SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Wednesday, September 12, 2012

Baiyun World Leather Trading Centre dan Beijing Road


Ok, lets continue...


Kita mulakan hari kedua untuk menjelajah ke tempat kulit / leather. Bila dengar kulit - kulit ni, kita macam tak berapa minat. Dok terbayang barang - barang kulit hok macam cowboy hhihihi.. Kul 9  pagi berjanji temu jumpa kat lobby. Decided amek cab untuk ke Baiyun Leather. Naik cab berasingan, tahan cab depan hotel saja. Malikha buat hal, taknak naik cab. Rasanya dia takut kot ? Lagipun, first day, maybe dia penat lagi travel jejauh naik flite. So ada sikit peel kat situ.





Maybe takut naik cab yang ada grill macam ni ? Huuuuuuuuuu. Cab bermeter. Dari Guangzhou Hotel ke Baiyun Leather cuma 15 yuen. Distance pun about 10 minit only. Memang area tu area leather. Banyak block/buldings. Weols gi satu block jer pun dah sampai petang dok situ. 


Sampai je tak jam 10 lagi. Kedai tak bukak lagi. So amek chances tangkap gambar banyak - banyak dulu. Papa Malikha memang boring bab - bab amek gambar ni hahaha.









Malikha, Safarah, kita, Aunty Mun & Kak Noorasiah.

Pastu masuk dalam. Konon berjanji nak jumpa kat lobi around kul 1230, kot - kot kalau split ke kan? Tapi sampai ke sudah, weols tak split pun. Jalan together - gether, masuk kedai together - gether, pilih barang pun together - gether hehehe.. Seiring sejalan gitu.













Perception awal Mama Likha pun terus berubah. Terus wooooowww wwooowwww... Mengucap panjang lah bila sampai sini. Susah nak explain. Hehehe, kena datang sendiri baru tahu :)




Biras, Kak Noorasiah yang sangat sporting morting.



Malikha ramai peminat lah kat sana. Tah apa lah dorang cakap yang paham nya cute - cute tu  jelah. Hokni pun over deh ! Huhuhu... Bila duk perati muka - muka dorang, macam Cina - Cina kat kita jer. Papa Likha kata, haaa memang elok lah. Malikha tinggal sini.  Ewah, sedap cakap ehhh ? Heeee..







Kat sini OKlah. Ramai yang boleh speak English. Paling tidak pun, hok depa duk ulang sokmo...'' 1 pc or many - many ...?'' Kalau amek many pcs, memang rege lain...  Tu yang syiokkk tu... Harga pun makkk aiii, murahhh gilerrrr !! Kualiti pun not bad lah... Kita at first duk aimed, alaaaa barang cina mesti tak elok quality... Tapi kita silap lerrr...... Pastu kan sebab leather, kita boleh mintak dia test setiap bag tu dengan lighter. So kalau betul leather, dia takkan terbakar... Safarah minat sangatlah dengan leather, setiap barang yang die suka dia akan suruh seller tu test dengan lighter hihihi..




 Kat lobby Baiyun Leather Centre


Cuma kat sini kalau kita ada berkenan mana - mana barang, kita kena tunggu dalam 20 minit. Sebab dorang akan pergi amek barang tu. So melepak lah weols tunggu. Barang Safarah, barang Aunty Mun, barang kita, barang kak Noorasiah. Hehehe Sama tunggu sambil cuci mata lagi. Theyols bertiga bawak bekal nasi dan lunch kat tempat bangku - bangku. Weols dah makan siap - siap pagi sebelum keluar hotel. Malikha pun ok. Dia mudah, kan jenis tak makan. So takdenya dia nak mintak nasi ke apa. Bagi Oreo, senyap duk golek Oreo tu.



Dalam huha huha kul 2 lebih jugak kot balik hotel. Memula plan nak gi watches market, tapi memandangkan tu hari Ahad duk risau watches market tutup. Kak Noorasiah tak pernah pergi pun jugak watches market before this. So weols decided balik hotel.




Sepanjang jalan balik hotel.






Naik bilik, rest kejap buat apa yang patut. Kul 4 bertemu janji jumpa kat lobby. Weols nak ke Beijing Road pulak. Beijing Road = Beijing Lu. Walking distance only.. About 1 - 2 km only from Guangzhou Hotel. Kebetulan dorang nak singgah Lighting Shop dengan Curtain Shop amek lampu dan curtain yang dorang dah tempah. Dorang tempah masa 1st day sampai Guangzhou. Means 3 hari je curtains siap. Ishhhh bestnyer ! Kedai lighting and curtain tu sepanjang jalan otw nak Beijing Road saja.


Sebelum tu singgah kedai dulu. Ku dah mula sakit kaki. Pakai je Crocs hih, dah mula makan kaki. So better cari sipar jepun. 19Yuen only. Kak Noorasiah pun dah makai sipar jepun dah hehe.






