SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Wednesday, May 19, 2010

Sejauh Mana Sayang Kita Pada Anak

Isnin lepas baru potong kuku tangan dan kaki budak gemuk saya. Saya perasan kuku dia cepat tumbuh, ke memang semua baby baby macam tu? Yelah, Khamis saya potong pastu nak tunggu Khamis depan pulak memang tak sempat dah. Tu yang mengcakar cakar harimau kat muka sendiri tu. Jangan cakap, Mama dera pulak yer sayang!


Hari ni tengok dah start panjang dah. Sakit sungguh hidung Pinnachio Mama ni time di tarik tarik, di korek koreknya.Hem..! Wahai anak, korek lah banyak mana pun. Mama rela, bahagia tau walaupun sakit sakit.


Hari ni bila main main tangan dia, sambil layan dia nak tidur, tengok dah makin besar dah tangan anak saya ni. Macam tu jugak dengan kaki dia. Makin besar. Ya lah, takkan nak makin kecil kut. Mengarut!


Terus teringat dua gambar ni.



10.11.2009


12.11.2009



Anak dah makin membesar ni? Apa yang dah saya buat untuk dia setakat ni?


Sejauh mana kita sayang anak kita kan? Kadang kadang saya selalu tanya soalan ni pada diri saya sendiri.





Tuesday, May 18, 2010

Kucing Yang Hidup

Semalam, bawak Likha kuar jalan jalan. Saya nak membeli belah stok dapur yang dah hampir kering kontang. Kami ke Giant KD kat rumah jer.


Pas siap membelah dan manghabis duit, terus ke Uptown Shah Alam. Nak amek stok EDT VS, ada customer nak. Urgent nak malamni jugak. Tak dan dan. Oklah, lagipun customer tu bukan orang lain gak pun.


Penat mendukung budak gemuk ni. Tapi Papa la dukung, saya mengejar kat belakang jer. Saya penat mengejar la. Sebab dah kul 10 lebih dah. Janji kul 10. Hik.


Sampai Uptown, ter'lalu' kedai kucing hidup ni. Beli la satu untuk mek ni.





Siang tadi, lupa pulak saya dengan kucing meow meow ni yang beli semalam. Bila teringat terus bawa keluar.






Ok lagi. Mantain melayan cik meow. Mata dia ada lampu biru. Kira biru mata hitamku lah ni.





Geram weh ngan cik meow ni. Nak capai tapi asyik masuk gear gohek gostan.




Last last sekali, Maaaaa mamamamama takut dan geli dah dengan cik meow ni. Tak boleh tengok dah. Malam karang sure nightmare fairytales dengan cik meow ni. Hakhik.



Sekian..!

Siapa Lah Tengah Membacakan?

Ni entry takda kerja ni.






Sebenarnya ni kali pertama tengok blog sendiri, sampai 5 orang tengah menjajah. Sape la yer?


Saya tahu, silent reader pun ramai yang takmo kenalkan diri. Hik.


Terima kasih sebab sudi membaca. Kalau anda kenalkan diri, boleh jadi kawan saya. Saya nak tambah kawan dan cari kawan ramai ramai.


Sekian...!

Apahal La Korang Ni Tak Habis Habis!

Dah tergodek godek Metro sebab nak publish entry sebelum ni, nah terpampang la gambar mereka mereka ini dengan kisah mereka yang tak da nampak happy ending lagi.





Tetiba blog saya jadi blog gosip artis pulak yer, ni kes terjebak ngan Kak Amy lah ni. Hik.


Yuols minat tak Fasha Sandha? Kalau Papa, dia cakap Fasha yang minat dia.


Saya....? Tidak lah minat minah ni.