SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, September 14, 2012

Bye - Bye Guangzhou and Tips Sharing


Hari ke-empat, weols bangun semata - mata untuk terus balik Malaysia. Pagi - pagi lagi okeh. Kul 530 pagi dah bangun termenung, tak tahu nak buat apa sebab barang semua dah setel packed. Berjanji temu kul 6.15 di lobi hotel. Sebab weols amek bus ke Baiyun Airport jam 6.50 pagi. Bayangkan.. Hihihi... Malikha memang tak mandi lah, tukarkan baju diapers dan angkat dia yang tengah syiok lagi tidor.





Lepas setel urusan check out, alhamdulillah all went smooth, terus tunggu shuttle bus kat 7E. Tepi hotel weols saja. Safarah pergi beli tiket bas dekat building depan. Same price masa weols datang aritu iaitu 21 yuen seorang. Malikha free lah.




 Segala bag, barang dan kotak yang weols buat balik Malaysia.
+____=


 Baru jam 6.30 pagi waktu ni.
Dah cerah kan ?
Tapi tak bizi lagi pun.


 Building background my hubby tu shopping mall yang harga dia mahal sikit lah.
Tu pun weols tak sempat nak jejak ke sana.
Tak cukup masa.
Kaunter tiket bas kat dalam bangunan tu lah. 





Time naik bus, budak ni bangun. Makan dulu apa yang patut. Otw ke airport, rupanya kita akan lalu lagi kawasan Leather Centre. Baru nampak jelas dari bus, banyak lagi bangunan - bangunan untuk leather centre. Wahhh !! Menarik....! Next time yer.




Sampai airport awal, maybe sebab pagi kereta tak banyak lagi. Sian Papa Likha, kena angkat semua bag - bag tu. Iyelah, sian jugak dorang kan. Dah lah penat bawak kita jalan huhu. Takpe, Papa Likha gagah perkasa.... Bayangkan angkat naik masuk perut bas, angkat turun dari bas, angkat naik letak atas troli, angkat pulak time nak buat wrapped bag, angkat lagi masa nak drop luggage. Dah sampai Malaysia, tolong lagi pick up dari benda yang evalator tu, sampai kastam Malaysia kena scan lagi, angkat lagi pastu letak balik semula atas troli hiks... Bukan satu bag, tapi bag untuk 4 bijik troli. Kuwang kuwanggggggg kuwanggggg. Gagah sungguh ! Tengok boxes kat belakang tu, giler banyak bersusun kat pintu masuk airport tah lah nak dihantar ke mana tu....







15 yuen untuk satu bag = RM 7.50.
Dia takde plastik macam kat Malaysia, so semua main ikat macam ni.



Weols dah buat web check in siap - siap masa kat Malaysia lagi. Cuma nak dropped bags, ada lah sikit masalah tapi semuanya Ok saja. Banyak masa lagi lepas check in bags, jalan pusing - pusing dulu Baiyun Airport. They all nak minum kopi. Sampai naik flite, ku saut sipar Jepun HAHAHA ade aku kisah ? Hikss. Sling handbag masa ni pun dah larat dah nak bawak, rasa dah bengkak dah bahu sebelah kikikihkih.







 


Mannings = Guardian 


Flite AA, macam yang dijadualkan. Flite tak penuh sangat. Sejam lepas terbang, baru weols boleh makan. Kali ni beli in flight jer. Ni pun Aunty Mun yang belanja, kita bagi duit, dia return balik duit tu. Order 2 nasi lemak, siap kasi lebih lagi satu roasted chicken. Baik sungguh lah dia. Sampai naik segan rasanya.





Alhamdulillah jam 2.30 petang, safely landed at LCCT with safe and sound and smiling... Hehehe lega ! Semuanya baik - baik saja. 




Visa


Ok kat sini, Mama Likha nak share sikit about cost, maybe some errors ( keralatan ) dan tips untuk ke Guangzhou. Ni kita story yang part kita lah ( Mama, Papa & Likha ) tak termasuk dorang lagi yang bertiga tu yer.


