SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, January 6, 2012

Dah Lama Malikha Tak Sakit


Malikha tengah tak berapa sihat sekarang. Selsema and a bit demam. Tapi demamnya tak kuat sangat. Yang teruk flu nya. Hidung dia macam non stop pulak berair. Arini dah masuk hari ketiga. Masa memula kena, Rabu lepas, pagi tu dia bersin tak benti. Tidur jer tak bersin. Mama dah syak Likha nak kena selsema, tapi oleh kerana Mama overlook ingatkan ubat selsema dah habis, so Mama tak kasi langsung ubat selsema sampailah Papa balik baru malam tu pergi cari ubat selsema kat farmasi. Then gi McD, dia minum Ribena. Tu yang selsema dia makin worst malam tu, and malam tu langsung tak leh tidur dan badan pun panas sikit. Mama ni tengah pagi buta panik dan risau takut kalau - kalau ada kahak dalam dada dia. Ajak Papa pergi hospital dinihari tu, fikir - fikir takut kena buat neb jer. Mama takpernah ada experience dengan nebulizer ni. Tapi nasib baik Papa cool. Sapu vicks kat dada dia dan tengok dia sambung tidur balik - ok jer sampai pagi terus tak jadi dan Mama pun tidur - tidur ayam jer sambil monitor dia.




Esoknya tengahari, terus bawak ke Klinik Pakar Kanak - Kanak Dr Toh di Setia Alam ni. Oh klinik ni baru jer dibuka November last year. Baguslah. Ada klinik yang bagus dan sangat mesra patient dekat dengan area kami. Klinik pun dah macam rupa nursery dah kekdahnya. Dr pun sangat frenly.






Dia aktif macam biasa. Cuma selera makan kurang. Sehari sebelum dia kena flu, memang dia moody habis. Masa tu Mama bawak dia keluar, ada urusan. Diam jer dalam kereta, takmo bercakap. Dari kat rumah lagi. Dia aktif tetap aktif sepahkan toys tapi mulut diam jer. Mama pelawa itu ini breakfast, layan tak layan jer. Patutlah rupanya dia dah mula tak sedap mulut tak sedap badan. Dr kata throat Malikha merah, kena virus so dari situ punca selsema, demam 37.7 ' dan ada batuk sikit. Suara pun dah serak serak basah sikit.


Dah lama Malikha tak demam sakit ni sebenarnya. Mama pun lupa bila last time. Alhamdulillah, kesihatan dia baik - baik saja sebelum ni. Ni pun nasib baik tak kena demam panas dan tak teruk sangat. Kalau tak, dengan kita - kita pun tak senang duduk.




Waktu nak makan ubat macam tulah. Ada time okey, ada time senang makan pujuk, ada time kena bersilat hiyyahhh hiyyyah..... Sabar jer lah... Yang penting ubat kena ambil. Cepat sembuh yer dear Malikha sayang Mama. Nextweek, nak gi coti coti ni....



Hari ni Mama buat nasi ayam kesukaan dia. Alhamdulillah, dah makan banyak sikit dari semalam.


Babai !
:)

21 comments:

Kyra said...

sama la dengan qis..tak sihat juga..beringus ja...comey malikha

A.H.A.D said...

budak2 memang takkan selera la kalau flu demam ni. afeef pun baru jer baik.
get well soon likha!

aunty nak sikit nasi ayam tu bole? ;)

LiAnA said...

aqil pun baru baik flu.. selalunya kalau dia kena flu/cough akak sapu vicks kat tapak kaki dia pastu pakai stokin masa tido mlm.. kat dada dgn belakang bdn pun sapu skit.. so far ok dia cepat baik.. sbb ubat akak bg waktu mlm aje..

Papa, Mama & Azra said...

Get well soon Likha!!! Rajin2 makan ubat.

Anonymous said...

Get well soon Malikha...makan ubat.

kat sini pun ada 1 klinik pakar kanak² yang sama mcm tu...ala² nursery supaya menarik anak² x takut jumpa doktor....

Mrs. Simplicity said...

a'ah la next week likha nak gi holiday. cepat sembuh eh!

Farah Shamsudin said...

semoga cepat sembuh likhaa.. kalau x, x bes nak coti2 next week kan..

shark said...

get well soon malikha :)

ariana said...

Likha kenalah rajin mkn ubat, supaya cpt sembuh kan nak ikut Mama coti2..hehe.

Nak kemana kali ni Ztee..best nya. akak baru balik jln pun, rasa x puas, nak pergi lagi..huhu

munna said...

semoga likha cepata sembuh ye.... suka tgk klinik tu ceria je buat budak2 tak bosan menunggu

Ztee_Azwanis said...

kyra : qies dh sihat blum ?

Ztee_Azwanis said...

gee : yelah kak gee. hlg selera.. kan.. aunty suka ke ns ayam hiks

Ztee_Azwanis said...

liana : aah lak kak.. bagus jgk vicks ni kan.....

Ztee_Azwanis said...

mama azra : tq mama azra.... likha salu kena paksa makan ubat oleh mama ;p

Ztee_Azwanis said...

lilytalib: tq ummi akid.. ehhehe mmg lah... tk tkut jmp doc, smpikan tknk balik syokk sgt dgn menan hikss

Ztee_Azwanis said...

alyyani : yelah mama niadel :)

Ztee_Azwanis said...

farah : hehehe btul tu aunty farah :)

Ztee_Azwanis said...

shark : tq aunt shark :)

Ztee_Azwanis said...

ariana : hehe tq aunt ariana....

kak ariani... klo blh nk bcuti sokmo kan hihi... zte coti2 dlm mesia jer kak :)

Ztee_Azwanis said...

munna : tq aunt munna.. klinik tu bkn sj bt likha tk bosan mnunggu tp smpaikan bt likha tknk balik tauuu ;p

Myalycia said...

alaa siannya malikha.. get well soon yer ;)