SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Saturday, January 21, 2012

Day 2 : Aktiviti Di Pantai Chenang


Assalamualaikum.

Hari kedua di Langkawi, pagi - pagi lagi dah kejutkan mereka berdua. Takdelah pagi mana pun, dah mak pun dasar kaki bangun tidur lambat ;p.... Siap - siap untuk breakfast di coffee house dan terus bawak barang untuk ke Pantai Chenang. Kira lepas breakfast, tak naik bilik dah lah ni.


 View yang famous dengan trademark Awana Porto Malai . A lifehouse.

Coffeehouse Seagun

Duk kira peas. Bukan makan.
Semua benda dia try pagi tu, dari sosej, roti, bubur, cereal sampailah ke yougurt.

Breakfast kat hotel kita boleh makan dan try macam - macam. Nak kata sedap sangat pun tak jugak. Biasa - biasa jer Yang Papa jangan tanya komen dia, sebab bagi dia Awana dah jadi Posto posto hehehe. Dah kondem katakan. Hiks



Nak bergambar pun tak senang, lari sana lari sini. Macam ni lah kalau pergi bercuti bertiga saja. Payah nak ada gambar bertiga, banyaknya gambar berdua, Tak dua, sorang saja haha. Kan kan kan betul tak ?



Rain rain please go away !

Nice view ever.


Lepas berposing tiga pat lima puluh keping, terus ke car park. Wow ! I jadi women driver okeh di Pulau Langkawi ni. Hehehe. Dah orang offer suruh drive bila lagi kan nak merasa Honda Jazz. Hihihi.


Ignore dengan lengan besar kayu balak ku yer :P

Budak tu geli dengan pasir tu. Gelabah habis pasir masuk sandal dia.

Sampai di Pantai Chenang dalam lebih kurang 10 : 30 pagi. Nampak Langkapuri Inn, penginapan Mama Isha sekeluarga, terus ku masuk ke lorong Langkasuka Inn tu tapi terlajak sikit. So kiteorang jalan sikit jer lah. Ke kedai - kedai depan dulu, sebab Papa nak cari selipar Jepun. Takkan nak pakai selipar Clarks main pantai ;p. Banyak kedai tutup lagi nampaknya, agaknya malam tutup lewat, pagi pun bukak lewat. Tapi ada lah satu dua kedai yang dah bukak dan terus singgah kedai makcik sorang ni.





Selipar Jepun bertanda Langkawi RM 10 jer sepasang. Pelampung, beach toys set, pakaian mandi, pario ke apa ke semua ada. Tak payah nak susah-  susah bawak dari KL oke. Beli jer. Tapi hargha mahal skit lah kot ku rasa.


Dah dapat selipar yang di cari.



Terus proceed ke pantai. Eh, dah beli selipar tapi lupa nak tukar ;p... Tengok, budak yang makin cuak dan gelabah kena pasir pantai. Dok terjerit - jerit.... '' Papa.... jom Pa wash feet...'' Hahaha.... !



 Tengok tangan Malikha. Cuak punya pasal. Geli dengan pasir pantai. Dok ulang ayat sama, ajak wash feet. Dok heeeee heeeee geli geleman kot !

Wow ! Indahnya.
P/S  untuk kakjah : Pokok ni ke yang dulu jadi saksi kamera jatuh dalam pasir..? :D

Haaa tengok. Mula tak sedar diri huhu.
Mat saleh belakang tu tengah bergumpal ke apa.
Pemandangan biasa okeh di sana :p


Walaupun di area Pantai Chenang, sudah macam - macam orang jual perkakas beach toys... Tapi mak Malikha gigih oke, bawak dari Shah Alam benda alah ni hahaha. Sabau jerlah ! Takde pengalaman sebelum ni kan bawak anak pergi pantai. Tu excited lebih :)


Pengalaman kedua bagi dia di laut. Pengalaman pertama dulu, masa umur 6 - 7 bulan kot di Kuantan, tak reti apa lagi pun masa tu :)


Boleh jadi macam first experience jugaklah kan. Cuak, pelik semua ada... Mesti dia cakap dalam hati.. '' wwow ! besyarnyaaa swimming pool ni.... '' hiks !