Cost :


  • AA tix about RM 1167 untuk 3 orang pergi balik. Cuma Mama Likha ada buat upsize baggage last minute untuk CAN - KUL kot - kot tak cukup, just tambah RM 15. Tiket consider murah untuk harga 3 orang siap pergi balik, sebab amek time promo 21 Sept 2011. Bayangkan, almost a year hikssss. Kalau takde promo, tiket ke Gz cecah RM 600 untuk one - way. 

  • Journey : 4 jam flight

  • Visa RM 68 + RM 10 ( upah runner ) seorang termasuk Malikha. Passport of courselah wajib ada. 

  • Bilik hotel RM 180 per nite. Yuols boleh cari lagi rate yang lagi murah. Kak Noorasiah pernah stay Grand Continental dan Hotel Lido masa dia datang sebelum ni, pun di area walking distance to Beijing Road. Mulanya hotel weols rate RM 150, tapi Kak Noorasiah upgrade ke RM 180 so bilik dapat yang lebih comfort, ada mini fridge. Boleh cari kat agoda.com or booking.com. 

  • Weols jalan free & easy, tak amek mana - mana pakej / trip. So pandai - pandai lah bajet untuk transportation like cab, bus dan subway. But still considered murah.


Tips :


  • Sebelum nak datang Guangzhou, yuols kena tahu MANA TEMPAT YANG YUOLS NAK TUJU. Lets say kata nak gi beli handbags or barangan leather, so yuols kena pandai plan. Buat plan ke 2 - 3 tempat dalam masa sehari. Sebab kat GZ ni, tempatnya lain - lain. Kalau kat leather, semua barang leather lah meaning baju - baju yuols takkan jumpa. Baju - baju tempat lain pulop. Kalau pergi tempat jam, semuaaaaaaaaa jam. Takde lah terselit baju ke selai. Better buat research serba sedikit kat en google. Apa gunanya ada en google kan ?

  • Better belajar serba sedikit simple Mandarin. Contoh, ''di mana, jauh lagi ke, 1 - 10, makan. Kalau lagi banyak lagi bagus. Kita tak sempat pun nak belajar, hiks rugi.. Tapi bagi kita, masalah komunikasi tu bukan masalah yang besar.

  • Bila ada masa lebih, yuols boleh jelajah kedai - kedai yang berdekatan hotel yuols. Boleh cuci - cuci mata dan buat comparison price. 

  • Kena ready mental dan fizikal. Tambah - tambah bila ada anak kecik. Malikha so far ok, dia kuat sebab dah biasa ajar dari kecil berjalan jauh. Orang yang manja -  manja tak sesuai kot nak ke tempat gini. Hiks. Kalau bawak anak, better bawak lightweight stroller.

  • Kalau berani, bawaklah rice cooker macam kak Noorasiah. Hihihi nasib baik lepas kat airport tau. Tapi jangan bawak beras wangi, dia pernah sekali dulu bawak beras wangi, sampai orang hotel sedar hiks. Yu cannot cook. Itu semua pengalaman dan pengajaran yang kita dapat kutip. Betul tak :)

  • Bab restoran makanan halal, kita takleh nak rekemen sangat sebab kebanyakan masa makan dibilik hotel. Sekali saja tu dinner kat Restoran Little Indian Chef. Tak berani jugak nak beli McD ke apa, eventho duk teliur gluppp gluppp ke fries dia. Hiks tunggu lah balik Malaysia kan ?



Ralat :


  • Weols pergi 4 hari 3 malam, tapi weols cuma ada dua ari SAJA yang solid untuk berjalan. Memang masa tak cukup. Kita nak tukar tiket, lambatkan balik sehari  atau pergi awal sehari macam kak Noorasiah buat, tapi bila kira - kira balik cost dekat RM 280 sorang kena tambah, so kalau tiga orang berapa ? Cancel. Stick to original plan.

