SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, October 14, 2011

J'Card Members Day Kat Bukit Raja


Assalamulaikum....


Mama masih dalam mode happy - seronok. Pasal, for the first time, Mama join J-Card Members Day. Jangan tak tahu, sebelum ni, Mama tak biasa dan jarang sangat nak pergi member-members day ni... Sebabnya, kes malas nak bersesak dan bukan jenis Mama nak serabut - serabut kat tempat macam tu... Ada setengah orang, suka kan...? Hihihi.... Tak kisahlah kan ?


Tapi, oleh kerana JJ Bukit Raja ni, dekat sangat dengan rumah, kebetulan Papa nak cari set speaker dan home theatre brand Panasonic, tanpa dirancang Mama ajak beliau pergi, dan tak sangka, beliau pun iyer kan jer.... So, lastnite, dinner secara laju - laju kat rumah... Kul 830 malam keluar...., sebelum U-turn nak ke JJ lagi dah nampak kereta yang bersusun - susun nak masuk JJ... Wah ! Camni erkk kalau ada member's day ! Hikss !


Tapi, oleh kerana cekal... nak jugak merasa member's day.. so weols harung jugak.. Nasib baik, atas kebijaksanaan Papa potong line hahaha, senang - senang jer weols dapat masuk, dan dapat parking pun tak lama sangat menunggu...




Mukadimah harus panjang sokmo ! Heeeee.. Kat dalam tu, memang gila sesak lah... Ada department yang buat Happy Hour, lelong barang - barang bantal, comforter, bed-sheet semua tu.. Barang speaker dan home theatre yang weols cari pun, takde lah ...! Ada sales-person Panasonic yang kami bertanyakan hal tu cakap, biasanya JJ tak ambil stok untuk range harga yang quite tinggi... Papa dah survey kat Panashop harga lebih kurang RM1500 ++ jer, tapi kot kalau ada kat JJ boleh lah collect points dan redeem voucher kan ?! Tapi hampesss, nan haaado ! :D


Mama pun apa lagi, sambung agenda lain lah.... Seronoklah tangkap berhelai - helai baju t-shirt untuk Malikha kat Seed Kids dan Miki.... Dah semua harga jadi belas - belas ringgit jer sebab 50% - 70%...
Rupanya, boleh dikatakan semua kedai kat dalam Jusco tu amek part buat Sale.... Meriah sangat !




Walaupun ramai dan sesak, tapi semua agak manageable... Kaunter banyak yang dibukak, so takdelah perlu beratur panjang kat satu - satu kaunter time nak membayar...., Sama jugak masa nak redeem voucher.. Semua laju jer ! Dua jam jer kami kat sana, sempat oke for Mama untuk macam - macam hihihi... Cuma, tang nak membayar parking ! Amekaw ! Ada lah dekat 5 - 7minit kot kena baratur !




 ********************************************

Jom tengok, apa yang sempat Mama beli dalam masa 2 jam kat sana. Tq Papa, yang sangat memahami.... dan tolong jagakan mektok yang memang tak suka sangat tempat - tempat crowded macam malam tadi tu. Hihihi....


Untuk Malikha lah. 6 helai tee, 1 dress, 1 skirt jeans, 1 sleepwear.
Sempat jugak ambil panties sebab nak cukupkan untuk dapat voucher lah ni. Hihi.
Terbayang - bayang pulak, legging merah untuk pakai dengan dress tu. Semalam dah ambil, boleh pergi letak balik... ?? %#$&*!!@%*)$# 


Towel baru, bedak dan hand float untuk Mektok. Hand float untuk projek - projek di waterpark nanti ;p


Hah ! Untuk mama hihihi. 


Halamak ! Ni memang paling menjadi feveret lah untuk malam tadi.. Dapat 30% diskaun !


Terjumpa dan beli jugak toys ni.
Hadiah terkumpul untuk mektok. Hadiah terkumpul tu maknanya, ada lagi 2 - 3 toys baru untuk dia nanti, Mama dah order tapi  nanti nak dikumpulkan sekali dan diserahkan kat dia on 25th Oct nanti.
Hadiah bday lah ! Sorok dulu ni ;)



Pasu..... Orangkan tengah gila semangat hias rumah katakan !
Sangat murah ni !
Mula - mula Mama nak ambil yang atas jer pastu Papa cakap, tu bukan pelapik dia ker..
So Mama ameklah sekali yang lapik bawah dia tu.
Hah ! Betullah... Baru nampak ngam...
Eh, sama pulak dengan corak karpet ;p


Dan.... hasil tuaian tadi dapatlah tukar voucher sebanyak 6 keping... Yakni setiap pembilan RM100 dapat RM10 voucher....




Yay ! Happy sangat ! Kalaulah Mama ni tengah pregnantkan seronok, boleh shopping barang - barang baby.... Best sangat tengok malam tadi. Sempatlah tengok gelagat orang hihihi... So sesapa yang kalau tengah buat preparation untuk sambut baby, sesuai sangat pergi time - time member's day macam ni... Untung... ! Membeli belah banyak - banyak pastu boleh redeem voucher pulak tu.... Kan...??


Tq so to Encik Kanda, yang sporting morting malam tadi... Luvyu! Ketemu lagi kita nanti kat Mmber's Day Bukit Tinggi 24hb ni... Kkekekekkekekke....


Ok, bye !
:)

8 comments:

Aty Fared said...

jeles nyer..!! semalam biler dapat mssg dari jusco..terus asben ajak pergi..tapi sebab konon dah malam..pikir mesti barang dah banyak abes... jadi tak mo pergi..[nyesal pulak rasenyer]

syafisyifa' said...

Ya Allah besnya p shopping..hihihi

eliyaezlinalias said...

banyak soping??? hehehe

Misz-ella said...

Wah wah wah .. sopink eh. SO jelesss sbb KC kena keja, tk dpt nk gi cuci poket dan cuci mata.

Mama Damia said...

wah lg byk soping..nasib eja ni bw perut klu tk maunya papa kyra pening kepala..hihi

PinKy MoMMa said...

wahahaha sawan ai tengok ni..utk besan tak de ke? huhu ;p

munna said...

birthday likha 25 oct ke sama dgn auntie munna lah

Ibu Darwisy said...

wah..bestnye likah dapt hadiah banyok...