SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, October 28, 2011

Test Drive Honda City


Assalamualaikum.... Salam Jumaat yang mulia....


Beberapa minggu lepas, weols mengetest drive kereta baru.... Papa dari ofisnya bersama salesman Honda, bawak balik kereta ke rumah...., Untuk Mama mengetest sekali.... Ku meroyan nak test - drive jugak ;p




Lepas test - drive, pusing satu Setia Alam.... Susah nak cakap, best ke tidak... Rasanya kalu nak compare dengan Toyota Vios, Vios lagi ringan kot. Tu je yang ku tahu nak komplen pasal kereta. Hiks... Bab enjin ke apa ke, jangan tanya lebih - lebih.... ;p


Cer kalau bawak datang suruh ku test kereta yang ku idam - idamkan.... Sure, ku komen macam nak buat karangan.... Komen lakk yang terbahekkkk saja ! Hahahaha...

*
*
*
*
*
*
*

How I WISH....................................... ♥


Setuju tak..? Dah alang - alang bekeluarga ni, pasni nak beranak reramai lagi... Pastu suka travel sana sini, balik Kelate berjam - jam, dengan kiriman barang - barang dari Kelate time nak balik ke KL..., How i admirred WISH ni.. Ku sangat mengimpikan MPV Wish ni... Hukssssss.... Sebelum ni ku impikan Toyota Estima tauuuu, tapi kot over sangat... Wish ni kan comel kan... Just nice ! Hiksss... Tinggi sangat verangan okeh !!! Sampai termimpi - mimpi kihkihkihkih.... !


Halaaaaa... Jangan kira verangan ku jer, verangan beliau lagi tinggi sampai ke awan biru.. Tu buat porch tu sebab verangan nak memiliki Kawasaki Z 1000..... lah ! Kononya, ada lah tempat nak parking! Jangan harap ku kasik.... ! Takpelah, kalau beliau berkenan dengan Honda City, ku rela setuju dengan Honda City daripada amek motorbike macamni... Bahaya...! Ku tak sangguppppp, tengok beliau menunggang !

Z1000 yang di idam - idamkan beliau..

*
*
*
*
*
*
*
*
*



Hampir 3 tahun yang lepas, Malikha pun takde lagi masa ni... mengetest - posing my big bro punya.... Tu yang terus jatuh hati nak memiliki sama tu agaknya... ;)
Sampai sekarang, kalau pergi rumah abangku, duk tilik - tilik berkenan sangat...
Tah kat mana yang berkenan pun, tak pahamlah aku.
:D



*********************



Lagi yang tak best, dan menjadi kegeraman kami laki - bini seminggu dua ni........
Bila tender no plate WVX 247 kami di JPJ, dikebas orang. ..... !!!
Huwwarggghhh sob sob sob.
Takdet rezeki kami....
Orang tu tender dengan letak $$$ lagi banyak dari kami.
Kenapa pihak JPJ tak call kita dulu yer.
Tahlah, lagipun runner yang uruskan semua ni.


Tak dapat WVX..... Dapat WV? 247.......
Nak tunggu WWX.... Lama lagi....
X tu yang cantik tu....
Selamat bergaya dengan no idaman kami yer wahai owner WVX 247 .
;p


Ok bye ! Cerita Mat Jenin di pagi Jumaat hiks !
:)

Thursday, October 27, 2011

Berjimba - Jimba Nak Sambut Deepavali


Assalamualaikum...


Haaaa .... Kemain sedap tajuk kan... ? Hihihi...Tkde lah....., saja jer short plan dari Kakak Eliya yang merancang untuk keluar petang 25/hb.... Dah lama dah tak jumpa... Dengan Eja dan Aziatie sekali. Mana adanya weols celebret Deepavali. Hiks... Kebetulan pulak, jatuh atas date birthday Likha...


