SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Monday, May 9, 2011

CONTEST DETIK INDAH BERSAMA TERSAYANG


Bismillahirrahmanirrahim.
Mama Likha nak join Contest yang Kak Lily anjurkan sempena anniversary beliau yang ke 16.




Tagline : Bukan senang nak senang, jatuh bangun kami genggam tangan erat bersama... sampai SyurgaMu.


Jom pakat undi Malikha's Family meh.
Boleh undi Gambar dan boleh undi Tagline jugak.


Klik di SINI untuk mengundi yer.
Undian dibuka sehingga 17 May 2011.
Cepat-cepat, masih ada masa ni.
Semoga ada rezeki kami di sini.


Terima kasih yuols~~!!
Muahhhhh muaahhh from Malikha.
:)

Happy Umi-Mama-Mak-Mami-Ibu Day


Selamat Hari Ibu untuk Ummi, Wan Zainun Husin.
Terima kasih yang tidak terhingga kerana telah mengandungkan saya 9bulan 10hari, susah-perih melahirkan saya melalui pembedahan, menyusukan, menjaga dan membesarkan saya. 




Yang sentiasa tanpa jemu mengasihi dan menyayangi saya sampai hari ni walaupun hari ni saya dah pun jadi ibu juga.
Yang sentiasa terbit kerisauan dihatinya tak sudah-sudah.
Yang sentiasa tiada penat lelah demi kegembiraan anak-anak.
Memang jasa Ummi tak pernah terbalas dan memang takkan boleh balas sampai bila-bila.




 Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada
Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya
Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa
Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia


Semoga Ummi sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, berbahagia dengan anak menantu dan cucu-cucu, terus kuat dan cekal menghadapi cabaran hidup, dan terus kekal bahagia bersama Abah. Tahun ni adalah tahun ke 42 Umi bersama Abah.



Sayang dan kasih pada Ummi tidak pernah berubah. Walaupun mungkin tidak sesempurna kasihnya beliau pada anak-anak.


Jutaan terima kasih Ummi.
forever and ever.



Juga untuk Ibu Mertua tersayang, tanpa beliau tiadalah lelaki yang tercinta dalam hidupku hari ini.
Terima kasih, Mama kerana pilih saya untuk beliau.
Insya Allah.. Ku genggam erat tangannya sampai ke pintu syurga..



Dan ibu-mami-mama-bonda diluar lain diseluruh SEMESTA ini.
Sesungguhnya IBU adalah harta yang paling tiada galang ganti.
Tiada IBU tiadalah kita. Tiada IBU tiadalah kasih sayang.



Marilah kita sama-sama menghormati IBU kita dan isteri yang susah payah menjadi IBU.
Selagi IBU itu masih ada.
Nama IBU tidak semudah yang kita sangkakan.



Selamat Hari Ibu~~!
Tidak lupa untuk Mak Malikha sekali.
:)


Bye!



p/s : Lewat post salah schedule date 

Wednesday, May 4, 2011

Maaf, Lambat~~!


Actually, Mama Likha baru jer pos tadi hadiah ole-ole dari Bandung kepada 12 yang bertuah tu.
Hishhh lembab macam siput sedut kan Mama Likha ni...~~!



Yuols, sorry k!
Jumaat lepas, Mama dan Likha dah pun sampai pos ofis, pos order-order kastemer.
Dah ingat dah nak beli setem or envelope pos Ekspress tu....
Pastu dah gitu gini, gitu gini ngan Malikha... Boleh lupa!!!
Tulah... baru anak sorang, nyanyuk dah berlebih-lebih ni.



Pastu cuti 3 hari... ni hari ni Mama Likha keluar pos barang lagi arini. 
So dah pos dah cuma 2 orang saja belum hantar, sebab bila check-check email ada dorang yg belum kasi mailing address.
Insya Allah, cuba jugak dalam minggu ni yer.



Bukti pengeposan.
Kalau dia muat masuk dalam mailbox tu, ngan dia-dia nak masuk tu.
Hihihi.
Jangan-jangan~~!
Sayang tu wei...
Kat mana lagi nak cari.
:)



Ok.
Hope yuols like it yer..
:)
Tq.


