SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, December 7, 2012

Part 2 : Hari Kedua di KK

Hye hye hye bebeh !


Hari kedua di KK adalah hari untuk Mama dan Likha berjimba ramba by ourselves. Papa ikut dia lah..., gi miting bajet hehehe. Kat sana kul 630 tu dah cerah, terang benderang. Jadi sejam awal semuanya. Jam tetap sama, cuma dia cepat cerah dan cepat gelap. Waktu solat pun cepat. Kul 4 lebih dah subuh. Kul 6 lebih dah Mahgrib so dah gelap gelita macam kita kat Semenanajung dah kul 7 lebih...  Gitu lah kiranya.


Room view


Pagi - pagi lagi Likha dah bangun. Nak bawak Likha pusing - pusing hotel dan berendam kat pool. Sangat cantik. Pool ngadap harbour dan laut. Private beach pun ada di Sutera Harbour ni tapi kecik jelah. Cute je pantai kecik :)


















Dua jam lebih berendam ! Sampai kecut tangan kaki toksah cakap. Sampai dah sunburn sikit. Yelah, last time berendam masa pergi Tambun rasanya. Haaa ye dah tu. Cian dia, jakun jumpa air. Tkpelah kasi can lalallalalalala ~~!


Balik bilik, makan kenyang - kenyang pastu belayar lagi....


Petang keluar tengok sunset.... Sambil tunggu Papa habis meeting dan Papa datang tepi harbour tu jumpa weols. Papa invite weols dinner sama - sama dengan geng dia malam nanti.... So terus balik blik dan bersiap untuk pergi dinner :)













Dinner di Port View Seafood Village, KK Waterfront. Dekat saja dengan Sutera Harbour.










Malikha buat muka m&m





Tak berapa nak selera hehe. Orang cakap seafood sedap erk kat KK, tapi hurmmm no komen. Tambah - tambah kedai Cina, ku memang tak lalu. Tapi orang - orang lain laju je nampak. Kami - kami kat meja vip memang tak abis makan hihi. Actually Dato' pun tak puas hati dengan menu malam tu.... Papa pun makan tak habis... Lepas dinner terus balik hotel. Papa sambung meeting lagi Mama - Likha sambung layan perasaan :)


Setel day 2 mengenal alam bersama Malikha huwargh huwarghhhh.


Bye !
:)


Part 1 : Perjalanan ke KK dan Check In Hotel

Assalamualaikum...


Mokcik datang lagi. Ni nak start bobel dahni.. Hehehe. Siap berpart - part gitu. Buat part - part ni tak bukan tak lain sebab gambar banyak lah. Huuuu padahal gambar biasa - biasa jer tapi nak jugak tempek disini hehe.... Haruslah kan... ? 


Okeh, let's start. Hari Khamis flite ke KK. Wah, tajuk entry tu perjalanan yer.. Macam naik kereta lak. Takpelah, kita buat perjalanan yer... Ada a fews gambar cantik [ bagi kita ] negeri dibawah bayu yang kita captured dari flite.. Lawoooooo sangat - sangat ciptaan Allah....





Pergi KLIA driver hantarkan.
Buat self check in kat kisok rupa - rupanya dah already check in.
Terus drop bag kat kaunter.





Masa baru take off.
Ya Allah cantiknya kan ?
Agak - agak nak cuit sikit boleh tak......
Hewwwwww..


Kali ni mak jakun naik flite MAS.
Hahaha maklum lah dah lama tak naik MAS.
Kapalterbang MAS baru and now ada in flight entertainment.
Rasanya untuk international kot.
Tak sure lak kalau domestik, so perjalanan ke KK 2 jam 15minit tu takde lah bosan sangat kan ?
Penerangan pasal safety pun kut screen ni. Takde dah FA yang buat demo kat depan.
Steady !




And of course, in flight meals.
Masa flite baru take off, stewardess dah datang amek order dulu.
Katanya '' puan, kita bagi anak puan makan dulu so nak menu yang mana blablablabala''
Lahhh, puan dah yer. Holass !
Nasi Putih + ikan percik we chose.




Sambil makan sambil layan movie Happy Feet.
Oklah bagi makan awal, sebab tak lama tu die terus belayar...........







Lunch meals Mama + Papa sampai, dapat makan dengan tenang...
Nasi Putih + Chicken Mushroom.
Sambil layan movie horey - horey.
Papa layan citer Batman.




Malikha tidor sampai landing.
Dah sampai negeri bawah bayu.
 I wondering kenapa negeri bawah bayu erk.
Rasa macam tahu, tapi malas nak cari balik.
Haha boley gituu..





Subhanallah.


Speechless.