  • Sepatutnya day 3 tu, tak pergi textiles. Plan asal dengan Kak Noorasiah nak pergi tempat plaza for kids, yang jual segala serba serbi pakaian dengan mainan budak. Dia pun first time nak pergi. So interested sangat nak pergi, kebetulan dia pun nak cari toys untuk cucu dia. Tapi plan berubah bila mana kena pergi textiles market. So kita memang ralat disitu. Tapi takpe, at least boleh kenal Zhongda textiles market kan? Mama cuma sempat beli 2 - 3 jenis  toys ke Malikha kat kedai masa balik dari Beijing Road yang last nite kat sana tu. Tu lah satu - satu kedai toys yang Mama nampak.

  • Menyesal tak shopping banyak. Bila balik Malaysia, baru tahu banyak yang tak cukup. Seriously, Mama Likha buat balik 1800 yuen lagi ke Malaysia. Sampai arini ada lagi duit yuen dalam purse, tak tukar - tukar lagi, Uh ! Nampakkan ? Nafsu Mama Likha terkawal hehehe. Bini sapoooo lah ni :p heeeeeeeeeeeeee nak pergi lagi nak pergi lagi * sambil hentak - hentak kai.... hoh bini sapo lah ni :p

  • Ralat sangat, bila ada barang yang Mama Likha beli kat sana hilang.................. Itu susah nak cerita. Maybe ada TOYOL yang cilok. Barang apa, takyah lah citer. Dan satu plastik cardigans yang di borong untuk anak - anak buah Nabila's siblings tercicir kat Beijing Road. Sampai ke arini masih rasa keralatan tu. Sedih dan redha (dalam terpaksa ) sobbbsoobbsobbb. 


Conclusions :

  • Seronok bila kita pergi tempat yang duit dia lagi murah dari kita, cost of living dia pun rendah. Contoh; mineral water kat 7E harganya 2.70 yuen, 3.50 yuen. Mama Likha duk congak - congak sendiri dalam pale otak, kalau bawak RM 3000 pun untuk shopping SAHAJA, dah terlebih sebab yuols akan dapat 6000yuen. 6000 yuen tu dah boleh beli macam - macam hokey ??? Contoh; cardigan sehelai pun about 39 yuen = RM 18. Kain ok, good kualiti. Kena pandai - pandai pilih dan beli.

  • Bila dah sampai sana, Mama Likha sedar.... Rupanya China is the biggest country yang jadi pengeluar untuk segala macam barang. Pergi Zhongda boleh imagine yang segala jenis textile tu di import ke serata dunia. Weols ternampak material kain - kain yang nak buat inner dan dress NAJJAH tau. Macam tu jugak bila sampai ke tempat lain yang Mama Likha sempat terjah. 

  • Sesiapa yang minat nak buat bisnes, sila - sila lah ke Guangzhou. Sungguh. Tak tipu. Patutlah ada kawan - kawan blogger kita ke sana kan ? Ada jugak orang lain yang Mama Likha dengar cerita, ke China untuk cari barang untuk di jual. Sebab memang macam - macam ada kat sana. Cakaplah, nak apa kat sana???? Semua ada. Nak tempah curtain, wall paper, household, signboard, baju - bajan ishhh tak tersenarai. Tinggal nak cerita, ada modal atau tak saja ? Ada tu yang mana jadi pengedar tiles kat sini, semuanya amek dari sana. Yang mana minat nak beli barang borong untuk bisnes, better buat research cari forwarding company yang boleh ship barang kita ke Malaysia. Mama likha pernah terbaca kat blog sorang kawan, yang mana dia jual toys untuk budak - budak.

  • Pergi 4 hari 3 malam cara Mama Likha ni memang tak cukup masa. Maybe kena tengok time flite tu. Kena plan molek - molek k ? Weols ( kita & hubby ) bila dah pergi sekali ni, dah tahu macam mana cara kat sana. Insya Allah, next time kalau ada rezeki pergi lagi, boleh pergi sendiri... free and easy. Hubby tuuuuu excited tu, masa kat Malaysia cakap macam konon taknak beli apa - apa... Hahaha sekali, macam taknak balik. Tu duk plan nak gi dengan kawan - kawan dia before puasa tahun depan, kita tengoklah macam mana. Mama Likha nak nyelit jugoksss :p

  • Selain dari Jakarta - Bandung, mungkin Vietnam, yuols patut letak Guangzhou one of place must to go pada sesiapa yang kaki suka berjalan plus shopping. Seronok shopping kat tempat yang currency dia murah ni. Tanyalah sesapa pun, sebab kita tak takut nak membeli. Duk convert - convert to RM pun makkkk aii, murahnya ye ke ni? Hehehhe. Tapi kalau tak suka China takpe, yuols boleh pilih lagi tempat lain. Paris, Italy, Singapore... Kot lah China kan tarak ada class, barang pun murah saja hehhe.