Satu - dua hari, zikir punya zikir kat telinga Papa mintak izin nak keluar.... Yelah... Bukan dekat - dekat..., nak ke Midvalley tu.... Nasib baik beliau izinkan ! Yay...! Semenjak dua menjak ni, beliau sporting betul tau.... ;p.. Terima kasih Bee .... Mula - mula gi jemput Mama Eja dengan Kyra dulu di VW Kondo... dan terus ke Mid... Federal Highway jem teruk lepas Tol Batu 3, tapi nasib baik semua terkawal.... Then, lepas je PJ terus jalan clear sampai ke Mid... Weols sampai awal..., bawak anak - anak lepak kat Toy R' Us dulu sementara tunggu Kak Eliya dan Atie :)








Berhenti isi minyak jap
Dua - dua punya minat yang sama. Dalam JJ, dari jauh terdegar lagu Barney, pakat duk cari mana Barney ni.
Dah jumpa Tv Player ni, terus terhayun - hayun badan ikut lagu Barney ;p




Dah Atie dan Kak Eliya berdua sampai, terus proceed ke Chilis....


Coloring dulu sebelum order sampai.
Budak berdua ni makan Spagetti Pes Pasta
Mine. Tah apa namanya... Fire - grilled chicken Pobletto kot ! Higly recommended.
Siap, kenyang perut senang hati lalalalalla ~~!



***************************


Lepas dah siap acara makan - makan kat Chilis sambung masuk JJ pulak... Aziatie dah balik, sebab nak masuk ofis balik.. Bye - bye Ibu Atie, nanti umur panjang jumpa lagi... Kak Eliya join weols, sebab beliau dah cuti half-day... Excited nak sambut raya katakan ! Hiks !


Gi balik ke Miki Kids.... Ada orang berangan skinny jeans kat situ. Sebelum makan tu dah pergi, cuit - cuit..., pas makan aihhh tetiba bisik kat telinga kita...,'' terbayang lah skinny jeans tadi...'' Hahaha... !
Dua - dua mak yang gilakan brand Miki Kids...
Baru ku perasan, Miki Kids kat Jusco Mid ni lagi terbanyak - sangatlah - lagi choice nya !
Ku duk diam - diam sudahhhhh...., sebab ku dah banyak berhabis bulan ni tauuu ;p
Tapi ada saja yang cuba jadi influencer okeh !
Hihihi..


Tengok tu.. tengok tu... ;)

Diam - diam ku, terpaksa jugak mengalah... Rembat jugak satu skinny jeans yang sama pattern dengan Kra dan satu set panties lagi.... Panties ni Likha lah amek.... Duk nakkk - nak ! Apakah suka kumpul panties kah, oh anakku ??!

Mektok dah macam - macam...

Dua - dua dah mula nak layu dah ;p

Buat hal masing - masing.
Kali ni keluar, both of them very good. Takde adegan bercakaran okeh ;)


Sebelum orang balik kerja, weols mula berangkat balik... Berpisah dekat JJ..... Bye bye Kak Eliya.. Insya Allah umur panjang kite jumpa, makan - makan lagi... Rancang moms day out without kids nanti... Tah bila lah kot.. Semua sayang nak tinggal anak dan laki kat rumah kekkekkkeeeke.... ;p



Terima kasih Mama Jija yang hadiahkan Smurfs untuk Malikha... Dan Ibu Elya yang kasi white bear dan Ayah yang kirimkan sepit rambut Sinma untuk Likha walaupun kali ni Ayah tak join.... Terima kasih - terima kasih atas ingatan itu....

Sempat Mama bercam-whore dengan anak - anak masa singgah Tesco Setia Alam.


Alhamdulillah.... Happy sangat bila jarang - jarang sekali bersua muka.... ;)


Ok bye !
:)

Spontaneous Thursday # 2

Ok fine yeah.
Sekali kau sombong ngan aku, 10 kali aku bolayan kau.
Tak kuasa.


