SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, December 7, 2012

Cuti Cuti Sabah 2012


Hai...


Dah selamat tiba di KL dah Isnin lepas. 5 hari 4 malam pergi Kota Kinabalu, puas hati ! Lama weh, rasa rindu kat rumah hihihi.. Cuti yang more to untuk aku rilex dari kerja -  kerja rumah. Seriously ! Puas berehat kat sana ! Hihihi... Walaupun tak banyak berjalan, tapi KK bestlah. Nak pergi lagi nanti hehehe. Aku berangan sokmo, pastu senyap - senyap amek tic flite lalallalaaalala.. Tapi bukan lah dalam masa terdekat ni heh :D




Masa dinner di Seafood Village Port View, KK Waterfront.


Later kite cerita - cerita Ok pasal sweet escape daku dan Malikha ke KK hehehe. Gali mood dulu......


Bye !
:)


Thursday, December 6, 2012

Disember - Audit Diri

Hai hai hai.


Semekom ! Lahaiii.. Tak sedar tup tup dah nak abis seminggu bulan 12 ni. Cepat deh masa berlalu. Jap lagi new year dah heh. Ni aku nak start bebel lah ni. Huwargh - huwarghh.. Takde apa sangat nak bobel bobel... Cuma ni nak tanya diri aku sendiri lah. Nak audit diri aku.. Apa lah yang dah aku buat sepanjang 2012 ni yer ? Apa yang dah lepas, apa yang dah berlaku.. Baik ke buruk ke sedih ke pedih ke manis ke pahit semua, hidup tetap perlu diteruskan...


Apalah yang dah aku capai dalam 2012 ni. Banyak mana dah aku upgred diri aku eh? Dalam bab amal ibadah aku, hubungan aku sesama manusia, kawan, pasangan, keluarga, yang penting sekali anak aku, mektok Malikha tu...., upgred dalam bab meningkatkan taraf hidup aku sendiri. *sigh susah nak cakap... Rasanya tak banyak sangat benda yang positif. Hurmmm..... *sigh *sigh dan *sigh lagi.....


Bukan semua benda yang kita nak dalam hidup ni kita mampu nak miliki. Kita patut syukur lah apa yang kita ada hari ni. Aku lah sepatutnya syukur. Kesihatan aku setakat ni baik - baik saja, alhamdulillah duit sentiasa ada tak putus, anak yang makin membesar, suami yang insya allah akan sentiasa ada tak kira dalam keadaan senang atau susah, keluarga yang takkan putus walaupun dicincang macam mana pun..... Aku kena bersyukur walaupun aku tak mewah macam orang lain tapi aku hidup sederhana, aku kena selalu ingat, kalau aku rasa aku susah...ada lagi orang yang lagi susah dari aku. Dugaan, ujian, cabaran tu tanda Allah sayangkan aku. Nak tengok sejauh mana kuatnya aku lawan semua tu. Kalau ku tak kuat, paling tidak pun aku menangis dan berdoa atas tikar sejadah. Tu buat aku paling tenang.... Tempat yang paling aku percaya untuk meluahkan dan mengadu biarlah takde direct respons pun....sebab aku percaya DIA MAHA MENDENGAR dan LAGI MAHA MENGETAHUI SEGALA - GALANYA.



Susah ke nak jadi positif ? Macam mana kalu kita nak sangat, tapi orang tak nak ??


Jomlah kita audit diri kita...


Bye !
:)

Friday, November 30, 2012

Live from Kota Kinabalu

Alhamdulillah.. Weols dah selamat tiba di negeri bawah bayu petang semalam seperti yang dijadualkan...

Kali kedua Mama ke KK dan pertama kali Malikha jejakkan kaki dibumi Sabah bahhh.. Mama dah lama dah... Dulu mase zaman spek besar lagi hhihi tahun 94 ke 95 gitu ler....

Ada jugak sebelum ni plan nak cuti cuti ke KK tup tup ahirnya sampai jugak ke KK sebab ikut Papa atas urusan kerja dia. Oklah tu... Now biar Papa setelkan kerja dulu then baru kita jalan jalan ke town KK...

