SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Tuesday, April 26, 2011

Apa Yang Kita Makan Hari Ni


Today Mama Likha bangun awal, siapkan Papa dan hantar Papa. Arini beliau outstation ke JB, balik hari. Hantar depan pintu jer. Pagi-pagi dah keluar. Semoga baik-baik saja di sana, semalam 2hari beliau sakit kepala tak henti-henti. Tak tahu kenapa dan mengapa. Tengahari semalam pergi klinik, dapat ubat, tidur bangun-bangun hari ni alhamdulillah dah OK. Kalau tak camno hari ni? Dah lah ada big event kat JB.



Dah bangun pagi, ingat nak sambung menganyam mimpi bersama Malikha. Oh, cannot lah pulak. Lappy memanggil-manggil. Macam berhantu gitu. Oklah, so pepagi on lappy dan berblogwalking. Dah walking-walking tu, tersinggah lak rumah Cik Betty ni. Menarik betul entry beliau pagi ni. Ceritanya pasal Sardin Ayam Brand yang dicampur lendir katak dan lendir siput babi. Phewwww!!! Baru dua hari lepas, masak sardin. Pastu pasal MILO pulak yang dicampur dengan daging cacing. Oh no, dahlah tengah singgah-menyinggah blog orang sambil layan MILO suam-suam bekas yang Papa minum tadi tak habis. Oh apakah ku minum MILO cacing..???


Credit to Cik Betty.


Masya Allah, dulu dah kecoh dengan Sos Preggo yang dicampur dengan daging bab1.... Kecoh dengan ayam yang tidak disembelih. Pastu kecoh lak telur tiruan lah. Macam-macam lah sekarang ni dalam makanan kita. Sejauh manakah kebenaran ni semua..? Tolonglah pihak yang berwajib, selesaikan masalah ni. Seolah-olah tiada undang-undang, tak tahu hukum halal haram, tiada sekatan dan tiada sebarang halangan untuk makanan yang kotor ni wujud dalam masyarakat kita hari ni. 



Dah sekarang kecoh jugak, pasal OBESITI dikalangan budak-budak. Salahkan pihak kantin sekolah yang menyediakan pelbagai makanan yang tidak berkhasiat. Sebenarnya nak salahkan 100% ke pihak sekolah pun tak boleh, sebab kat mana-mana or rumah pun budak-budak still boleh dapatkan makanan yang tidak bermutu. Taktahulah nak cakap macam mana, ni saya anak belum bersekolah lagi.... Tapi kat rumah dah kenal macam-macam makanan.



Sebab tu lah banyak penyakit sekarang ni kan..? Orang selalu kaitkan dengan orang-orang dulu yang sihat-sihat, umur panjang sebabnya makan makanan yang berkhasiat, halal dan dijamin sejauh mana kebersihannya.
Orang zaman dulu, penyakit yang paling kronik pun penyakit tibi jer. Tapi nowadays? Cuba tengok kita sekarang, dengan fastfoodnya KFC, McD, Pizza Hut, Domino's, padahal itulah yang menjadi feveret kita, dengan makanan instant, macam burger, ayam ayamas, sosej, dengan maggi, cikedis bermacam jenis cekedis ada kat pasaran.... Yang taktahu sejauhmana proses pembuatannya...... Dan dengan air bergasnya, air manisnya, coolblog bubble teanya...Tak minum air manis tak sah. So, pada pendapat peribadi Mama Likha...., nilah yang menyebabkan penyakit sekarang.... Macam-macam penyakit. Kalau takde yang kronik, ada jugak macam kegemukan, sakit kepala, kaki kejang dan macam-macam yang kita tengok macam kecil jer... Tapi for the long term...??? Sebab makanan yang kotor dan tak tahu halal haram ni jugak lah yang boleh menyebabkan rumahtangga pecahbelah, jiwa selalu kacau, anak-anak tak pandai belajar, malas. Jadi gelap hati semua.  Betul tak..?? Lepas ni apa lagi lah. Sos, kicap, santan, minyak semua tu selamatkah untuk kita....???? Ayam, daging, vegetables semua tu pun belum tentu selamat kan..??


Tapi kalau tak makan? Tak boleh...!!




*************************************************



Jom tengok apa yang Mama dan Malikha makan hari ni. Tension-tension pikirkan makanan pun, perut kena makan gak! Huhuhu!