  • Maaflah, kalau Mama Likha terlalu excited dan over bercerita tentang cuti - cuti ke Guangzhou ni. Maybe ada yang cakap ALA, TAK HERAN PUN TAKAT PERGI GZ tu. But i don't care, at least weols dapat pengalaman berharga. Banyak yang Mama Likha dapat daripada short trip ni. At least, Mama Likha tahu kat sana dorang tak panggil Guardians tapi panggil Mannings. Hahaha.

  • Last but not least, bila pergi cuti - cuti tempat gini, yang memang challenging habis, beramazing race bagai, rasa nak pergi cuti - cuti tempat yang rilexxxxxx pulak... Macam langkawi ker, pulau - pulau ke hahaha. Dah, jangan nak berangan ! Bercuti kat rumah sudoh ! :p 


Rasanya tu sajalah yang Mama Likha nak share. Kalau ada lagi yang terlupa, nanti kita update je k ? So rasa - rasanya boleh survive tak kalau follow apa yang Mama Likha dah letih - letih story mory ni hehehe? Hidup ni kena berani mencuba...., Hihihi. Insya Allah, kita akan selamat dimana saja. Sesiapa yang nak ajak Mama Likha jadi tourist guide kan sana pun rasa boleyyy aje. Wah, berlagak yer hikssss....


Sambil tu nak ucapkan jutaan terima kasih kat Kak Noorasiah yang sudi bawak kita pergi sana. Kite pun lupa macam mana boleh plan dengan dia ni, maklumlah nak bertahun amek tix kan ? Hehehe, tq tq tq munchie - munchie to her yang snagat sporting. Aunty Mun jugak yang sangat baik hati, belanja itu ini, rajin melayan Malikha. Rasa rindu lakkk kat dorang berdua ni. Ada sumur di ladang boleh ku menumpang mandi, ada umur yang panjang boleh kite bertravel lagi. Hehehe. And tq tq to my beloved hubby yang sudi setuju dan bawak kita pergi sana. Kalau dia tak setuju, tak sampai jugak kita kat sana kan ?


Sungguhlah, tak puas rasa pergi sana. Nak repeat laaaagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... !! Tapi tunggu lah dulu, ada 2 tempat lagi tunggu turn nak pergi ni. Hurmmmm, setelkan satu - satu dulu k ?



***********************************************


All about story at Guangzhou. Klik kat link yer.




************************************************


Oklah bye lovelies.
Tq sudi membaca. 
xOXo
:)

25 comments:

Madam iEeDaZ said...

alaaa dh habis ke citer GZ ni..seronok le baca..thanks zte share tips & info kat sane..kalu ade rezki mama isha, nak jgk masukkan GZ dlm list coti2 nanti..hiks.. berangan sungguh, bandung tu pun tak smpi lagi nih..adehhh ;p

Ztee_Azwanis said...

ieedaz : hehe dah2 lahh... dh balik msia dh pun. hiksss.. boleh aje mama isha. sesiapa pun blh pegi :)) best tauuuu....

Myalycia said...

eh.. dah balik dah..
eh, dah entry last dah... alycia yg pergi dulu pun baru abis day 1 hehe..

bestkan shoping kat sana..
alycia bwk 4000 yuan, bila balik tinggal ringgit2 jer hehe..

aanie said...

seronoknya!!! guangzhou salah 1 tmpt yg sy nk travel gak..nak shopping byk2....hahaha...

J u l i a 。.゜✿ said...

thank you for sharing your experiences in GZ ztee... latest entry ni betul betul best. kakju dah hint hint hubby tentang GZ. nak shopping !!!

syafisyifa' said...

