SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Tuesday, May 18, 2010

Berita Daripada Harian Metro

Petang semalam, tengah relax relax tunggu Papa balik dari kerja.. Tup tup dapat MMS gambar dari Ciklonggg.




Mesejnya ringkas berbunyi, ''Nasib baik lah Likha takkan alami situasi seperti ini..''


Wah! Skema tul ayat beliau.


Saya pun termenung sekejap. Baca berita separuh tu pun buat saya paham dah kisah seterusnya. Ada lagi masalah penderaan budak budak. Memang tak akan habis selagi ada manusia dan ada kehidupan.


Ayat ayat cinta Ciklonggg tu pun buat saya terfikir panjang. Betul cakap Ciklonggg, untuk jangka masa dua atau tiga tahun, Likha memang INSYA ALLAH akan selamat dalam jagaan saya. Takkan saya nak dera dia yang sungguh comel itu. Macam mana saya boleh sampai hati nak mendera manusia kecil yang berwajah photostat saya dan Papa dia tu kan..? Hishhh..


Tapi macam mana lepas lepas ni? Tentu nanti akan ada malikhi, malikhu adik adik likha nanti kan? Hari ni boleh la saya jaga Likha, tapi akan akan datang mana tahu saya perlukan seorang pembantu, pengasuh or school yang akan menjaga anak anak saya nanti?


Saya takde jawapan untuk itu. Takut untuk beri komen. Malas nak fikir lagi.


Hari ni saya godek godek la Harian Metro semalam, nasib baik terjumpa berita tu. Boleh la tempek kat sini yer. Tajuknya; Maut lepas koma sehari.


SUBANG: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut selepas dipercayai menjadi mangsa dera pengasuhnya dalam kejadian di sebuah rumah di USJ 1, Subang Jaya, dekat sini, kelmarin.Bayi berkenaan, Mohd Rayyan Afzanizam, disahkan meninggal dunia sehari selepas dia koma dipercayai mati akibat pendarahan dalam otak di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kira-kira jam 8 malam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata kes berkenaan masih dalam siasatan manakala pengasuh yang berusia 40-an itu kini direman enam hari bermula semalam untuk membantu siasatan.

“Saya difahamkan ketika bayi itu dihantar ke PPUM oleh ibu bapanya, dia sudah tenat. Dia kemudian disahkan meninggal dunia. Punca awal mendapati mangsa cedera di otak.

“Laporan polis pula dilakukan doktor yang merawat mangsa selepas dia melihat beberapa kesan lebam di badan bayi terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, polis kini menunggu laporan penuh doktor berhubung kejadian berkenaan manakala keterangan ibu dan bapa mangsa sudah diambil untuk membantu siasatan.“Oleh itu, kami perlu tunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui sama ada bayi itu didera atau sebaliknya. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati pengasuh terbabit baru dua minggu menjaga bayi berkenaan.

“Polis difahamkan, bayi berkenaan dikejarkan ke PPUM selepas tidak sedar diri dan tidak bernafas oleh pengasuhnya,” katanya.Menurutnya, pada sebelah pagi pada hari sama, ibu bapa mangsa, masing-masing berusia 23 tahun menghantarnya ke rumah pengasuh terbabit.

Bagaimanapun, katanya, pada kira-kira jam 7 malam, ibu bapa mangsa dihubungi pengasuh itu apabila mendapati anak mereka tidak sedarkan diri.“Bimbang keadaan itu, ibu bapa bayi berkenaan ke rumah pengasuh untuk menjemput mangsa dan menghantarnya ke klinik berdekatan.

“Tapi, beberapa klinik yang dikunjungi enggan menerima mangsa sebagai pesakit kerana keadaannya tenat menyebabkan mangsa terpaksa dikejarkan ke PPUM,” katanya.

Sementara itu, keadaan di Jabatan Forensik PPUM agak tegang apabila ayah bayi berkenaan tidak memberi kebenaran kepada petugas media untuk membuat liputan.Malah, keadaan lebih menyayat hati selepas ibu mangsa pengsan dan tidak sedarkan diri.


Tidak dapat imagine, macam mana perasaan mak ayah arwah baby tu.. Tsk tsk tsk tsk.