Bye! 
Shishun~~!


Tuesday, May 3, 2011

Bulan 5 Dah!


Lahai... Tadi nak transfer masuk gambar-gambar dari iphone ke Lappy.. Tengok-tengok, eh kena buat folder untuk bulan 05_11 dah... Masya Allah, cepatnyer masa berlalu kan..? Macam baru jer sambut newyear..., macam baru jer ke Singapore, macam baru jer semua-semua yang dah berlalu pergi... 
Tapi kita ni dah nak masuk setengah tahun 2011 dah. Lagi 5 bulan Malikha genap 2 tahun...
 Bulan Ramadhan pun tak lama dah, pose ada 3 hari lagi tk ganti. 
Ada 2 bulan lagi yang free sebelum pindah masuk rumah baru..., kalau tak pindah sebelum pose, mau drag sampai raya, lepas raya, gitu gini gitu gini, mau plak drag ke hujung tahun... rasanya tak boleh.....!! Rumah baru kena masuk pindah, siap-siap, duk senyap-senyap sebelum puasa...
 Hope semua ok-ok lah nanti...



By the way, Happy Labour Day buat semua pekerja-pekerja yang berdedikasi.
Ai, dok rumah takde labour day ke, hari buruh ker, hari pekerja ker.
 Tiap hari bekerja every second tanpa rest.
Ni pun tengah menulis blog, restlah lah kejap. Bagi masa lah jugak untuk housewife macam ai, untuk menulis, bercerita, tumpang story-mory, mintak share pengalaman orang lain.
Menulis blog one of medium bleh release tension.
Terapi untuk orang yang macam ai.
Hurm... Bila agaknya ada Hari Surirumah yer...?
Rasanya, tunggang terbalik dunia kalau surirumah di dunia mintak cuti.
Cannot...?! Even ada celebration untuk housewives, housewives itself takkan duk bersilang kaki depan tibi sambil mengunyah Snickers ke, keropok ikan ker, strawberry cake ke.
Tak boleh, janggal rasa.
:)
Every second, masa takkan dibiar berlalu begitu saja.
Ceewaah!
*Merapu meraban dohhh lah ^#%&*$#@$%^$!)*$#



3 hari straight cuti, tak gi memana pun.
1st day, jelajah cari cat, makan-makan dan singgah tengok rumah.
2nd day, sempat ke wedding one of Papa kolik's dalam Ahli Lembaga Company beliau. Kebetulan dekat jer ngan rumah kami.
Petang, pas Zohor terus chowww ke Bukit Bintang..., cari baju dan sikit preparation untuk Dinrer Company Papa nanti.
Oh, this coming wikend ada Family Day di Nilai.
3rd day, weols ke J.J Bukit Tinggi, Klang, sambung lagi shopping.
Alhamdulillah, baju Papa dan dress Malikha setel.
Mama punya? Tahlah... Tengah tunggu dari apa cerita dari one of kawan Mama, apa dah jadi baju Mama beliau buat. 
Hope memuaskan hati lah...


Di kenduri kawen.

 Singgah bagi makan kat monkeys.

 Gambar kat Sungei Wang, ini aja!


  
Hip horray, mau go shopping barang keperluan saya pulak.


Taraaaa~~!
Macam-macam hal dah kalau nak snap pic nowadays.




Penat woh!
Ingat nak hantar surat cuti lah.
Mau gi massage-massage, spa, saloon, manicure, pedicure kat bos kecik ni.
Agak-agaknya beliau approve idok...??
Huhuhu.
Likha, sian Mama tauuuuu~~~!
Likha suka renyahkan rumah sekarang ni.
Arggghhhhhhh~~!
Geram! Penat!
Letih!
Jangan mengeluh! Tuhan marah!
1040 am, Mama tengah mengadap lappy ni, dia tengah syiookk lagi di alam mimpi.
Wohhh anak dara!



Bye!
Harini nak masak Nasi Ayam Madu.
Shishun~~!
:)