SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, September 28, 2012

Kuning Si Masak Lemak Ketam


Pagi tadi pergi pasar. Dah lama ok tak pergi pasar. Daripada bulan puasa sampai ke bulan Syawal, ni lah baru jejak pasar semula. Keciwa lah kalau pergi Giant, ikan mata merah semuanya. Ada yang longgok bawah ais, macam baru letak tapi bila pilih - pilih belek - belek, ikan dah nak lebu sebenarnya. Pastu duk beli ayam jer sokmo. Kalau nak makan ikan, memang pasar jelah tempat terbaik. Ikan segar - segar, baru lagi.



Nak kata kita pandai sangat pergi pasar, tak jugak. Kalau dulu, tah apa yang diborong kat pasar. Bawak RM 200, RM 200 boleh habis. Duk beli sayur berdaun, semua tu bukan leh tahan lama. Last sekali dah layu masuk tong sampah jugak. Hurm.



Makin lama, makin pandai membeli kat pasar. Ada yang sekali pergi kita habis RM 80. Sikit lah tu bagi kita. Tadi kita bawak RM 150, kite membeli semua dalam RM 120 tu pun sebab beli magazine 2 bijik dekat RM 20 dah. Kite beli serba sedikit. Ayam sikit, daging sikit, udang sikit, ketam sikit, ikan kembung 6 ekor ikan selar sekor *sekali dia tak siang ikan selar haih macam mana lah nak siang ni.., sayur serba sedikit. Boleh lah stok untuk dua minggu. Tapi yang perasannya dalam banyak benda, sayur lah kot yang mahal.



Macam nak beli sayur, kita suka pergi beli kedai lain - lain. Beli kat kedai ni sikit, kedai sebelah sikit. Kongsi - kongsi hehe. Sebab akak - akak tu baik selalu tegur Likha, jadi kite tak tergamak nak beli borong kat satu kedai tu jer. Tadi beli kat kedai pertama, satu plastik RM 15, kedai kedua RM 7.30. Tah apa yang dibeli, nak kata banyak tak jugak.. Tapi tulah hakikat yang sebenarnya..., harga barang bukan macam dulu lagi.



Baby 'lemak' terasa nak makan ketam pula. Ketam kita bukan pandai pilih pun. Kita tengok sama je mr crab ni. Abang tu yang pilihkan 2 ekor. 2 ekor cukuplah kita makan sorang je. Papa Likha tak makan ketam. Mula - mula dia pilih, satu betina satu jantan. Heheh kita pun aikkk speechless... Oh kita nampak yang betina lagi gemuk, pastu dia cakap takyah betina, amek jantan dua- dua deh. Huuuuuhuuu kalau tak cakap kita pun tak tahu lah :))





Dua ekor ketam gemuk ni RM 15 okey. Alhamdulillah, rezeki aku dan rezeki untuk penjual tu arini. Dia siang siap - siap. Manalah reti ku nak proses ketam. Balik tinggal nak cuci - cuci bersih sambil selawat jer hehe.






Tara..... Siap Ketam masak lemak. Gemuk ketam ni, isi dia sedapnyaaaaaaaaaa. Tak reti nak guna ayat yang betul untuk ketam hihi. So far, reti masak lemak je lah. Tengok orang masak sambal berlada ketam tu macam menarik jugak. Nanti - nanti boleh cuba.


Ada lauk lain lagi kita masak arini. Yuols masak apa arini. Surirumah macam ni lah hehe. Time mood rajin masak, maaaaasak je kerjanya. Time boring masak, makan kat luar. Ubah selera kadang - kadang :)


Selamat berhujung minggu. Apa plan ? Macam nak bawak Malikha swimming lah, dah janji dengan dia kalau sihat, Mama bawak swimming tapi tengok sehari dua ni duk hujan jer kan ? Kalau nak swimming kat mana yer best ? Melaka Wonderland ke apa tah namanya kat Ayer Keroh tu best tak ? Kite pergi dekat - dekat dah. Kalau tak minggu ni, insya Allah minggu depan ada lagi. Mama pun rasa nak berendam je ni hehehe.


Ok all.
Bye.
Take care !
XoXo




7 comments:

syafisyifa' said...

Sdapnya msk lemak tu zte...suka sgt...wah selamat berhujung minggu bersama keluarga ye.take care

Anonymous said...

Akak pun suke makan ketam masak lemak ni...tapi seriusly cakap dah lamaaaaaaaaaa x makan ketam dengan alasan malas nak kopek...boleh gitu..

terliur tgk semlam entry ni dan pagi tadi g pasar cari ketam x der....jam tu jugak ketam tak ader bila mood nak masak ada...heehe...

alyyani said...

baby lemak? hahahah sabajelah. tgk je lah makanan2 ni. bila tah boleh makan. rasa macam dlm pantang pun ye gak ni. masa lemak ketam zte, mmg pekat, kaler cantik, rasa confirm meletup! :)

alyyani said...

cite pasal pasar. mmg alya ke pasar borong depan rumah je. bila rasa nak masak, and nak makan apa, balik keje singgah beli cukup utk masak time tu. sebab pasar depan mata je kan. kang beli buat stok, takut ke tong sampah gak bak kata zte

Siti said...

fullamak.. seumur idop i xpenah masak ketam... walau puu suka ketam tp x gamak nak beli..mahal..i klau sekor dua mana cukup..ngeh ngeh ngeh...isi dia ciput je.. beli ikan siakap sokmo kalu gi pasar gak..buat sweet sweet sour..

Alycia said...

uihhh, mengancam sungguh masak lemak ketam nih..

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

best ni,
my feberet!!!