SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Thursday, May 26, 2011

Selamat 19 bulan, Sayang !

Tup tap tup tap, bulan berubah lagi. Masa pantas berlalu. Naik lagi sebulan.

Malikha - 19 bulan


 Cuma seminggu selsema hari tu, Malikha agak meragam. Asyik nak berkepit dengan Mama. Mama nak masak pun duk bertempek di kaki Mama, Mama nak membasuh pun mulut asyik dok ''jom jom''.... Berguling sana, berguling sini seolah-olah menunjukkan protes - agaknya sebab nak beralih bulan. Gigi yang kat depan bawah pun, berlumba-lumba tengah nak keluar sekarang ni. Tu yang peel tak cantik tu agaknya.


Alhamdulillah, perkembangan yang lain-lain semua ok.


Dalam usia sekarang, perkembangan yang sangat menarik bila dah boleh bercakap lebih dari 3 patah perkataan. Contoh '' Ya Allah, atuh... .! (Ya Allah, jatuh ! ) Ya Allah tu selalu lah... Kalau tak Ya Allah, Huk Aloh... Ni gara-gara Mama lah yang suka sangat guna Huk Aloh.


Kalau dia terlanggar apa - apa macam pintu atau terjatuh atau tersepak, Likha akan balas balik benda yang buatkan dia sakit. Contoh terlanggar dinding..., '' Aduuuu aket ! Apo wattt nih @ apooo ahat ni! Sambil gi pokkk ( ketuk ) benda tu.. Hihihi.. Apo ahat ni ( Apa jahat ni! ) Tah lah dari mana dia belajar.


Kadang-kadang, ''Maa nak cusyu.....'' ''Maaa nak syik ( nasi )......


Ok, part menyanyi pulak. Lagu feveret dah makin bertambah dah sekarang ni.... Nak tahu lagu apa yang Malikha duk terangguk hangguk ? Lagu ''Grenade'' Bruno Mars tu kahkahkah... Ni gara-gara Si Nabil dalam Musim ke 3 Maharaja Lawak lah. Kalau nk tahu yang mana sila ke youtube yer. Hihihihi. Suka sangat lagu comel Akim-Stacy Conetto lurve tu.., lagu Jangan Takut Gelap, Sheila On 7, suka lagu Baik-baik Sayang. Dan sangat pandai nyanyi lagu Ibu, Engkaulah Ratu Hatiku. Tapi version dia macam nilah haaaa


Bibu....Bibu...... Engggggg..tauuuuuuuuuu .... ( senyap dan sengih )
Biiiiyaaaaaaaaa..... tuuu edduukaaa  ( senyap dan sengih ).... Engggggggggg.... ( senyap lalu terus mengekek-ngekek )
Bibbu............ atuuu atiikkuuuuuu ( siap dengan tangan lentok-lentok )
*Nak take video tak berkesempatan lagi.

Hahahahaha!!!


Sekarang tak layan satu channel dah. Dah mula layan Ceria, TVIQ, now ada pulak channel baru BabyTv 618. Maharaja Lawak pun suka tengok hahaha ! Cuma kadang-kadang tokleh tinggal sorang jugak, kalau tetiba keluar iklan or promo cerita pape yang menakutkan dia, mesti dia meraung kuat ! Acoottt ...! Acoooottt...! Sambil tangan ketik - ketik dada sendiri hahaha...! Tapi tulah bila ada anak ni, baru tahu betapa buruknya pengaruh tv kat anak. Nak tengok Desperate Housewives pun kalau dia ada bersama, kadang-kadang terpkasa ambek bantal letak depan mata dia nak cover time part 18sx. Susah kan? Cerita Juvana kat tv3 pun, banyak aksi yang tak elok. Kadang-kadang drama biasa pun ada jugak part bertumbuk, bergaduh, sepak sana sepak sini. Even videoclip Insya Allah Maher Zain pun tak sesuai untuk budak besar ni tengok !



Panjang pulak Mama bercerita. Kalau boleh semua nak sharekan kat sini. Yelah, kalau tak Mama tak ingat ni kalau tak tempek kat sini. Semua ini bukan riak atau nak menunjuk-nunjuk yang Malikha dah pandai tu pandai ni, tapi sebagai Mama tak salah rasaya Mama kagum, bangga dan tumpang gembira dengan perkembangan anak sendiri. Mama taknak dan takkan membandingkan Malikha dengan anak orang lain, atau anak orang lain dengan Malikha. Anak, cara pembesaran mereka tidak sama. Mama percaya, setiap anak ada kelebihan masing-masing. Betul kan?


Mama sayang Malikha. Walaupun Mama selalu marah dia, marah bukan bermakna tidak sayang. Marah adalah untuk mengajar. Walaupun Mama hari-hari dah macam tarzan kat rumah ni dek dia, cuma tidak menyarung uniform tarzan dan bergayut dari tali ke tali jer lagaknya. Malikha adalah satu ciptaan yang cukup sempurna dalam meningkatkan kesabaraan dan keimanan Mama. Sayang Malikha dunia akhirat. Malikha harta untuk Papa Mama di sana nanti.


Kasihnya Mama membawa ke Syurga 




Kasihnya Papa sepanjang masa


Terima Kasih mu Ya Allah.. Menghadirkan Malikha dalam hidup Mama dan Papa Hadirnya yang mengajar Mama tentang segala-galanya.


Happy 19m, Sayang.
Papa Mama




11 comments:

Farah Shamsudin said...

cumilnye Likha.. cume ntah bila nak tgk Likha ni peramah macam mama nyeee... nak jumpa Likha lagik..

Unknown said...

chumeylnya!hehe....pandai likha nyanyi:)

Maya Mayana said...

yes dear..mereka2 ni adalah saham amanah merangkap saham akhirat kita disana...semoga kita dpt berikan dan jadi yg terbaik buat mereka...so comellll

Ibu Darwisy said...

huk aloh..malikha yg comle..x mo notty ye sayang..♥ malikha..

Ummi Alesya Sofea said...

alhamdulilah dah makin byk p'kataan yg dah boleh di sebut,cerdik betul Likha..

munna said...

comelnya likha..perangai dia pun alololo...anaklah jadi penghibur dan harta kita dunia dan akhirat

Rina Rahamat said...

seronokkan ztee besarkan anak sendiri..anak membesar dpn mata kita..jd tarzan tu standardlah..haha..i pon sama..

Kyra said...

geramnye dgn si comel likha ni,bebudak skarang pandai kan..kekadang , Tu kecrdikan diorang mcm tak cya dgn umur diaorang..mga2 likha mjd anak yg solehah n btambh jelita like mama ye

ariana said...

Kalau Likha cepat jadi kakak, gerenti lagi tambah bijak..tak caya cepat2lah tambah sorang lagi..hehe

Shiela Firdaus said...

suka tengok malikha ngn mama dia..sama² cantekkkk!

eliyaezlinalias said...

indahnyer bergelar mama walaupon penuh duga~