SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Thursday, June 3, 2010

2010, Bulan Ke Enam

Salam.

Ok, kita dah pun masuk setengah tahun untuk 2010 ni. Jap jer kan masa berlalu tu. Rasa macam semalam baru melahirkan Likha. Rasa baru semalam buat azam tahun baru, eh dah masuk bulan ke 6 dah. Azam? Jalan ke tak jalan? Ntah apa azam saya sebenarnya. Bosan tiap tiap tahun ada azam, tapi jarang dapat selesaikan hutang azam. Baik takyah ada azamkan? Kan kalu takde azam, macam orang jidup tanpa wawasan 2020 lak?


Bila masa makin cepat berjalan, masalah pun makin banyak kita pun tak leh leka lagi. Takleh lagi nak jadi lembab lembab macam sifut vavi... nyet nyet nyet merayap melekat.


Oh. buahhati pink saya, Vaio, dah siap di repair. Rupanya fan dia yang rosak, nasib baik FOC je sebab masih dlm warranty. Mujur jugak. Best pulak rasa Sony Centre ni, jap lagi saya nak hantar digicam Papa lak untuk di servis. Ok ok, memandangkan saya rasa Likha banyak masa terluang, asyik main gostan parking masuk bawah sofa dan menyusur laju bagaikan seorang askar, saya rasa saya mula serius untuk fikirkan learning session untuk Likha. Somebody ada rekemen kan saya untuk 1set Baby's DVD learning untuk Likha. Saya tengah usha usha website online tersebut. Nanti boleh DVD tersebut di pasang kat lappy saya. Barulah fully utilized kan.


Bulan 6 ni jugak, saya mula serius untuk memikirkan sambutan birthday party Likha untuk 1st year. Tak lama lagi pun. Saya tak mau buat majlis yang grand, sekadar celebration ingatan untuk dia dan bolehlah mama get together dengan kawan kawan Mama dan Papa jugak. Sambil menyelam minum air. Ada masa terluang saya surf banyak banyak web how to organize birthday party.


Kemudian, fikirkan baju raya. Sebenarnya saya dah selamat shooping kain baju raya untuk saya sekeluarga. Masa balik KB baru ni lah saya membeli semua kain tu. Besar harapan saya nak pakai satu warna tema yang sama, nak lepas gian sebab tahun lepas saya tengah perut yang amat besar masa raya. Tak dapat melaram, jadi lain kali saya taknak lagi mengandung masa raya dan taknak lagi beraya masa tengah mengandung. Susah sangat nak cari baju raya!


Dua pasang baju raya tunggu untuk di hantar tempah, termasuk lebihan kain untuk budak gemuk tu, Tengoklah buatkan dia baju kurung or maxi labuh ke? Sibuk je dia. Warna yang saya pilih adalah lain daripada kebiasaan saya, saya dah bosan dengan warna pink, purple walaupun saya suka yang amat dengan warna warna tu macam rasa nak makan . Oklah tahun 2010, kita try warna yang berbeza namun tetap cantekkkkk!


Papa ikut jer. Saya senang gi shooping kain tersebut dengan Ain. Kalau Papa ikut, semua dia tak berkenan, alih alih saya yang pening balik tangan kosong jer. Bila saya beli ni, semua dia berkenan pulak. Haiiih pelik betul taste dia.


Rasanya yang tu sajalah yang penting buat masa ni. Yang lain lain macam biasa dan selalu lah. Oh, saya dan suami banyak dapat undangan majlis perkahwinan untuk bulan 6 ni. Yelah, cuti sekolah pun dah nak bermula kan, macam biasalah ramai la yang nak mendirikan masjid. Alhamdulillah. Tengoklah macam mana nanti, dapat tak kami memenuhi undangan tersebut. Yang dekat dekat, InsyaAllah sampai lah kami bersama budak gemuk kami tu...


Sekian...!

Wednesday, June 2, 2010

Babai Orang Kota Bharu

Sebenarnya kali ni time departure amatlah biasa biasa. Sebab tiada gerombolan yang menghantar kami ke Epot macam biasa biasa. Yang ngantarnya adalah Umi dan Abah saya saja. Jadi senyap sunyi lah. Takde flash sana sini. Ciklonggg ngan team pom pom girl tak dapat datang, sebab budak kecik itu demam. Ni mesti demam sebab kuat main air kolam.


Oh ya, kat entry ni ada pasal Emylin Nabila mengaji dengan ustaz kan. FYI, ustaz Din ni telah kembali ke Rahmatullah pada hari Khamis lepas akibat kena serangan strok selepas lapan hari di Hospital Kota Bharu. Takziah dan Al-Fatihah untuk arwah.


Kat epot, Likha banyak menghabiskan masa dengan TokBah dia. TokMi tak larat nak dukung Likha lama lama.





