SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, September 28, 2012

Alhamdulillah, Back To Normal



Alhamdulillah, semua dah kembali sihat. Malikha lepas sakit mata tu, rupanya sambung buat 'penyakit muntah - muntah'. Minum susu muntah - minum susu muntah. Macam allergic susu. Sampaikan Mamanya nightmare tiap kali nak bagi dia susu. Dianya nightmare sekejap jer. Yang tak tahannya, dia elok jer minum susu, tak sampai 5 minit... blurppppp sendawa sikit... Bussshhhhh abis keluar balik susu yang baru jer minum. Masalahnya bila dia muntah, die macam seolah tak bernyawa gitu, macam kalau baby kecik yang lemas susu kan ? Merah muka - muka, sambil tepuk - tepuk belakang, dah abis muntah tu baru die jerit kuat. Tu yang Mama panik sokmo.


Lepas jer muntah, molek - molek jer dia sambung joget ke apa. Huh !


Ahad tu, bila nampak dia tak stop lagi muntah, bawak gi klinik Dr Toh lagi. Kebetulan Papanya pulak outstation ke Kuching pagi tu untuk satu malam. Terpaksa lah sorang je bawak dia. Cek - cek, rupanya doctor cakap sekarang ada virus apa tah kat Setia Alam ni, merebak melalui udara. Dah banyak kes seminggu dua ni jumpa dia, muntah dan cirit. Malikha pun pagi Ahad tu lah start cirit birit, tapi tak teruk. Doctor suruh stop antibiotik yang Malikha duk makan, masa pergi sebelum tu doc bagi antibiotik sebab tekak dia putih - putih kena jangkitan bakteria. Hmmmm, kalau continue lagi dengan antibiotic, muntah dia getting worst.


So, doc bagi ubat tahan muntah dengan ubat angin. Dia pun asyik mengadu sakit perut. Susu pun doc suh minum dalam kuantiti yang sikit. Mama buat susu die yang botol 2 oz tu je hihi. Sampai sekarang duk nak minum dengan botol tu, botol cute katanya.


Gerun ok, bab - bab muntah ni. Kesian kat dia. Macam orang lemas.


Mata pun dah baik. Tq very much pada yang prihatin bertanyakan khabar Malikha kat komen, whatsapp, SMS. Yang tak prihatin takpe, banyak benda lain lagi nak fikir kan hehe. Ada yang bagi tips, titikkan susu ibu dekat mata. Dan ada jugak yang suruh Mama Likha cari air zam - zam dan titikkan dalam mata. TQ - TQ all... Bab susu ibu tu mana lah Mama Likha nak cari.... Ubat mata yang doc kasi pun sempat pakai tak sampai 2 ari, lepas tu taknak dia, pedih katanya.. Mama pun pedih gak, pedih hati tengok Likha sakit - sakit. So, Mama tahu takkan ada lagi peluang untuk cuba titik - titikkan apa lagi ubat / penawar dalam mata dia. Payah sikit dia tu. Alhamdulillah, tak sampai lima hari, matanya baik sendiri...


Tu belum bab makan ubat. Dengar je nak makan ubat..., hok duk joget riang gembira tup - tup senyap. Cari - cari tak jumpa. Belakang langsir lah jawab dia. Kadang - kadang Mama naik angin, kadang - kadang Mama geram, kadang - kadang Mama sama naik nangis dengan dia. Bukan Mama nak suap sangat pun ubat untuk Likha, tapi Mama nak Likha baikkkk jer. Susahhh bila orang jarang sakit ni.



Seminggu lebih under medicine pun, macam baru first day makan ubat. Sabar je lah Mama.


Papa balik dari Kuching tah bawak penyakit apa, sakit demam pulak. Boleh kira dengan jari kaki tangan, berapa kali jer dia tu sakit demam. Tapi ni siap berMC bagai. Orang tua bila dah sakit demam, lebih daripada anak kecik peelnya. Makan semua tak lalu, loya pening, gastrik, angin dalam badan hurmmm mengalahkan orang pregnant. Bercakap pun taknak, lemahhh ya amat, tengok bola buleh pulak ''GOLLLLLL !!'' Huhhh ! Hihhhi.


But today, alhamdulillah... Semua dah balik macam biasa. Alhamdulillah. Sakit demam adalah ujian dari Allah... Doaku, biar family ku sihat - sihat selalu, jauh dari sakit demam dan Mama sihat sokmo senang nak uruskan family. Kalau tidak, tak tahu lah.....

10 comments:

MuMMie BeRRy said...

sian likha...tpi last week sofea pun kena cirit berit, sampai x mau makan, asik mengadu sakit perut je, tpi x pulak muntah...
kalo anak sakit kita susah hati kan...syukur likha dah ok..

Siti said...

ye..biarlah segala sakit dan penyakit yg sdg melanda berlalu segera..moga Allah swt mengurniakan kita semua kesihatan yang baik.. anak-anak kita dpt membesar dgn baik dan gembira..

Farah Shamsudin said...

alhamdulillah.. sume da back to normal kan.. mama kena kuat. kalau mama sakit lagi haru biru ehh..

Sue Saari said...

kan pernah dgr kecoh jap pasal ROTAVIRUS jangkitan kuman melalui air dan udara tercemar...bleh muntah2 sakit perut a.k.a cirit smpai menyebabkn hydrasi...

alhamdulillah Malikha dah sihat..risau skrg ni mcm2 penyakit...

Mama Likha said...

mummy berry : itulah, kalau anak sakit rasa nak tukar je dgn anak. biar kita sakit tkpe. so fea dh ok blm ?

Mama Likha said...

siti : betul tu siti... moga2 mcm tulah...

Mama Likha said...

farah : hehe kalau mama sakit, bukan stakat haru biru, haru pepel, kuni ng, hijau, koko semua ada lah nti :))) tq dear

Mama Likha said...

sue : iye sue.. tp doc bukan diagnose malikha kena rotavirus. die tk hydrate pun, ok je cuma bab muntah tu je. lps minum susu muntah, dh abis muntah, ok je... tkde lah smpi terkelepek ke apa.
tq sue.. itu lah kalau anak sakit ni, kite mcm2 lah risaunya kan..

syafisyifa' said...

Alhamdulillah dh sihat...dugaan dtg menandakan ada perkara baik yg Allah akan beri pd kita.semoga dilindungi Allah selalu

Mimy Hamid said...

Alhamdulillah likha dah baik...lega ...takut nengok mata merah dia hari tu