Selesa habiss... !
Next tyme, kalau nak cuti - cuti amazing race macamni senang saut sipar jepun je lah....
Takyah nak berjangoks sangat.
Sungguh !
Lesson learn.
:)


 Papa Likha gi hantar kasut balik hotel jap. Then terus sambung jalan kaki ke Lighting Centre. Safarah pun nak beli chandelier. Mak dia kirim.



Taiqu Lighting Center.
Save the name.
Next time sapa - sapa nak pergi, senang :)



 



Bergambar depan Bank of Guangzhou




Bas bandar dia guna kabel..
Tengok kabel kat atas tu. Sepanjang jalan ada kabel tu bas cuma heret je connected cabel tu.
Tak pakai minyak eh ?


Ingat ye air takde.
Sediakan wet tissue hahaha takpun air mineral bebanyak.
:)



Sepanjang Taiqu Road ni ada banyak florist. Berderet. Belah sana pulak kedai - kedai electronics. Memang meriah lah. Gila. Pastu kedai - kedai curtains, wallpaper, laminate floor pun ada, tiles pun ada... Ish ! Harga toksah cakap.



Sambil - sambil Safarah pilih lampu chandelier, kita cuci - cuci mata tengok pemandangan bandar dia. Malikha lak elok time ni tidur. Bising dengan basikal - basikal beroda yang dornag duk isi barang - barnag lampu tu pun tak sedar - sedar. Masuk tempat dorang beli lampu, terkejut tengok harga - harga lampu. Lampu kristal, lampu chandelier, downlight, lampu disco ke segala mak nenek lampu..., harga memang terlampau murah nak di compare dengan kat Malaysia... Lets say, table lamp kristal yang sangat cantik, 1800 yuen, kalau convert RM jadi berapa ? Bagilah dua.. Macam harga yuen tu sama dengan harga RM kat Malaysia, padahal belum convert to RM lagi tu... Hih geleng kepala kita. Harga curtains pun toksah cakap murahhhhh lahaiiiii.... !






Yang Safarah beli pun rasa harga sangat reasonable, bawah RM1500.. Berat 11kg. Boleh bawak naik AirAsia jer.






Finally, sampai lah Beijing Road. Depan tu je. Safarah dengan Aunty Mun split, balik hotel hantar barang tempahan yang dah siap tu... Weols tunggu dorang kat Beijing Road saja.








Macam ala - ala kat BB pun ye kan ? Hehehe. Masa ni siang lagi. Tak silap pukul 6pm gitu... Sebab tu cerah lagi.


Next entry kat Beijing Road yer?
Banyak sangat gambar nya hehehe.
Yuols suka tengok kan? Kata nak tengok tempat orang..., ni Mama Likha nak share lah ni.


Stay tuned ye.
:)





11 comments:

Madam iEeDaZ said...

Baca zte citer pun dah rase teruja sgt.. mesti borong sakan kt sane yerr :-)

Anonymous said...

waa..best²...syiok baca story mory owang g holidays ni...soping pulak tu...
Ztee...nanti jgn lupe entrykan cost ye...bukan le cost soping...cost utk sampai sana...flight, hotel dll...hok soping tu sendiri fikirlah kan...heehe...kata kepoh berhemah...so nak kepoh lah ni...heehee...

syafisyifa' said...

bes bes...dpt tau serba sikit psl negara china

Cik Aien said...

syoknye dengar mama likha citer..mcm ari nie nk terbang g sana..eheh insyallah ada rezeki nk g jugak :)

Mrs. Simplicity said...

chandelier??? serious ke ni? homai, camne bawak balik tu. mmg datang semata2 nak shopping ni. aim and buy. tp hati ni meroyan jugak bila tgk kedai leather tu. yg ada kat sana tok sah cakap lah, confirm rambang mata. hehehe

Ztee_Azwanis said...

ieedaz: yang sedihnya zte tk shopping sgt tu ida. tu nk repeat lg ni...

Ztee_Azwanis said...

ummiakid : hihihi tkdelah kepoh2 kak... sy bt entry pun bukan nak syok2 tapi nak share pengalaman pg tmpt org. insya allah, psl costing saya akan bt later on :)
tq kak sudi baca :)

Ztee_Azwanis said...

syifa : hihi... terbawak pergi ke china jgk kan :)

Ztee_Azwanis said...

cik aien : hihi ye ke aien :)

Ztee_Azwanis said...

alyyani : iyer alya... assemble kan bnda tu, balik msia pasang lah. ada gmbr dan instruction dia. mmg lah alya,. murah gile.. ish ! mmg kena repat gak ni thn dpn kikikih.. pastu bila nak beranaknya ???? huh !

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

saya suka beli kain kalau g sana..