Saya paling suka pic ni. Bila Likha dengan manja gesel gesel muka dia kat TokBah. Sayang Likha kat TokBah dia. TokBah la yang paling pandai buat Likha ketawa mengekek ngekek. Tapi dulu dulu. This tyme balik, Likha pun buat hangennn dengan TokAbah.




Oklah semua. Tata titi tutu. Sehingga jumpa Likha lagi... ;)


Dalam flite Likha bagus sangat. Faham la tu, dah naik aeroplane saya nak balik rumah saya la. So kena baik baik. Takde dah stranger yang mengganggu saya. Heee Good girl! Likha tdo je dlm flite sampai la dalam cab sampai la cab tiba depan lobi apartment kami.


Tapi hari ni, Likha mula buat perangai balik. Nak tidur je nangis, nak tidur je nangis. Saya taktahu la tak kena kat mana. Kembung perut ke? Panas ke? Lapar ke? Agaknya dia nak beralih bulan kot bak kata kata orang tua. Tambahkan kesabaran saya, Ya Allah..!


Hem... Oklah. Dahpun 217am. Kesian ngan Likha n Papa dah tidur dari tadi. Esok saya nak post entry pasal bulan 6 ni plak..


Tata...!

Hari Terakhir Di Kota Bharu

Hari last. Papa pagi pagi keluar berbaju batik. Ke mesyuarat tersebut. Saya ngan anak di tinggal tinggalkan. Huwaaawawa sedey!Kul 10 gitu, Ciklonggg datang anta Ain ngn Ibu Moh. Yea! Saya nak mandi kolam bertemankan Ain. Ibu Moh sila jaga Likha yer.


Kul 12, saya keluar hotel dulu bersama mereka mereka. Pulang ke rumah Umi untuk mencuci baju baju kotor. Oh, bukan saya yang cuci. Ibu Moh la. Hihik. Saya? Pusing round Kota Bharu dengan Ain. Ada la benda yang saya nak cari...


Dah siap meeting, Papa pergi balik hotel untuk check out. Dan called saya, nak berjumpa dekat Hari Terbuka untuk pembukaan Ar Rahnu, bersebelahan dengan ofis cawangan Kota Bharu ni. Oklah, saya pun tk siap lagi shopping dah gaduh gaduh nak gi makan free kat majlis tersebut. Tak kisah lah saya, dah kekasih hati saya yang ajak.. Bukan orang lain pun. Hek!




Macam amek gambar style orang bercinta. Heyyy, anak mana anak?
Hehehe. Saya pakai baju yang tidak mengikut kehendak majlis.
Ahhh, biar lah. Tak plan pun nak datang.





Ok. mesra sikit. Dengan YB Dato' saya. Eh, bila nak jadi Datin ni.
Owhh! Berangan ok! Apa la yang ada dengan title Datin tu ye?





Petang dah setel sume kerja saya, kerja By... weols ke rumah MIL. Menghabiskan masa di situ sebelum nak terbang balik ke KL. Time ni Likha masih bad mood. Dah nak balik pun, buat perangai lagi. Tak sporting macam dulu dulu dah.




Nak orang dukung dia jer. Tambah tambah kalau bapa dia. Wahai, Likha yang tak pernah buat hal, tetiba buat hal macam ni.... Tak suka Mama!




Malam, di epot bersambung lagi...

Semua Pakat Serbu Swimming Pool

Oleh kerana saya berada di hotel, dah sah sah hotel ada swimming pool. Best kat Renaissance Hotel 5 star kat Kota Bharu, International pulak. Dulu time bujang bujang, saya ngan adik adik dan anak buah selalu buang masa kat situ, since Abah ada membership kat hotel tu. Puas main gym, kami swim, puas swim kami gym plak. Tapi yang banyak nye swim la. Yang best lagi sebab swimming pool dia bukak sampai 11pm.


Kali ni, semua anak anak buah saya kedua dua belah pihak pakat serbu swimming pool. Nama lagi budak budak. Mana ada budak yang tak suka main air? Kan? Hah! Main la puas puas. Malam bagi can kat Makngah Pakngah @ Maksu Paksu bercinta dalam air pulak. Hehehe.


Likha, Mama belum sempat beli swimsuit. Mama tahu balik kg ni, eventho menginap di hotel, Mama tentu haru biru. Kacau bilau. Takde masa nak concentrate ke Likha untuk main air kolam. Next tyme ye sayang. Likha cuma tengok dari atas darat saja la. Pelik, benda apa agaknya mainan dorang ni. Dorang ni jerit jerit, Likha... Likha... Likhaaaa... Dummm terjun masuk air! Hishhh..


Gambar budak budak lain takde, yang ada hakni la sokmo... Hiiiiihihi..




Ciklong la tak habis habis khenat Likha. Likha lak, asal pandangan Pink semacam jer??




Pic ni Likha paling redha dengan perbuatan Ciklonggg.
Hahahaha.
Tengok ye, Cik Lipas tengah merayap kat dinding! Hisshh annoying betull...


Bersambung lagi....