Masih lagi cuak. Mu tengok aku, aku tengok mu. Ni Papa lepaskan aku ni, ok ke dok aku eh. Hahaha. Pandailah kami laki bini pakai baju set hitam legam naga sakti ke pantai tengah - tengah bahang haha. Tapi cuaca dia taklah panas sangat.



Pastu terus seronok riang ria ! Sampai taknak naik oke. Berpaut kemas di kaki Papa, dah Papa bawak dia sampai ke tengah. Pagi lagi, air surut kan. Tapi ada lah sekali sekali ombak rindu yang kecil tu. Tiap kali ombak datang, ketawa ngekek - ngekek. Mama kat tepi pantai, lambai - lambai tangan jer, merajinkan diri buat sand - castle yang tah pape jadinya. Hehehe.




Lama sikit, bila tengok Mama sorang kat atas darurat, baru ajak Papa naik. Sian Mama sorang. Pastu Mama lak masuk air, ambil gambar sana sini. Tu jelah kerja Mama sokmonya...

Takut - takut berani jer dia ke laut.

Nice view.
Only dicaptured dengan IPhone 4 okeh.

Time to build a castle.

Cubaan untuk masuk lagi ke laut.

Sakit jugak kaki pijak benda tu.

Kutip sea shell pulak.


Mr Crab

Wajib bergambar kat sini. Atas arahan Mama Isha yang dah tinggalkan jejak untuk kami.
Hahaha.

Mintak tolong beach boy amekkan pic ni.
Teheheheee..Nasib baik beliau sporting. Tu orang kata, ornag pulau ni baik - baik.
Mereka layan tetamu nicely. Ye ke ?

Baik tak baik, sampai dia suruh posing belah sini pulek.
=P

Malikha masa ni masih sibuk ajak nak shower nak swimming hihi.
Tak sedar macam dah makin gelap tu.

Tinggalkan jejak di Pantai Chenang :)
Editted by Instagram.

Dalam kul 12 lebih, kami terus cuci bersih dan balik hotel. Walaupun tengahari, tapi panas dia tak terik sangat tak seterik cuaca panas di Kuala Lumpur. Pastu berangin jer. Tepi pantai kan. Nyaman dan damai rasanya. Hihihi. Best bangat ! Terus rasa tak puas, tkanak balik. Hahaha. Then, otw back singgah beli nasi lemak di gerai area Pantai Tengah bersebelahan Desa Motel. Pagi dah makan, tengahari mesti lah nak makan pulak....Kan. 


Balik, bilik.. Lepas mandikan Likha semua terus terlentok dia. Kebetulan sleeptime dia jugak kan. Yang Papa pulak sibuk nak tengok badminton kebetulan hari tu yang Malaysia Badminton Open Series tu.. Nak tunggu jugak Dato LCW main, Mama dah resah dah. Yelah kul berapa Dato nak lawan kan? Kang tunggu - tunggu kul 6 petang tak lawan lagi..., rugilah hehehe. Sib baik dalam kul 3 gitu Dato lawan then menang sekaligus ! Horreey ! Malaysia boleh !

*
*
*
*
*
*
*
*




Ok. Nanti kita bersambung aktiviti petang hari kedua yer. Tak larat nak tempek semua gambar hahaha. Ada orang kisah? Tak ? Okbai !


:P

10 comments:

teratai said...

dah lama x gi langkawi....lebih 20 thn.Pasti byk perubahannya bila tengok gambar2 ni, seronoknya!

Ummi Alesya Sofea said...

bestnyer p b'cuti.. :)

munna said...

tak sabar pula kak munna nak ke Langkawi bulan 2 nanti

syafisyifa' said...

cantik2 gambonye...
besnye malikha mandi manda suka sungguh dia
eh tak beso punla lengan malah makin kecik zte lenni

Ibu Darwisy said...

hehehe..same la mcm darwisy..x nak pijak pasir..geli katenyer..asik ajak pi basuh jer...

Mama Likha said...

teratai : wah.. 20 thn... dh lama tu.... blh lah prgi nti bile free hehe

Mama Likha said...

ummi aleesya : hihi.. liza nti pi coti2 bwk jalan aleesya yerr ;p

Mama Likha said...

munna : oh kak munna nk g bln 2 erk.. nk itut!! hihihi

Mama Likha said...

ct : hhehe. lahai darwisy pun sama geli erkkk...

Mama Likha said...

syifa : tulah seronok dia pestime katakan hehe.. yelah tu tk besar....pejah :D