Monday, May 17, 2010

Konfius Nak Memiliki Yang Mana Satu

Saya betul betul berkelabu mata penuh bintang bintang berkelipan kalau sampai kat toys department Metrojaya, The Curve. Kat situ tersangat lah pink, untuk girls punya side yer. Dengan Hello Kitty, Dore The Explorer, The Little Pony, Barbie Dolls, Barney and Friends, etc.


Kalau untuk boys, paham pahamlah. Dengan robot robot Transformers, dengan kereta kereta kecil Hotwheels dan macam macam lagi lah yang langsung tidak memikat hati saya. Nak beranak girls ramai ramai saya boleh tak! Hehehe.






Akhirnya beberapa kali pergi sana, terjelepuk jugak saya dengan benda alah ni. Malam pun tak lena tidur. Haha! Saje buat ngok ngek kat diri sendiri. Hemmm.. Kenapa saya rasa saya perlu benda ni?
  • Barbie yang pink dan comel tersangat
  • Likha kena ada satu, takyah dah share satu bag dengan Papa Mama. Lagipun dia suka conquer tempat kami.
  • Likha boleh pakai sampai dia besar.
  • Selalu pergi travel dan terbang macam burung and nak pergi travel banyak banyak pasni. Berangan!
  • Saya tak merasa masa kecil kecil dulu. Hahaha. Alasan yang paling kukuh!

Benda ni betul betul menarik saya. Saya dah pergi jauh jauh pun dari situ, tetap terjeling jeling lagi sampai juling. Haih!


Akhirnya semalam saya dengan Papa termenung panjang depan dia. Papa dari hari tu lagi, soklan dia satu jer, semalam di tanya tanya lagi.. ''Nanti sapa yang nak tarik?''... Wahai Papa, tak tengok ke Barbie yang comel tu? Kalau Papa yang tarik macam mana Papa tarik luggage kita sekarang ni, Papa lagi lah bertambah kacak!


Haha. Tu yang payah nak buat decision tu, rupanya takut kalau kalau kat epot nanti dia yang kena tarik. Pastu susah sebab dua dua molek sangat bentuknya. Nak suruh Likha pilih, sah sah dia lagi konfius haha. Payah jugak nak pujuk Papa, gosok punya gosok, akhirnya yihaaaa! Safely arrived at home with beauty mouty.


Nak tahu yang mana kami pilih? Nanti nanti yuols akan tahu gak la. Bila bila nanti kami nak fly, saya tempek kat sini besar besar ya. Oh ya! Hujung bulan ni, berflyvacation lagi... Tapi ke tempat jatuh kami saje... Papa ada meeting yang penting. Saya? As his right hand, ikut aja lah ;)


Bergegar sebab Likha melompat lebih tinggi



Oh! Mybuahati dah selamat masuk wad kat Sony Centre The Curve. Dah memang tak boleh di repair sendiri, Papa pun dah senseng kaki seluar nak merepair, tp tidak berjaya. Complicated sangat ke problemnya? Tah la labu... Ok, seminggu lagi disharge la. Hopefully, tak mahal la chargenya yer! Sekarang kena berjimat cermat dan menabung nanti nak pakai banyak duit untuk masuk rumah idaman kami kan??? Eh, boleh ke ku tahan nafsu jimat cermat! Ngek!


Sekian...!

Saturday, May 15, 2010

Kami Ke Majlis Cukur Jambul Nur Addriana Damia

Saya dan family dapat jemputan untuk majlis cukur jambul dan marhaban Baby Mia. Nak tunggu free tak tahu lagi bila, so cepat cepat ajak Papa pergi. Kebetulan hari ni takde program penting. Majlisnya di buat kat rumah MIL Dda. Mula nya saya ingat Hulu Langat tu dekat jer... Mak aii... First time sampai sana. Kawasan rumah dia betul betul jalan menghala nak pergi ke Sg Congkak. Batu 20 Hulu Langat. So siapa siapa yang pernah sampai Sg Congkak tu tahu la kan?


Tapi best la, jalan masuk kampung. Tetiba tak rasa duk kat KL. Cehh.. Tapi betul, saya sendiri pun takde kampung ;( . Tapi sekarang bila dah kahwin ni, bila bermalam kat rumah By, pagi pagi dengar gak ayam jantan berkokok. Kalau rumah family saya yang tepi jalan tu, mana ada nak dengar ayam? Bising dengan bunyi kereta dan motor motor mat rempit dan tak berapa rempit.


