SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Thursday, May 24, 2012

Susahnya Nak Solat Berjemaah


Salam Khamis :)


Rasa macam nak share pulak gelagat MALIKHA waktu solat. Kalau nak ikutkan kiteorang sekarang cuma ada masa solat berjemaah waktu Maghrib - Isyak je. Tupun bukan hari - hari. Susahkan nak dapatkan fadhilat solat berjemaah tu.. Malikha pun time ni lah dia akan join weols solat sama - sama. Time ni lah kita akan suruh dia sarungkan telekung dia dan solat sama - sama.


Tapikan sebenarnya nak cakap rahsia, dah agak jarang aku dapat solat jemaah dengan suami. Kadang - kadang aku solat dulu Maghrib pastu tunggu lah kanda dia nak mandi dulu ke apa, then baru lah nak baca Yassin ke apa. Kadang - kadang lepas tu, aku terus solat Isyak ( bila dah masuk waktu ) dia main dulu dengan anak dia. Pastu bila turn dia solat Isyak, aku paksa lah Likha ikut Papa dia solat.


Kenapa aku dah jarang jemaah dengan suami ? Kena tengok mood Malikha. Aku tak tahan lah tengah berjemaah, macam - macam lah gelagat dia. Mana nya aku dapat kusyuk tu? Aku pernah sampai terkekeh - kekeh duk gelakkan dia, walhal time tu toklaki duk jadi imam ni. Haaaaa. Dulu masa baru pindah rumah baru ni, aku berjemaah dengan toklaki, baru je dalam rakaat kedua, dia dah tinggalkan Iphone die, pastu die boleh g amek air masak, aku memang simpan dalam tupperware * saja standby dalam bilik kot nak minum memalam kan..., silap aku time tu letak kat tempat dia boleh capai... aku yang tengah berjemaah ni duk pasang telinga je apa dia nak buat, aku dengar dia minum air, atas katil ni, pastu agaknya die letak kan tilam senget tak rata, air tu tertumpah... keluar lah dari muncung dia, maybe dia tak sempat nak tutup balik... Dia siap '' Ya Alllah, tumpah...!! '' aku dah cuak dah... *HAAA MANA AKU NAK KUSYUK SOLAT ???..., pastu dah air tu tumpah kan??? Die pergi lagi tumpahkan semua.... dia tuang - tuang semua.. Aku plak aduhaiii terkekek aku gelak, hati pulak cuak kemain sebab Iphone ada dekat dengan dia jugak. Confirm air kena Iphone !! Masya Allah, memang besar betul dugaan nak berjemaah bila ada anak kecik ni... Toklaki aku pun lahai, berhemah sungguh bila berjemaah, bukan nak laju - laju tak hahaha time tu geram lah. Tak cara dah jemaah ke apa. Abis je salam akhir, aku terus terkam dia !! Time tu sebedung air bertakung atas tilam ! Terkam Iphone, seingat aku kena air, aku cepat - cepat sedut air guna hair dryer ! Dengan tilam - tilam sekali aku keringkan !



Haihh.. Memang cobaannn... .!! 


Pokoknya, nak berjemaah kena tengok mood dia. Slow talk dengan dia, sekarang kan dia makin paham dan mudah diajar. Tapi, dah namanya budak ! Tetap budak jugak. Orang baru angkat ALLAHUAKBAR, dia dah tunduk betul - betulkan sejadah. Kalau sejadah tu tak betul, dia marah - marah sekejap. Pastu dah Papa die sujud, dia gi amek kopiah Papa dia gi buh atas pale aku. Haaa macam mana aku nak tahan? Kalau boleh, time tu jugak nak gelak goling ! Tu belum lagi part berebut dan cabaran nak baca Yassin :)



Ni yang aku sempat amek, time aku paksa dia solat dengan Papa dia. Paksa dalam untuk mengajar. Ni mood very good, ikut jer...


Rukuk

Sujud.
Tak pakai kain, sebab telekung besar dan labuh.

Antara dua sujud.
" Gatal kepala lah pulak "

Tengok kaki pulak.

The best part bila berdoa.
Dulu aku ajarkan doa mudah untuk dia.
" Ya Allah, Allah sayang Papa, Allah sayang Mama,
Papa sayang Mama, Mama sayang Papa,
Papa sayang Ikha, Mama sayang Ikha,
Ikha sayang Papa, Ikha sayang Mama
Amin "

Time nak tidur, dia akan baca lepas baca doa tidur.
Berulang - ulang dia baca. Walaupun tunggang langgang dan terbalik pun.
Tapi ada masa kena ingatkan.
Ajar doa yang mudah dan senang.
Dan kerana doa anak kecil dimakbulkan Allah.
Insya Allah.






Ada masa, aku kena cari alternatif lain bila aku memang perlukan masa untuk solat berjemaah, baca Yassin atau mengaji dengan hubby. Ada masa dia terang - terang taknak solat, dia cakap nak main dalam bilik dia, aku cuma bukakkan lampu, kipas then dia main sorang - sorang dalam bilik dia. Kalau dia taknak main, aku siapkan susu. Tengoklah kalau lewat petang tu dia belum minum susu, siapkan susu dan Iphone dia. Pastu apa barang yang boleh attrack attention untuk dia main yang buatkan aku tak kusyuk aku simpan tinggi siap - siap. Contoh : macam bekas air aku lah. Hehehe. Serik dah yang tu !


