Malikha bermuka lebam bukan lah sebab didera.
Jangan sebab entry ini, ada pulak yang memandai-mandai call Talian Nur tau.
Hehhehe.
Malikha bermuka lebam juga bukanlah sebab bergusti dengan Mama, walaupun ada masanya Malikha buat Mama jadi Raksasa Gorgon.
Tahap kewarasan dan keimanan masih tinggi untuk tidak melakukan benda-benda yang diluar dari fikiran.
Ok.
Sayang anak, anak sebahagian jiwa saya, takkan sampai hati nak buat macam tu kan!??
Tapi, itulah orang cakap.
Malang itu tidak berbau.
Kemalangan boleh berlaku dimana-mana walaupun depan Papa-Mama sendiri.
Orang lain risau tinggalkan anak kat taska-nursery-rumah-pengasuh-bibik, risau kalau-kalau balik nanti amek anak tengok anak lebam tang tu ke, luka tang ni ker, benjol kat sana ke, bengkak kat sini ker.
Tapi Malikha kat rumah, malang tetap ada.
Benda nak jadi orang cakap.
Taktahulah macam mana boleh terjatuh dan tersembam kat mukanya.
Masa memula kena, baru nampak luka yang kat dahi dengan atas hidung.
Esoknya baru nampak lebam.
Huh!
*Lebam atas batang hidung. Hidung dahlah penyek.
Hurmmm
Dah dekat 3 ari, arini lebam masih ada.
Mama rasa nak tengok muka Likha pun tak sanggup, kesian sangat!
Tapi mana boleh tak tengok! Mesti dah nak tengok kan..., muka anak sendiri.
Susahnya hati tengok anak macamni.
Selagi tak cantik-comel macam biasa, gundah hati ini.
Tapi MaLikha ok-ok saja, aktif masih biasa.
Kalau Mama tanya, nose sakit? Terus pegang nose, ''ateett'' ateett''..
Bila Mama tanya, macam mana boleh jatuh ,, terus lakonkan balik, tertonggeng ''boooommm!...'' mulutnya.
Huhuhu. Anak-anak.
Jangan tak tahu, Malikha suka bergurau macam ni
*
*
*
*
*
*
Hahaha.
Dah banyak kali langgar dinding, sampai tergolek-golek, so sekarang Mama dah tak lepa kalau ada baju ke blanket ke towel ke yang dia boleh capai sendiri.
Sebab die suka cari nahas sendiri.
Yelah, mana lah dia tau kan.. melainkan tahu nak bergurau dan menghiburkan hati Papa-Mama jerk.
Hope, Malikha ok-saja dan takde apa-apa. Weols tak bawak pergi klinik pun. Just sapu minyak angin. Khamis ni ada appoinment untuk cucuk 15bulan Likha. Bolehlah nanti tanyakan sekali yang pasal lebam ni.
Bye!
:)
2 comments:
Alololo chiannya dia. Takpe selalu jatu kang jadi kuat macam popeye.
adoyaiiii...men sembunyi2 eh...teringat dak mia yg kena cakar ngan budak ganas kat petrosains..adehhh
Post a Comment