Pagi tadi bawak Likha swimming.... Seronok ler dia. 2 hrs and half berendam hokeh!

Oklah got to go...
Nanti kita sambung cerita lagi k...
Happy weekend.
Bye!
XoXo








Thursday, November 29, 2012

Part I : Survey Pre School Malikha


Last two weeks, Mama bawak Likha pusing - pusing Setia Alam dan Seksyen 7 Shah Alam. Dua hari ronda semata - mata untuk survey pre school or kindy school... Mama planned nak start hantar Likha masuk pre school next year. Kalau tak dapat intake early, maybe intake yang tengah tahun. Yelah most of school dah full kan ? Kita baru terhegeh - hegeh nak survey bagai hihi.



Kalau Area Setia Alam ni banyak pre school yang baru - baru sebab kawasan baru kan? Tapi ada jugalah yang lama... Macam Nuri, Smart Readers, Genius Aulad. Yang baru - baru lak macam Krista, Bruiny Brunch International Montessori ( BBIM) betul - betul je dalam kawasan perumahan weols ni memang dekat sangatlah. Tapi fikirkan school baru, kita rasa macam tak secure lak. Leh ke gitu reasonnya ? Pastu banyak lagi lah tadika - tadika Islamic macam The Little Caliphs, CIC, tadika itu ini yang lupa namanya, tadikan cina berlambak of cos sebab sini kan kawasan cina majoritinya, Tenby International School which is i assumed ada pre school jugak... Banyak lagi kena buat survey ni....






Ni baru part nak survey luar school. Belum lagi nak masuk jelajah dalam each school tu kan, tengok mana kesesuaian dengan Mektok Malikha ni.... Orang tu cakap sini power, sana power, sini OK, sana tak OK, sini anak dia masuk cepat pandai baca, sana teachers sexy meksi, sini principal bagus.... Macam - macam kan ? Tapi for sure tak sama dengan tahap anak kita. Kita tak boleh nak ikut orang saja sebenarnya.... Ni yang lagi payah nak making decisions ni... glupppppssss +____________+



Malikha baru masuk 3 tahun, nextyear dah 4 tahun. Tapi sebab dia bulan 10 kan, so consider 4 tahun lah... Rasa awal sangat ke nak masuk pre school ? Mama rasa tak kot... Boleh lah dia membiasa - biasakan diri berkawan, bergaul, belajar, main dengan proper kan ? Kat rumah bukan tak belajar, belajar jugak sikit main lebih tapi paham - pahamlah environment rumah lain... Suasana school ni lain... Hopefully Malikha ok - ok saja. Dia pun interested nak pergi school.... Ala pergi school pun half day jer, petang stay dengan Mama jugak... or petang maybe activities lain? Banyak lagi yang Mama tengah atur untuk dia ni.... untuk dia heyyy untuk dia







Mama pun ada something nak buat next year. See... dari tahun ni azamnya tangguh ke tahun depan jugak jawab dia.. Hurmmmmm... So, boleh lah Likha pergi school, Mama ada me - time kan ? Likha pernah join playgroup dengan Alimkids di Bukit Jelutong, haihh susah nak cakap... Memang took time betul nak bergaul.. For that reason lah, Mama fikir Malikha dah banyak masa sangat kat rumah ni.... Lama - lama kang makin liat, makin manja, makin kedekut, makin takleh share barang, makin diva, makin buang masa.. risau mak ! Oh, area Bukit Jelutong tak gi survey lagi !



Jadi marilah kita hantar masuk school, since dia pun dah free diapers.



BUT ! Survey tak habis lagi nieeeeeee... Ngeeeeeee ~~!



Montessori school ada, international school ada, islamic school ada, chinese school ada, suka suki school pun ada. Jadi ni semua satu beban lah kat bahu Mama ni until dapat pilih yang betul - betul suit dengan Malikha dan of cos we want the best for her.. Ya Allah, permudahkan lah semua ni so that Mama tak tersalah pilih untuk Malikha... Amin Ya Rabb ! Its no easy measy k....



Sapa nak share experience dengan Mama Likha dialu - alukan k.. Tq in advance !
Muah love !
Bye !
:)