 




 Alhamdulillah, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ( BKI )
Amek cab terus shoot ke hotel.
Weols stay di The Pacific Sutera Harbour.
Sutera Harbour ni besar, terbahagi 3 hotel.
The Pacific, The Magellan dan Sutera Harbour Golf & Country.
Cantik sangat tempat dia, memang tepi laut jer.
Rupanya distance dari airport lebih kurang 5 minit jer, tak sempat panas punggung dalam cab.
Otw pergi hotel, minta uncle cab tu pit stop jap nak beli mineral water.
Papa turun beli, risau kang di bawak lari nya Mama dengan Likha hihi.
Tapi nasib baik, uncle tu frenly...
Siap sembang lagi...









 Our room.
638.
Rest kejap, Papa terus chow ke meeting. Actually meeting dah start tengahari tu.
Malikha terus mintak nak berendam.
:)










  Malam, layan maggi Asam laksa dengan daging masak dendeng.
Boleh lah.
Dari bilik meeting.
Budget meeting 2013. 
Papa sekejap - kejap balik bilik.
Banyak jugak masa free nya.
So takdelah bosan sangat terperap.
The rest, Mama sungguh - sungguh dapat cuti cukup - cukup....
:)



Then later kita sambung aktiviti Mama - Malikha kat KK yer...
Tq sudi baca and ada yang sudi tunggu entry kisah coti - coti rilex di KK ni.
Tq sooo munchie - munchies dearies..



Bye !
XoXo
:)


Cuti Cuti Sabah 2012


Hai...


Dah selamat tiba di KL dah Isnin lepas. 5 hari 4 malam pergi Kota Kinabalu, puas hati ! Lama weh, rasa rindu kat rumah hihihi.. Cuti yang more to untuk aku rilex dari kerja -  kerja rumah. Seriously ! Puas berehat kat sana ! Hihihi... Walaupun tak banyak berjalan, tapi KK bestlah. Nak pergi lagi nanti hehehe. Aku berangan sokmo, pastu senyap - senyap amek tic flite lalallalaaalala.. Tapi bukan lah dalam masa terdekat ni heh :D




Masa dinner di Seafood Village Port View, KK Waterfront.


Later kite cerita - cerita Ok pasal sweet escape daku dan Malikha ke KK hehehe. Gali mood dulu......


Bye !
:)


Thursday, December 6, 2012

Disember - Audit Diri

Hai hai hai.


Semekom ! Lahaiii.. Tak sedar tup tup dah nak abis seminggu bulan 12 ni. Cepat deh masa berlalu. Jap lagi new year dah heh. Ni aku nak start bebel lah ni. Huwargh - huwarghh.. Takde apa sangat nak bobel bobel... Cuma ni nak tanya diri aku sendiri lah. Nak audit diri aku.. Apa lah yang dah aku buat sepanjang 2012 ni yer ? Apa yang dah lepas, apa yang dah berlaku.. Baik ke buruk ke sedih ke pedih ke manis ke pahit semua, hidup tetap perlu diteruskan...


Apalah yang dah aku capai dalam 2012 ni. Banyak mana dah aku upgred diri aku eh? Dalam bab amal ibadah aku, hubungan aku sesama manusia, kawan, pasangan, keluarga, yang penting sekali anak aku, mektok Malikha tu...., upgred dalam bab meningkatkan taraf hidup aku sendiri. *sigh susah nak cakap... Rasanya tak banyak sangat benda yang positif. Hurmmm..... *sigh *sigh dan *sigh lagi.....


Bukan semua benda yang kita nak dalam hidup ni kita mampu nak miliki. Kita patut syukur lah apa yang kita ada hari ni. Aku lah sepatutnya syukur. Kesihatan aku setakat ni baik - baik saja, alhamdulillah duit sentiasa ada tak putus, anak yang makin membesar, suami yang insya allah akan sentiasa ada tak kira dalam keadaan senang atau susah, keluarga yang takkan putus walaupun dicincang macam mana pun..... Aku kena bersyukur walaupun aku tak mewah macam orang lain tapi aku hidup sederhana, aku kena selalu ingat, kalau aku rasa aku susah...ada lagi orang yang lagi susah dari aku. Dugaan, ujian, cabaran tu tanda Allah sayangkan aku. Nak tengok sejauh mana kuatnya aku lawan semua tu. Kalau ku tak kuat, paling tidak pun aku menangis dan berdoa atas tikar sejadah. Tu buat aku paling tenang.... Tempat yang paling aku percaya untuk meluahkan dan mengadu biarlah takde direct respons pun....sebab aku percaya DIA MAHA MENDENGAR dan LAGI MAHA MENGETAHUI SEGALA - GALANYA.



Susah ke nak jadi positif ? Macam mana kalu kita nak sangat, tapi orang tak nak ??


Jomlah kita audit diri kita...


Bye !
:)