SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Wednesday, March 30, 2011

"Posing With Ur Love One - Giveaway"


Jalan-jalan, berhenti jap nak join kontes ni lak.
Hehehe.



Tarikh tutup : 31 March 2011
Esok ya., sesapa yang nak join masih sempat.
Cepat-cepat klik kat banner.
:)


Dan gambar yang nak di pertaruhkan


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


"I love Papa Syahmi and Baby Malikha so so much"



Gudluck to me!
Sekian terima kasih!
:)








Day 2 : Kota Bandung


Hari kedua pagi-pagi lagi bangun.
Today, kami akan bertemu dengan Pa Karli. 
Supir yang direkemenkan, yang datang dari Jakarta bersama Avanza yang disewa khas IDR 450,000 per day.
Agenda pusing Kota Bandung.



Breakfast di Hotel. Makanan boleh tahan sedapnya dan sudah semestinya Halal.
Load banyak-banyak, bekal siap-siap dalam perut sampai ke petang ni.
Hehehehe.




 Tempat pertama yang dituju ; Tangkuban Parahu. 
Orang kata, tempat wajib pergi dan jejak kalau pertama kali sampai di sana. Yelah... harus beb!
Perjalanan memakan masa 1 dan naik bukit tinggi.
Makin tinggi makin berkabus dan terasa sangat sejuk.
Sampai atas sana lebih kurang pukul 10 pagi.
*Ayat skema macam orang baca berita ye*



 Gunung Tangkuban Parahu.
Gunung berapi yang meletus kali terakhir pada 1969.


 


 Next destination, yang ditunggu-tunggu apa lagi..??
Shopping lah!
Balik semula ke kota Bandung dan Pa Karli terus bawa ke Rumah Mode, factory outlet yang hi-class skit.
Sebab apa saya kata hi-class, sebab keadaan kat situ terkawal, tiada peniaga-peniaga jalanan yang masuk.
Nampak jer hi-class tapi harga masih range rendah.
Contoh, i saut blouse Espirit harga IDR 109,000 baru dalam RM40 ++.
So, consider tertarik-menarek-dabooom lah kat situ.
Banyak grab baju-bajan untuk Malikha kat situ. Dan tersangat banyak brand Hello Kitty.
Guess, Oshkosh, Gymboree tu biasalah.
Dan Mama mulalah keluar bulan-bintang atas kepala yer.
:D





Lepas pusing - habis tah berapa juta kat Rumah Mode, terus proceed ke town. Pa Karli bawak ke factory outlet jugak, yang siap ada Ultraman-Superman-Spiderman-Ironman dan macam-macam lagi superhero yang besar gedabak tu...  tapi sungguh lah mencabar. Kedai-kedai tersusun tepi jalan yang teramatlah sibuk. Mana lagi dengan orang-orang yang sibuk mengikut kita untuk berjual macam-macam. Takut tau..! Huhuhu.


Lagipun tengok factory outlet ni macam tak berapa best. Baju-baju pun macam low quality. So sekejap jer lah kat situ, then nasib baik kat situ ada Cimpahalas Plaza macam lebih kurang The Curve gitu. So masuk lepak dalam tu jer lah.




 Malam.
Berdinner Nasi Padang di Simpang Raya.
Nak kata sedap pun, biasa-biasa jer. Pasal macam takde rasa jer huhu.
Agaknya memang camtulah masakan dorang kot.




 Then, terus balik hotel. Rest, recharge tenaga balik! 
Hihii. 



 Malikha yang happy-go-laki melayan keletah Acu-nya.



Selesai berita hari kedua di Kota Bandung.
Berita jam 10 lak nanti.
Jangan tukar cenel yer!
Hihihi.
:)








Day 1 : KL - Bandung




Jeng jeng jeng..........!
Bermula sudah episod kisah-kisah holiday ke Bandung - Jakarta sempena my Birthday!
Cewaahhh, yooo yooo eeeiii je kan!
Hihihi.
Saya yang tukang booking tiket dan sponsor sekali. Papa yang tukang sapot-menyapot disana.
So kami laki-bini, sepakat membawa berkat dalam bab-bab makan angin. 
Hehehe.
Alkisahnya, percutian ke sana sudah jadi hadiah beday ke 28 saya lah kiranya!
Tapi kali ni, holiday jadi jutawan baru lah.
Berkepuk-kepuk duit, berjuta-juta rupiah. 
Hihihi.
Masa tukar aritu RM355 = IDR 1,000,000




Jom, tengok gambar yang of coslah tersangatlah banyak.
Biarkan gambar sudah menceritakan segalanya.
Biarkan gambar bercerita yer, bukak volume kuat-kuat sikit.
Kalo slow-slow takut tak dengar plak.
Kalau tak dengar, tu tandanyaaa........................ hihihi taklah gurau ajer.




Di Lcct. Flight 330pm sampai sana 430 waktu Bandung. Dua jam flite.
Tapi perbezaan masa Malaysia-Bandung 1 jam.
Kalau Malaysia kul 3pm, Bandung 2pm.


 


 Ketibaan di Kota Bandung. Takde sapa pun yang sambut. Weols just amek TAKSI epot untuk ke hotel. Kami stay kat Arion Swiss-Bel Hotel untuk 3hari 2 malam. Just about 10-15minit from Epot.
Yang kelakarnya, masa kat kaunter dah dapat resit yang tambang TAKSI ni IDR 35,000. 
Tapi bila dah sampai hotel, punggah bag-bag semula, kasi IDR 50,000 driver TAKSI tu terus masuk balik, chuuuunggggggg - bunyi kereta - pergi tak pulang-pulangkan bakinya lagi 15 ribu. HAHAHA.. Takpelah kira sedekah, wooooii banyak tu 15 ribu!!! Hihihi.. IDR 50,000 adalah dalam RM18...!


 
 

1 bilik untuk weols.
1 bilik untuk anak dara berdua itu.



Malam just lepak di bilik. Ingat nak keluar cari makan pun, tak jadi sebab hujan since weols sampai. Layan maggi tomyam, hooo sedaplah sangat walaupun direndam camtu jer, cerr kalo kat rumah??? hUHH..dan sardin cecah roti.
Sempat jugak layan welcome drink di lobby hotel.




Esok, penjelajahan geng Upin Ipin baru bermula.
:)



Wait ya.
To be continued.
Stay tuned!
:)







'Look a Like Contest' by Ummiaqeef & Mom's Diary


Salam.
Nak cuba lagi...
Sampai menang hehe.




Tarikh tutup : 31 March 2011
Masih sempat lagi nak join, esok tutupnye yer!
Cepat-cepat klik kat banner diatas.
:)




Dan Malikha look a like Papa

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Nama Papa : Mohamed Syahmi Bin Mohamed Zawawi
Nama Mama : Wan Zetty Azwanis Bt Wan Abd Aziz
Nama Anak : Nur Rabiya Malikha Bt Mohamed Syahmi
Umur Anak : 1 tahun 5 bulan



Nak tag



Gudluck to all..!
Bye! 
:)