Feveret Likha lately ni, cauliflower. Sangat suka!
Ratah saja jer....!

sebelum
selepas

Sebelum makan baca doa.
Bila Mama cakap Bismillah jer dia dah Amin..!
Camno tu anak..?
:)





Untuk Mama pulak, bubur nasi Likha tu Mama bereksprimentasi so jadilah macamni,
Sungguh simple sangat!
Boleh lah, dah weekend makan dengan hebatnya, dah semalam pun meriahnya menu.
So arini lite-lite sudeyy!!
Kebetulan ada telur asin dan seruding daging terbaik dari ladang Kota Bharu.
Yuhhuuu.....,, nyangkut weh!
:D


Tapi cer kalau ada ikan pekasam..atau ikan jeruk?
Ohhh bestnya! Dah sebulan cari ikan pekasam, kat ne erk yang vogidebass....?
P/S : Makcik Miri sila cepat-cepat tunaikan tanggungjawab anda oke!
Teringin ni! Mengandung lemak banyak sangat!
Kihkihkih...




 Lepas makan kenyang, senang hati~~!
Lalllalalalal~~!




Tunggu Papa balik, kul berapa sampai ni. Hmmmm tah-tah Likha dah tidur, Papa tak sampai lagi.
Tadi pagi pun tak jumpa Papa.
Esok pulak lah ni jumpa Papa ni.



Layanlah Mama malamni ngan Likha bermarathon tengok drama. 
Daripada Asmara ke Sahara dan ke Depsrate Housewives. Klau larat, terus bersambung ke Showdown 2011. Best jugak layan tu. Oh, sapa tengok Desperate Housewives lastwik, gila best dan havoc kan???!!



Pesanan terakhir : Berdoalah semasa menyediakan makanan untuk anak, suami dan keluarga kita dari mencedok beras, mebasuh beras - dengan selawat sekali, mengopek kulit bawang, menyiang ikan, membasuh sayur, menabur gula garam, mengacau gulai, mencedok nasi even menghidang makanan sekalipun. Semoga apa yang kita dan anak-anak kita makan, dari sumber yang halal, diterangkan hati, dijauhkan dari kegelapan mata hati dan selamat dunia akhirat. Semoga kita terlindung dari gangguan syaitan, benda-benda yang haram dan segala maksiat. Insya Allah.

( Peringatan peribadi Mama Likha untuk diri sendiri )


Okelah.
Bye!
See you soon!
Oh, Likha kan sekarang ni bila kita cakap ByeBye, terus sambung ShiShun (See U Soon) hahahahaha...!



Ok, dah bye! ShiShun!
:)

9 comments:

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

tgh duk layan entri nih hidung cam terbau sup...erkk lupa tgh perangat sup ayam + carrot + cauliflower kat dapor..

betul tu ztee..kita rs kan org sekarang bnyk yg tak berapa betul perangainya sbb pemakanan salah satu faktor..moga anak kita sentiasa dlm perlindungan Allah aminn..

comeynya likha..

ariana's said...

Akak setuju sangat kata Zte pasal bab penyediaan makanan untuk family tu..Mulakan dengan bacaan Basmallah dan doa..serta yang paling penting keikhlasan dan kasih sayang..Airtangan isteri atau ibu ni..tak ada tolok bandingnya..Best in the world gitu..:)

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

ouhhh, cedapnyer kalau dpt geget pp budak comei tuh >.< uhuh~

Jangan terkejut Bumblebee jadik Vivabee, hahahah

Ibu Darwisy Comey-Lotey said...

betul tu ztee..bak ayat iklan tu DUNIA DAH MAJU..org2 dulu mkn ulam2an petik sendiri kat kebin..kite skrg mian ngap, beli jer..

munna said...

mmg dah kecoh pasal sardin dan milo tu... tapi mcm tak percaya sgt lah... klu betul alamak part milo tu x blh tahan sebab munna suka banget dgn milo ais

Ilhamny.com said...

ya btul tu, kalau kita berdoa sebelum masak, pahala pun banyak...
tapi betul ke milo ngan sardin mcm tu..kekadang strategi pemasaran pihak lawan suka wat dakyah2 songsang...compius skrg bila nak mkn pe2...

gee ryder said...

tu yg bagus sket budak kalo mak jaga ni, terjamin segala2nye hehehe..

likha mkn tak telur masin tu??

sW33tdARLiNG said...

susah betul nak pilih makanan skang ni.. dalam malaysia pun susah, kalau kat tempat orang lagi susah!

kakchik@ella said...

pandainya likha makan sayur. aiman dari kecik smpai besar sayur tk pandang. hihi ..