Who noe who u r !


- Posted using BlogPress from my iPhone 

Wednesday, October 26, 2011

Mari Kita Menanam Bunga


Okeh, bersambung lagi projek anak beranak ni. Hiks... Ada 3 jenis pokok yang memang dah siap - siap ditanam pasu masa kat nursery tu palm, pokok bunga cakera dan pokok bunga pisang. Nama - nama yang dikasi oleh gardener kat nursery tu lah.. Yang ku kenal pokok palm @ pinang saja....


So, untuk di tanam atas tanah... Umi pilih pokok bunga bawang yang mana bunga ni senang jer hidup... Siram - siram jer..., baja organik letak 2 kali sebulan jer... Kerja dia kembang jerr lah nanti... Memang ku percaya, sebab kat rumah Kota Bharu pun ada..., umi tanam tepi pagar.... Berbunga cantik jer macam - macam warna ada... Yang Umi tak tahu, ku selalu penyek dengan tayar kereta time gostan kereta. Hahaha anak derhaka ni... Ampun Umi ! Tapi takpe, sebab bunga ni senang hidup.. Dah penyek tu, esok lusa tu dia kembang lah balik... ;p




Jadi, apa yang Umi cakap dan pilih ku ikut saja lah.... Bunga bawang ni RM10 untuk 3 bag hitam tapi dia kasi 4... Weols beli terlebih sampai RM20 sama dengan 8 bag lah... Banyak pulak Umi cakap :) Tapi takpe...., professional kan...... Kat partition yang memang dah tempat untuk tanam bunga tu, dilapik dengan net dulu... Kat bawah net tu memang dah dah ada lubang - lubang kecil yang ditebuk, so that air tak bertakung lah nanti terus masuk longkang kat bawah tu...




Memang bunga bawang ni, mula - mula akan nampak cam lalang dan layu jer... Tapi tunggu lah nanti 2 - 3 hari kot, bila dah kembang semua... Cantiklah ! Berangan lah nanti hahaha. Bunga ni weols pilih 3 kaler, putih, krim dan pink ! Kan cantik tu.... ;)


Tukang payungkan Umi... Baru kul 10, mahatari dah mencacak.

Bunga ros ku, Umi cakap masih hidup. Tengah nak keluarkan bunga tu. Yay !
Yay lah sangat, padahal bukan jaga apa pun. Haha.

Pokok bunga pisang, pokok bunga cakera dan pokok hati - hati ( macam pokok keladi gitu ).

Mektok mula menyibukkan diri dah ;p

Tolong payungkan Tokmi pulak.... Cucu yang baik ni.... 

Palm dan pokok bunga kancing baju.
Palm tu cantik tu.... ;p

Pokok bunga pisang dengan pokok hati hati.
Pokok bunga pisang tu kalau tanam banyak - banyak atas tanah, cantik tu...
Tapi tanah ku dah tkde dahh....
Nanti bila nak besar lagi, kita tukar pasu lagi besar okeh.. Set ;)


Tak cukup dalam tanah, tanam lagi dalam pasu. Sebab beli lebih kan.

Tangan tua yang dirindui.. Tangan tua yang banyak jasa.
Tangan tua yang mampu menyejukkan jiwa.
Rindu Umiiii !
:((


Rindu Umi sangat.... Terima kasih Umi, yang dengan sukarelanya menolong ku mencantikkan luar rumah tu.... Sekarang ni, perasaan rindu pada Umi bertambah - tambah. Tengok bunga - bunga ni lagi lah.... :(
At now, ku paling happy dan sibuklah jugak. Ada kerja nak buat..., Sambil hantar Papa gi kerja, sambil siram pokok bunga gitu.... Dah nanti petang - petang pun, kalau tak hujan boleh lah jenguk - jenguk ajak Malikha kelebek bunga lak. Hiks... Surirumah katakan !


Ok bye !
:)