SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Monday, January 17, 2011

Pencarian Bermula


Lastweek, weols dah dapat first drawing untuk hal renovation dan installation segala menda cabinet dan wardrobe untuk rumah baru nanti.
All completed untuk setiap bahagian sekali.
Tapi banyak admentment yang kena buat.
Dan banyak yang kena di cut ikut kesesuaian bajet yang ada.
Percaya atau tak, dekat 130k untuk itu saja.
Juling mata hokkay!
Wohhhhhooo ni lah bila bajet tak di sebut, pahtu semua tak tacap lawa lawa.
Hahahaha.
So, kalau dah banyak tu memang lah teroooverrrrrrrrrrrrrrrr bajet!
Harus caras serba sikit.
:)




Bahagian yang dah dipotong tu boleh lah weols bajet untuk benda benda lain lagi kan... So last wikend pun, sama lah curik masa terjah ke kedai lampu, kedai accecories cabinet, toilet.... Tengok kat Kian Classic ada promotion untuk 3rooms + 2hall (living + kitchen) only about RM12k..... So, ok ke tak..? Boleh percaya ke tak...  Murahhhh tu!! Takut nanti bila dah siap semua, ada lak hidden costnya... Tapi dia dah bagi siap siap berapa ukuran untuk wardrobe tu, ukuran untuk cabinet tu.... But still nice, macam kiteorang dah ada design yang kiteorang nak. So takleh nak amek promotion yang Kian Classic tu...







Yuols...., Induction cooker oke tak..? Suamiku cadangkan nak pasang tu siap terus..., taknak dah bertungku bagai tu. Tapi aku ni kiranya orang kolot agaknya, taknak induction... Nak yang macam pesen sekarang, gunakan gas.. Hahaha.. Kolot tul....! Lagipun aku ni orang yang quite careless, takut kang nanti duk lap lap dapur tak perasan dapur tu panas lagi ke.... Hahaha. Memang ku selalu emergency exciden kat kitchen. Jap kena periuk panas, jap kena tungku panas...


Lagi....kat mana lagi yer, tempat tempat yang murah untuk cari segala perkakas benda macamni...? Kat IKEA pun boleh tahan jugak macam perkakas toilet, lampu lampu... Kena pandai pilih jer. Then..., Boleh tolong cadangkan kat saya... ?


:)

Thanks!

Indah Khabar dan Rupa

Macaroons! Rasanya dah ramai yang tahu pasal Macaroons ni... Me, dah try semalam... Ke Subang ada urusan sikit, dah alang alang sampai sana, terus berngiang ngiang kat telinga Papa, nak singgah Empire jap... Kat situ dengar cerita ada kedai yang menjual Macaroons...!




At last, dapat lah merasa. Orang cakap, susah nak cari Macaroons kat Malaysia... Mungkin ni sesatu kedai yang jual Macaroons... Yang the nearest pun ada kat Singapore. Sebiji RM2... Beli 10 biji RM18 jer. Tengok color dia geram kan! Comel!


Ok, for me.. Macaroons tak sedap sangat macam orang cakap! Hihihi boleh tak gitu...? Rasanya terlalu-manissssssss-sangat! Bila tengok jer pictures ingatkan Macaroons ni macam benda yang mudah lemau, but its not. Rupanya dia macam kek! Yang color pepel tu, rasa macam yam... Yang coklat tu coklat flava lah... Yang turqouise color tu peanut. 1/2 biji ku sumbat lam mulut Papa. Yang yellow tu memang rasa macam bubble gum.. Yewwww... Manis melekit huhuhu.. Pepaham lah, ku memang tak suka kek! Cuma geram dengan kecomelan kek sajo.



Macaroons, selling fast. Tapi ku nampak ada somemore kat belakang tabir tu. 





Kedai nama WHISK kat Empire Gallery. 
So sesapa yang berhajat nak merasa, sila silalah rajin ke sana.
Empire pun nampak dah makin best sekarang.
Dulu pernah gi sekali, masa baru baru bukak. Weols hannggin dengan sistem lift kat sana.
Terus Papa merajuk taknak pergi lagi.
Tapi sebab Macaroons, we back again kat sana. Tapi Papa tunggu dalam kereta hahahahaha!



