SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Saturday, August 21, 2010

Rojak Bulan Ramadhan

Walaupun dah bersuami dan beranak pinak , kenangan Ramadhan masa kecil kecil dulu mesti tak pernah lupa. Tambah tambah bab waktu berbuka dan bersahur.



Ingat dulu, alahai meriahnya rumah Abah Umi.. Masa tu saya adik adik kecil lagi, rumah Abah 7 bilik tu penuh semua. Rumah Abah memang besar, ada bilik 7 ditambah lagi 1 bilik. Hobi Abah ni, asyik renovate rumah jer tahulah kontraktor baru baru ni di tambah bilik air satu di bahagian hall dapur. Tulah saya risau, bilik makin banyak, orang makin kurang kat rumah tu. Kesian Umi...., nak menjaga satu hal kan..? takpe, ibu Moh ada



Dulu, bila abang saya yang sorang masih bujang. Kakak sulung a.k.a ciklonggg Likha pulak, baru berpindah dari Pahang, booked satu bilik sebelum pindah masuk rumah baru. Abang no 2 pulak, satu bilik. Tambah tambah masa tu, arwah kakak ipar, Kak Za masih ada. Semua hal bab bab sahur ni bagi kat dia la. Ringan kerja Umi masa tu. Dia yang akan bangun dulu, masak nasi, panaskan lauk, kalau ada nak masak, masak dulu, patutlah kita semua sayang kat dia.. pastu baru lah dia akan round satu rumah ketuk dari bilik ke bilik. Bangun lah, sambil genyeh genyeh mata.



Masa tu jugak Azwanis Caltex 24jam.. Ada pula pekerja setia ni, nama Samasudin... Samasudin ni time tu muda lagi, baya baya abang aku jugak la, tapi aku kalau tengok Samasudin ni mesti ingat kat Zamani Slam, biarpun tak sama. heh.., Samasudin pun di ajak sekali. Makin meriah. Ada pulak Mekyah..., pembantu rumah kiteorang yang dah jadi macam anak beranak. Mekyah ni macam bola, sekejap rumah makcik sana dia boleh pergi, sekejap rumah makcik sini boleh, sekejap duk KL, sekejap duk rumah Mat Sabu sebab pakcik yang sorang tu kamceng Mat Sabu. Weii, kenal ke Mat Sabu korang..? Huh.



Tadi bab bersahur, bab berbuka pulak kiteorang memang akan makan kat bawah. Umi akan bentangkan tikar, ada dua bahagian. Satu bahagian orang orang tua, satu bahagian budak budak macam aku masa tu lah. Lauk tetap sama, dua bahagian juga. Takde kurang takde lain. Kucing kiteorang masa tu pun sibuk la empat kaki nak menyendeng nyendeng sekali.



Umi pun di bulan Ramadhan, dengan baik dan rajinnya akan memasak lebih makanan lauk pauk dan juadah berbuka untuk pekerja pekerja stesen minyak sekali. Kiranya bersedekah la. Lauk mesti sama, apa yang kiterorang makan hari tu, lauk tu jugak lah yang diaorang akan makan. Semoga Allah swt akan sentiasa memurahkan rezeki umi.



Yang paling best, bila Nenek kiteorang, Nenek Wea pun ada tinggal sekali dalam rumah Abah. Nenek Wea memang ratu dapur la tu yang orang lain selalu salah anggap tu.. Tak payah cakap nak makan apa, hari hari ada saja la yang dia buat, puteri mandi, kuih buah nangka, pengat pisang, sira pisang, lompat tikam, kerabu tu kerabu ni...Nenek Wea memang rajin dan masakan dia memang la tak leh lawan sapa even Chef Wan pun . Memang tak yah beli kat bazar ramdhan dah time tu.



Masa belajar, aku tak berapa ingat cuma aku ni memang seorang student yang homesick gila gila. Huhuhu.



Conclusion:
Sebagai seorang anak, dulu, mereka merekalah yang memasak dan menyediakan semua juadah sama ada untuk bersahur mahupun berbuka. Aku sekadar membantu apa yang patut.


Sebagai seorang isteri yang tahun lepasnya sarat membawa perut, bangun seawal 4.30 pagi menyediakan sahur untuk suami buat pertama kali - dan akan berlanjutan selagi hayat dikandung badan.


Sebagai seorang Mama Likha yang tidak ada perubahan besar sangat sebab dia pun masih kecil lagi. Bab berbuka ok macam biasa, tapi bab bersahur agak kucar kacir,tapi tak kisah mana sebab kami berdua tak beratkan sangat pasal bersahur. Tapi kalau terlepas even untuk minum air dan makan sebutir dua biji kurma agak rasa ralat sebab terlepas pahala sahur itu.


Dan adalah tahun pertama, bergelar surirumah 'setengah masa' untuk Ramadhan kali ini. Aku rasa takde la yang peliknya, kerana semua orang akan mengalami benda yang sama kan..



Sekian..!

No comments: