SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Tuesday, April 26, 2011

Ratu Ayam Kampung


Baru-baru belajar meratah ayam kampung.
Huhuhu.
Kesian.



 Hidangan last weekend.
Sabtu di Sec 13 Shah Alam
Ahad di Medan Selera Kg Baru, KL.




No wonder why i am staying healthy on GEMOK, DEMOK, GEBU and MONTOK..!!!



Huh!
Bye! 
:)

Berpoya dan Berjimba Ramba Berdua


Ya Rabbi, lama betul tau Malikha Mama tak bawak pergi playgorund kat bawah rumah ni.
Mama malas lah sebenarnya.
Bukan apa, since Likha dah aktif sangat-sangat ni, tak daya Mama nak control die sensorang.
Terukkan..??! Mama risau lah kang dia panjat sana panjat sini, lari sana sini.
Yang buat Mama takleh control. Huh!
Sepatutnya time ni lah Likha nak belajar kenal alam.
Kat bawah tu ada padang luas sangat, sumtimes ada banyak pigoens, tak tahu mana datang.
Mesti Likha seronokkan...??!!
Hemmm...., nanti-nanti yer Likha Mama rajin-rajinkan diri yer..??
Kalau Papa ada takpe, ok tak kisah. Papa boleh jaga dia, Mama duk belek-belek FB kat smartphone!
Wakkakwakakka.
Tapi tulah lately Papa asek lik lambat, banyak kerja. Bulan 5 ni, jadual Papa pack jugak dengan family day dan bermacam meeting-meeting besar.
Kalau weekend pulak, jarang duk rumah. Ada saja tempat nak dijelajahnya.



Jadi, minggu lepas, Isnin ni tau... weekdays lah best sikit tak ramai orang.
Mama nekad bawak Likha ke playland kat Ikano tu.
Kid'z Artzone & Playland.
RM8 jer untuk budak. Mak takyah bayar.
Nak kata best, best lah jugak.
Nak kata tak best, tak bestlah jugak.
Mama rasa lagi best kalau ada yang bola-bola api kecil tu.
Tapi kat situ takde, yang ada balloon bouncer yang besar gedabak tu!
Masalahnya Malikha takutkan benda tu.
Mama jer yang teruja-uja lompat atas benda tu. Cer imagine! Hahahhaa.
Malu okeh. Nasib baik takde orang huhu.



 Likha takutkan benda ni. Bila Mama jump-jump atas tu, of coslah macam nak gempa bumi yang big mushroom tu mengena dia, Mama macam terdengar Likha jerit ''Kejut aku weiii'  sambil push-push benda tu jauh-jauh dan screaming loudly!! Hahahaha.



Aleh-aleh ni jer yang menjadi pilihan dia.
Hahaha. Tak mencabar langsung okeh!



 But seriously, she had a fun lah.
Ran here and there.
Sampai lupa nak isi minyak, huhu.
Mama pun risau, kalau-kalau Likha taknak balik.
Hahaha, kena call Papa lah jawabnya datang jemput balik.
Hihihi.
Orang takde ramai, cuma ada lah kakak dua orang main sama dan jap tu buat art kat situ.
Likha nak buat painting art, tak pandai lagi.




Balik, masuk IKEA sat. Mama tapaukan curry puff ngan aiskrim.
Upah aiskrim sebab behave sangat!
Alah, aiskrim Mama punya lah, tapi berebut ngan dia.
Ni susah bila pandai macam-macam ni, hehehe! Bagi rasa sikit, terus aiskrim Mama jadi hat mutlak dia!
Mencik!




Muahhhh Mama!!!
Tq for being my best-ever-garang Mama!
Hehehe!




******************************************




Esoknya kul 615pm, Mama bawak Likha berjimba di swimming pool kat bawah pulak.
Pun without Papa, kira berani lah Mama ni.
Masa passed-by playground area menjeling-jeling jer ke situ.
Huhuhu.




Alhamdulillah, Likha ok-ok saja.
Mama bawak dia berendam kat pool kecik khas untuk budak-budak.
Nasib baik takde orang lain kat situ.
Boleh lah Mama ajar Likha kuak rama-rama, kuak lentang.
Oh, tipu! Mama pun bukannya reti berenang pun!
Kihkihkih...
Semuanya baik-baik saja.
Likha pun dengar kata, nasib baik. Ni first time Mama melayan dia kat swimming pool ni.
Dibuatnya menggelupur nak menyelam ke, nak try kuak lentang jugak ke, risau jugak.
Naya!!




Kul 7 petang naik.
 Nah!!! 
Pose menawan kalbu untuk yuols yang sudi mendoakan kebahagiaan Likha diulangtahun bulannya, menyayangi Likha, merindui Likha, menggeram dengan Likha, mengingin cubit dan kiss Likha each time singgah di sini.

*
*
*
*
*
*
*


Muahhsss untuk pakcik-makcik-kakak-abang-ibu-mama-mummy-mak-bonda-ummi-kawan-kawan sekelian alam semua!!!


Oppps! Likha dah perlukan swimsuit yang baru.


Thank you very much!


Mode : Mama mencari mood untuk bawak Likha ke playground.
Sekian...!
Tata!
:)

"Ariana's story 1st GA".


Bismilllahirrahmanirrahim.
Mama Likha nak join 1st GA yang dianjurkan oleh sis Ariana dari Kuantan ni.
Sebenarnya dah lama dijemput sendiri oleh beliau, ni haa baru ada masa nak joinkan diri.
:)
It's better late, than never rite?




Jom reramai, kita meriahkan 'rumah banglo' sis Ariana meh.
GA ni akan luput pada 9 May 2011.
So tak lama lagi nak expired kan.
Klik banner diatas tau!
Jom cepat-cepat join! Kalau tak rugi wooo...
Hadiahnya cukup lumayan.
Hadiah pertama besar gedabak, hadiah kedua kecil gedabak, hadiah yang lain-lain sampai ke 5, yang sedang-sedang gedabak katanya sis Ariana!
Hehehe. Ada 5 hadiah ye.
Hadiah pulak bukan calang-calangnya hadiah, jadi jomlah join terutamanya pada yang suka alat-alat
 perhiasan rumah, pinggan mangkuk ala-ala English Style or Vantage gitu, tolonglah cuba nasib okey!
Dan zte juga maw cubaaaaa nasib!! 
Mane tau ada rezeki leh menang satu...??? Boleh lah dibuat sebagai hadiah untuk diri sendiri untuk naik rumah baru nanti!
Yeay!!! Phuhh kanan, phuhhhh kiri...! Semoga antara yang bertuah nanti!
 Amin...!!! 
:)



Panjang lebar kan...?
Oh tak kira! Sebab 'banyak mulutnya' anda disini, adalah salah satu bonus untuk sis Ariana nak pilih pemenangnya nanti. Jadi, Mama Likha nak panjangkan lagi entry ini dengan nak tempek gambar koleksi kesayangan barangan English Style sis Ariana, yang jugak bakal menjadi hadiah-hadiah yang mungkin akan menjadi hak milik kita yang bertuah nanti...! 
Yeay!!
Best sangat!



 *Eh sama pesen dengan doorgift wedding MamaPapa Likha dulu lah!


P/S : Sis, ni zte cedok dari blog sis tau! Ala, kat SINI jer.
Jangan marah yer! Berkenan sangat dengan barang-barang Vantage ni.
:)
  



Last but not least, gambar sis Ariana sekeluarga.
Actually, Mama Likha kagum dengan beliau one family.
Bila baca cerita-cerita nukilan beliau, kagum tengok keakraban mereka sekeluarga yang suka berjalan memalam lepak di tempat-tempat menarik di Kuantan, bersama.
Suka sangat, boleh dijadikan contoh.
Ikatan kekeluargaan yang sangat baik dan akrab.
:)



Oh, belum titik-belum titik!
Mama Likha nak tag kawan ni, untuk memeriahkan lagi GA ni.
First, haruslah Mama Likha nak tag


Cik Cha - yang memang hantu Vantage
Oshin Jamel - ni sama-sama orang Kuantan dgn Sis Ariana ni :)



Oklah, nak titik dah.
Rasa macam dah kering tekak dah membebel dari tadi.
Huhu.
Nak layan Milo panas lah sat.
:)



Semoga ada rezeki untuk Mama Likha yer.
Since join kontes ke, GA ke takde lagi ni menang ni.
Huhuhu.. sedey~~!!!
Ok, cancincau!!!
Muahhhh dari Malikha!
Hehehe....
Sekian!
Tata!
:)


Monday, April 25, 2011

Bulan Ke 18


Bulan beralih lagi.
Now she is 18m...!
18m baru....., erkkk!
Kekadang rasa lambat  kekadang rasa cepatnya masa tu.
Dulu kecil lagi, lani dah nak jadi anak dara dah.
Macam-macam dah reti.
Mama pun makin lama makin hi volume suara tarzan. Hish!
Sabar jer lah.




Di usia setahun 6 bulan ni, paling-paling yang dia suka, singing and dancing.
Lagu yang dia suka sekarang pulak
* Senyum lagu Malique tu... Tapi dah jadi NENYYUM. Then, hangguk sana hangguk sini.
* 25 rasul - Raihan
* Lagu 1 Malaysia. Yuols tahu tak lagu tu..? 
Kita satu bangsa, kita satu negara, kita satu matlamat ooooooooooooooo , masa sampai part satu matlamat Likha dah oooooooooooo dah. Huhuhu... Mama Likha pun suka. Patriotik betul!
* dan banyak lagu-lagu lain yang standard lah


Dah boleh count one, two, three, four and five. Tapi selalunya three takde dan one jadi wai.
Hahaha. Bolehlah tu!
Sumetimes duk ngonge-ngonge sorang tu duk mengira lah tu.


Kalau suruh dance, boleh dancing lagu Hotjock, dancing Angelina Ballerina, Joget Cat, dan Joget Mama which is Zapin yang Mama duk berjoget zaman-zaman sekolah dulu.
Hihihi.




Dan, jangan tak tahu, kalau cakap KITA BAKOOOO JER!!, Malikha pun dah tahu nak buat camno. Dipusing-pusinglah tangannya macam Usop Wilcha. Hahaha. 
Alah, korang pun tahu kan, malaslah Mama Likha nak tempek gambar Usop kat sini pulak. 
Hahahaha.
Penangan Hantu Kak Limah, yang tah pape diajar oleh Papa. Papa ni mengarut-ngarut ajarlah anak tu!!
Budak cepat betullah meniru.




Masih lagi menyusu botol, of coslah kan, biarlah dia enjoy babyhood dia dulu ngeeeeeee~~~ and for the third time tukar susu since masuk 1year, ke Friso sebab Enfagrow tak sesuai dengan Malikha. Yang first dulu Dumex pun tak sesuai.
Her feveret action each time nak minum syusu.

*
*
*


 Hihihi. Letak tutup syusu kat kaki macam tulah.


 Ok sayang.
Happy 18m, my dear Likha!
Semoga semakin bijak, sihat-sihat selalu dan membesar menjadi anak kesayangan semua orang yer.


Papa Mama ♥ yu last forever~~!!






Bye...!!!
Sekian!
:)