Besnya dia cerita...syok tau baca mcm pejah lak yg p (hihi padahal xpnah p)...bagusla malikha mudah bwk jln jauh2 ni & biasa jln2 sbb meluaskan pengalaman...

shark said...

mana saya punya ole2 dari guangzhou ;p ;p??

Anonymous said...

Perghhhhhhh...semput baca...tapi lom abis...baru 1/2. Nanti nak sambung baca lagi...baru komen abis ehhh....kena baca slow² baru feel tu ader...feel kekunun kat sana...

best story ni...

kurus said...

fuhh penuh kisah dan rentetan ke sana ye dik
tapi seronok at last dah pernah sampai china ..
hurmm akk kalau gi kena ikut tourist lahh .. x pandai nak redah2 nie .. nak2 hubby memang x pandai langsung ..uhuh

...mommy jue... said...

bestnya.. tapi tulah.. kita g gc pun, kebanyakan barang seme made in china.. sampai sana berganda harga.. cakap kat husb, baik g china je.. borong segala toknenek barang... lagi murah.....

Farah Shamsudin said...

banyak ketinggalan cite mama.. kena baca slow2.. bizi lately ni..

Ztee_Azwanis said...

alycia : hehehe zte abiskan sekaligus alcia. klo tk tertangguh2 nti, pastu mls dh nk bt hiks.. seronok kan ? wahh sakan shopping tu

Ztee_Azwanis said...

aanie : hihi harusssss pegi tu dear :))

Ztee_Azwanis said...

julia : hihi ye ke kakjue ? tk caya klo kakjue nk g sana huhu... mcm tk sesuai dgn kakjue hikss... ajak DH pgi shopping kt paris kakjue :)))
tp for me, seronoklah dpt jejak kaki kt china... tq kakjue sudi baca :)

Ztee_Azwanis said...

pejah : hehehe... drp cerita org pun, kite terasa kite ikut kan ? tulah sbb tlalu mhayati cerita. tq pejah :))
mne thu nti pejah akan smpi ke sana gk nti kan...

Ztee_Azwanis said...

shark : hihi. meh lah amek klo nak. ada lg ni...

Ztee_Azwanis said...

ummiakid : hehe semput erk ? tu blum lg betul2 pegi hihi. tk abis bc ke blm kak lily ?

Ztee_Azwanis said...

ieda : huhu.... tq kak ieda sudi baca... hehe. iyelah, byk pakej wt bt trip ke sna. tp pakejnya tk sure brp pulak tu..

Ztee_Azwanis said...

mommy jue : hiks... ye eh jue ? hmmm.. kite lak bila lah nk smpi aussie erk ?

Ztee_Azwanis said...

farah : hehe. dh lama tk singgah ye ? patutlah... bz kerja ye?

yantieramli said...

Seronok bace ksah ztee kat GZ.. Last entry bru komen. Kite suke je bace semua..klau trover pn kite same2 rase xcited. Mcm nk pegi juga satu ari nant. Tp rugi la ztee x shoping bnyak..hikhik. Yg kes larat tu sabar je la erk..mgkin bkn rezki ztee.. Ztee,klau nk g lg nk joint eh? ;)
amboii ade lg 2 trip holiday yee..brjln sakan. ;)

Mimy Hamid said...

Puas baca kisah GZ..eee geramnya soping sini.....betbtul rambang mata..mama likha share la beli apa :-)

Lela Nasir said...

salam mama to the most diva little girl, (hehehe)
keep on sharing tips/budget of ur trips..peduli silly people yang sangka bukan2 tu..kita share for the use of yang memerlukan info..n kdg2 sbg reference kita jgk..jadinya,keep on sharing like that ok..haters will hate,do it for urself and us!! ;)

-lela

Aznie Ruslan said...

lau yg borong utk niaga.nk kirim balik mlysia mlalui shipping mcmna ya??

Aznie Ruslan said...

lau ada trip ke guanzhao lagi dlm 2016 roger2 laaa. thn ni xleh sbb ada trip seoul dec ni..& baru lik vietnam.so modal dh x ada.huhuhu.lau ada trip thn 2016...mklum laaa leh join sama :-) email aznie1306@yahoo.com (wasap 0193630473)