Cakap pasal kampung saya lak. Suka potong stim line. Hish.


Saya sampai rumah Dda, majlis baru saja mula. Siap berzanji apa lah. We all lepak jer makan kat area dapur. Tapi kan, saya amatlah ngok ngek sebab tidak snap picture pun even sekeping pun. Huh! Baby Damia masih lagi dalam treatment nebulizer dan suction kahak. Malam ni bersambung lagi. Kata ibunya, kalau kahak masih tak kurang mungkin kena warded kat GH. Saya tengok tadi pun kesian, dada tersedu sedu bernafas macam orang lelah, dah la kecil molek saja. Bagi lapan belas dengan Likha yang deboombastik tuuu bak kata Ummi Eryna. Gelaran baru lagi untuk Likha. Hehehe.



Budak boombastik ni memang kena ada



Saya berharap Baby Mia cepat cepat sembuh. Bila jadi ibu ni, saya faham perasaan ibu dia. Dda memang la supermom. Dengan bekerja sebagai penjawat awam di UIAM, hujung minggu masih lagi dengan kelas untuk Degree Programme dia, menguruskan 4 orang anak yang masih kecil, jaga rumahtangga, dan bila ada masa lapang menjahit dress untuk puteri puteri dia. Haiii masih ada ke masa terluang tu? Kalau saya ditempat dia, tak tahu la sekuat itu ke tak. Mesti tak!! Saya tabikkk dengan dia. Semoga Allah swt sentiasa permudahkan urusan dia. Insya Allah.



Sebab kami yang boombastik la, anak pun jadi begitu. Hik.




Sampai kat KD lebih kurang 530. Papa singgah beli kueh goreng feveret dia kat pakcik makcik feveret dia. Makcik sibuk agah Likha yang vogel seperti gambar di atas, Pakcik pulak tak semena mena cakap Likha, ''Wah....! Sehatnya, macam Ubi Badak!'' Hahaha. Terkejut saya. Bertambah lagi satu gelaran!


Yuols tahu tak Ubi Badak. Makcik makcik kat kampung suka makan, biasanya di rebus dan cicah dengan gula. Sedap! Kalau negeri belah belah luar, tak tahu lah Ubi apa orang panggil. Ubi Hippo kot?


Papa pun bawak keta sambil sengih sambil cakap, ''Takpelah Likha, orang putih cakap Potato Wedges...'' Hahaha, now... By today, Likha dah pun upgrade jadi Potato Wedges Mama Papa hokkay..! Yuols nanti pergi KFC tengok Potato Wedges ingatlah My Malikha yer~~~


Likha dah banyak nama gelaran. Ada jugak yang panggil dia Mokwan Astro. Takpelah sayang, Likha tetap comel dan sweet sangat sangat di hati Mama dengan Papa. Always and forever!

Friday, May 14, 2010

Likha Dah Mengembangkan Dada

Happy sangat bila tengok Likha dua, tiga hari dah pandai angkat dada dengan kuat dan megah. Nampak sangat dia macam membesar bagaikan juara. Hik.


Tak sempat lagi nak snap gambar. Bila saya amek kamera je nak snap, dia terus sengih sengih kucing sambil ketuk ketuk tangan kat lantai pastu Mama tak tahan tengok muka dia. Terus tergolek golek gelak kat dia.


Angkat dada dengan mengembang macam ayam jantan nak bertarung tu maknanya dah nak merangkak ke? Kalau mengheret badan sudah pun, kadang kadang dia pusing 360 darjah. Jap je letak, dua kelip mata saya bling terus dah berpusing lawan arah. Hihihi.


Paling best bila lawan lawan tengok muka kat cermin. Tegur diri sendiri. Kemudian syok sendiri.


Sekarang suka menggagau gagau muka saya. Habis lubang hidung, mulut, bijik mata Mama di koreknya. Sib baik tak kuar bahan buangan dari hidung jer. Pastu tarik rambut Mama kuat kuat. Dah la rambut dah banyak gugur, tak lama lagi jadi botak chin la Mama ni.


Dan suka cium bau mulut dia. Best!


Ni pagi tadi pas Mama cium mulut Likha dengan banyak banyak dan gelojoh! Haha..