************************************




Macaroons, actly makin femes kat Malaysia.
Dah ramai bakers yang ambil inistiaf untuk kembangkan bisnes buat Macaroons lak.
Then, Macaroons sekarang pun dah berdesign cute-comel macam cupcakes.
Heeee comel kan...?
Sesapa yang memang hantu kek, for sure jatuh hati dengan Macaroons ni.
Dahlah comel-gebu-cute.
:)



* Kekadang rasa pronounce Macaroons, macam Racoon lak.. Korang tahu tak Racoon tu apa :)

Masa Untuk Kekasih Gelapku


Last wiken tak mengukur shopping mall pun. Yahoo! Best plak rasanya...!! Memang tak plan nak gi memana sebab pala hotak kami serabut dengan hal 'membina' rumah. So pagi pagi aku bangun siapkan Likha, sekali nak wat bekpes, Mr Papa bangun sambil genyeh mata cakap ''Jom lah gi manjakan Kekasih GelapMu..pastu terus makan kat luar''' Haaaa centu lah lebih kurang ayat nya... Hahahaha.


Asyik tertangguh tangguh kerja nak repair apa yang patut kat Myvi ku itu... Ok, servis dah sudah lastweknya, now nak tukar radio dengan tinted. Radio dah lama rosak, kejap on jap off. Jap aku masuk masuk lubang, dia nyanyi, jap langgar bumper bisu lak dia. Haaaa centu lah, agaknya fuse mana yang putus erk.. Lagi satu hal dengan tinted, seingat aku last tinted masa 2008. So korang imagine lah cem mana cerah terang benderangnya keta ku itu...? Agak agak kalau aku drive, macamlah ikan buntal dok dalam akuarium.. haah gitu lah cerahnya. Hihihi.. Tak suka!




Ok, well kalau aku single mingle.... Bolehlah secepat kilat jer aku gi menggodek kereta. Asal rosak sikit, gi repair. Takyah susah susah nak tunggu weekend lah, nak tunggu Papa free lah... Ni tiap tiap minggu berjalan ke lain, bila masa nak repair kan..? Paham idok...? Now mektok Likha ada, takkan sesuka hati ku nak bawak lepak kat workshop..?





Pilih piih radio. Nak pasang yang biasa biasa jer ke or yang siap ada GPS ngn DVD Player semua tu..? Weols decided nak buh biasa biasa jer. As long as dapat dengar CD Air Supply, Dewa ku pun dah hokay... :D Hihihi.. Tapi kedai yang sama tinted tu takde choice sangat, so tak jadi pasang kat situ. Weols survey 2,3 kedai lagi... Yang kat Brother's dah ok, brand Kenwood. Dah berkenan pun sekali dah siap nak bayar, casing untuk Radio Myvi tu dah habis pulak. Boleh centu....?? Gggrrrrrrr!


 


So radio, masih berhutang dengan kekasih gelapku. Nextweek lah pulak. Duit dah simpan kemas kemas dalam purse, syyyyhhhhh.. Takut tercicir kat memana lak hihhihi... Adoiii, duit memang payah tul nak lekat!
Kan..?



Sementara tunggu keta siap, gi makan kat Shah Alam... Jauh nau makan...! 


 


Teruja dengan balloon Minnie Mouse.
Tak sedar tu balon yang ditakuti.
Asal ada Minnie terus jer terus lupa dan suka..




Yea! Kekasih gelap dah makin gelap dah sekarang.
Best best!
Bye!
:)

Thursday, January 13, 2011

Final Jab Vaksin Pneumococcal

Ok, alhamdulillah.. setel sudah Vaksin Pneumococcal Injection untuk Malikha. Finish all the series.. Last jab tadi RM294.15 tu pun dapat satu botol Paracetamol standy just in case demam ker kekarang nanti sebab injection tu. So tak kisah lah, price dont cost a thing compared to her kesihatan kan. Tu pun dah best sangat sebab masa third Jab memang dapat free.



Haha big baby.
Almost 10kg.
Wohhoo!





Since masuk neu year, kat sana dah ada sistem baru.
Bila dah bersistem baru, jadi orang pulak tak ramai.
Theyols buat macam a session to each appoinment. Kalau yang datang walk in, akan di layan kemudian.
Macam tadi, weols appoinment session at 11am, 
so yang kul 11 nya patients ada lebih kurang 3 termasuk dengan weols.




So macam tak best pulak, bila takde ramai sangat budak budak yang berlari. 
Budak yang bising jerit sana jerit sini.
Hehehehe.
Likha pun main sorang sorang jer.




Ada mommies yang leave a comment bertanyakan Mama Likha pasal injection Pneumococcal yang weols ambil untuk Likha ni.
So if berminat, boleh contact DEMC at 03- 5518 1888 mintak sambung ke Paed Clinic
or 



Last about importance of Pneumococcal Vaccine for our child...
boleh refer kat link bawah ni.


Ok Bye bye.
See u soon!
:)