


Paling best bila lawan lawan tengok muka kat cermin. Tegur diri sendiri. Kemudian syok sendiri.


Sekarang suka menggagau gagau muka saya. Habis lubang hidung, mulut, bijik mata Mama di koreknya. Sib baik tak kuar bahan buangan dari hidung jer. Pastu tarik rambut Mama kuat kuat. Dah la rambut dah banyak gugur, tak lama lagi jadi botak chin la Mama ni.


Dan suka cium bau mulut dia. Best!


Ni pagi tadi pas Mama cium mulut Likha dengan banyak banyak dan gelojoh! Haha..

1 comment:

Yoshi Aiko said...

ewah, dah pandai budak gendut nie...hihihi...tak lama lagi abisla brg mekap mama dier :P