Ni tak tahu bila.
Siapkan susu, cekodok ( time ni goreng cekodok kot ptg tu ) dengan Aipong dia.
Pesan siap - siap kat dia.
Huuu..

Bukan takat pesan kat Malikha, pesan kat Toklaki sekali... '' By baca cepat - cepat sikit, jangan nak baca surah panjang - panjang..'' Huhuhu tak baik betulkan !! Sebab tu lah, baik aku solat dulu, pastu kau solat pulak. Tehehehehhe....




Dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Solat berjamaah itu melebihi fadhilat solat bersendirian dengan dua puluh tujuh (27) darjat" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]



Nabi bersabda, “Suruhlah anak-anak kamu solat pada umur 7 tahun. Dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat pada umur 10 tahun.” (HR Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim) 





Begitulah kisahnya.... Cabaran dan dugaan nak solat berjemaah. Semoga Allah permudahkan urusan kami dalam mengajar anak solat.... Bukan senang, kita yang tua pun kadang - kadang liat nak solat, inikan pulak budak - budak.... Masa sekarang belum wajib lagi, tapi tak salahkan melentur dari kecil.. Insya Allah... Semoga Malikha menjaga solat dia bila besar nanti.... Amin.


#entry BUKAN bajet ustajah!


:)



23 comments:

:: Riri-Fatieha ::~ said...

hehe.. budak2 memang mcm tu kan.. tpi sweet..

MuMMie BeRRy said...

comeyynay mek tok ni, sejuk hati tgok likha ni...gerammm!!! congretz ztee didik likha dr kecik utk solat...

Unknown said...

adam skrg dah jadi geng surau ikut ayah dia jemaah kat surau. setakat ni alhamdulilah tak ganggu jemaah lain. huhuhu. dia takut agak nya tgk org tak kenal

Ijah EmoTemo said...

heheh betul-betul. mmg dgn kanak2 pyh nk khusyuk solat dan jemaah. tp insyaAllah lama2 nnt dia pun akan fhm dan keadaan pun akan ok :)

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

bagus la doa yg ztee ajar tu..leh ajar ilham nanti..

ilham lak, linda tgh sujud, dia naik atas linda buat kuda.. siap bunyi, tekeduk, tekeduk (bunyi kuda)..hishhh, tensi mak..

Madam iEeDaZ said...

aloloo comeiii ar ikha...! nanti nk cr telekung comel gak utk isha.. :)

Unknown said...

lwak la malikha ni..tergelak2 bca...ni bru sorg kt ztee..cane klu da 2 org tu?..kekek..sorg kcau ppa, sorg kcau mma...haru je..hehhe

suhaina laui. said...

good girl la malikha...

syafisyifa' said...

hahaha lawak sungguh la malikha mana la mama tak gelak goling2...pej baca pun tgelak2 dah...apapun alhamdulillah dia mau ikut solat

Ztee_Azwanis said...

riri fateha : huhu tulah die.. geram pun ya tq :)

Ztee_Azwanis said...

berrymummy : tq farah :)

Ztee_Azwanis said...

asfaliza : huhu mektok tk kesempatan lg nk g masjid ngn mak dia :) aah adam msih tkut2 dgn org ke as?

Ztee_Azwanis said...

ija : hehe tulah.. nk tgu die btul2 leh paham tu yg lmbt tu hehe.. tq ijah (;

Ztee_Azwanis said...

blinda : cuba lnda :) utk pupuk ksh syg... ajar anak dr kecil... :)

ye lah linda. samalah ni ngn ilham... buat kuda smua ada, tu blum lg mulut die duk potpet2... mcmne nk kusyuk kan huks

Ztee_Azwanis said...

ieedaz : wajib cari ! hehe tq :)

Ztee_Azwanis said...

reena : jwb die lg tunggang langganglah reena.. hehe. mcmnilah dia bila ada anak. tp seronok ! :)

Ztee_Azwanis said...

suhaina laui : tq aunty *kata malikha :)

Ztee_Azwanis said...

syifa' : hehe.. mcmtulah pejah.. kdg2 zte nk terkencing pun ada dlm telekung tu. haih !!

Farah Shamsudin said...

hahahaaa.. lucula malikha ni dear. geram tau tgk die.. tgk aksi die.. kalau farah pun, memang lagila kot terguling gelak. manela nak kusyuk kan.. aish la malikha ni. auntie babap baru tau..:)

shark said...

kihkih..
baldi atas pala..adoii la ;p

Mrs. Simplicity said...

dah lama sangat22222222.... tak solat sama dgn wan. selalu dgn anak2 je. kalau solat sekali mmg mcm zte lah, x khusyuk dibuatnye.

Aty Fared said...

comel jer..cerdik..:) mmng betul..dr kecik kene dididik da..:)-tak sabar nak solat jemaahngn anak nnti..;p

mamaRIFQY said...

kelaaakooooo bace entry ni..likha budak besarrrr dah!!!