SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, January 20, 2012

Day 1 : KL - Pulau Langkawi


Assalamualaikum wbt...


Meh kite mulakan kisah percutian baru - baru ni tuan punya blog sekeluarga ke Pulau Langkawi. Semoga boleh menjadi tatapan kami di kemudian hari. 


Flight AA kami ke Pulau Langkawi adalah 14 Jan Sabtu jam 3 : 20 petang dari LCCT. Weols direct ke LCCT dengan kekasih gelap hamba, untuk di parking sana. So takde menyusahkan sesiapa untuk menghantar. Cik Ti Papa simpan kat rumah. Cik Vi Mama yang kena berjemur panas hujan nun di LCCT sana. Takpelah kanda, Cik Vi memang akan setia berkorban untuk Cik Ti sampai bila bila pun. Hehehe.


Siapa yang baru - baru ni fly dengan AA tahulah yang sekarang AA dah buat sistem mobile check in. Rasanya since middle of last year. Tapi oleh kerana, weols dah lama tak naik AA asyik naik Firefly jer kalau balik KB, last naik AA pun masa pergi Bandung bulan 3 tahun lepas. So, mobile check in mungkin akan memudahkan sesiapa yang Iphone user. Maknanya korang kena ada application AA dalam IPhone korang, masukkan segala details diri dan flight details so that nanti korang akan terima 2D Barcodes. Untuk buat mobile check in, ku tak sure berapa lama tempoh sebelum penerbangan kite perlu buat. Tapi yang weols ke Langkawi ni, sebulan sebelum penerbangan ku dah siap - siap buat mobile check in dan terima 2D Barcodes. Jadi, nanti di LCCT, hanya straight ke Kiosk Self - Check In dan scan barcode kita tu thru IPhone kita then dia akan printkan boarding pass kita. After that, baru lah kita ke kaunter untuk hantar luggage. Kalau tak buat Self Check In, maknanya yuols nak check in kat kaunter, bayaran RM 10 akan dikenakan. Jadi paham - pahamlah AA memang banyak kan ' hidden cost '...... 

Bag masa pergi,
Nanti tengok bag masa balik yer.

Tapi untuk weols, tidak terjadi sebegitu ok. AA macam menyusahkan aku hari tu. Berkali - kali scan, yang diprintnya tiga copy tiket aku dan hubby saja. Scan lagi buat kali terakhir keluar boarding pass yang sama jugak. Boarding pass untuk Malikha mana ??? Confirm bukan aku yang bengap okeh. Terpaksa pula berkejar pulak ke service counter.. Untuk ke kaunter kena scan segala bag bagai dulu. Dah cek - cek, tah apa masalah dia... dapat boarding pass Malikha, keluar balik untuk hantar bag ke luggage section. Pastu yang Cina tu boleh tertinggal tak bagi tag untuk stroller. Brkejar lak aku gi kaunter sana dapatkan tag. Ke hulu ke hilir. Tak ke nampak aku diperkotak -katikkan.. Haru tau !!! Malu mak ! Terbang sekejap semangat nak gi makan hanging.... ;p

Dah lama tak naik kapal Boeing.
AA memang menguji kesabaran tau.


Penerbangan KL ke Pulau Langkawi hanya 1 jam. Yang pasti lepas take off, Papa terus dihanyut mimpi indah. Malikha duk belek - belek segala magazine yang ada. Bosan gak dia. Nak makan pun takde makan free. AA kan mana ada. Nasib baik weols dah beli nugget 2 set kat McD. Buat alas perut, mana tahu dalam flight Malikha meragam kan. Tapi so far so good, habis 2 ketul nugget. Memang lapar lah tu.


Malikha tak tahan panas.
Cuaca sangat baik, nyaman dan cantik !


Alhamdulillah tiba di International Airport Langkawi dengan selamat seperti dalam jadual. Ramai sungguh tourist dari kalangan mat - minah saleh, pak - mak Arab, pakistan, semua bangsa budaya ada. Turun dari flight jer semua pakat bergambar. Oh, Airport Langkawi antara salah satu airport yang tak kisah passengers nya nak bergambar berbackgroundkan kapal ke, pemandangan area terminal ke... Macam jugak Airport di Bandung. Jangan anggap semua airport boleh suka - suka bergambar tau.


Masa tunggu bag dan stroller, tinjau - tinjau dulu. Di arrival hall tu, dah berderet kaunter car rental. Memanggil  - manggil kita suruh sewa kereta dengan mereka. Sabar bang... sabar....



Terus ke Kaunter Shah Kawi Sdn Bhd. Betul - betul jer depan bag collection tu. Anda akan diberi katalog gambar- gambar kereta seperti dibawah yer bersama modelnya sekali ;p. Orang tu offerkan kami, Toyota Vios atau Nissan Sentra dengan sewa RM 240 untuk Sabtu - Selasa means 4 hari 3 malam di pulau itu. Tapi oleh kerana, En Suami saya adalah seorang yang demand yer..., beliau jebeh * cebik mulut saja okeh. Pilih - pilih gambar kereta tu lagi, beliau nak Honda City atau Mazda 3. Mazda 3 ok takde stok. Wow takde stok kau ! Haha. Ok, beliau decided nak Honda City bersamaan RM 270 untuk sepanjang kami di Langkawi tu. Means mahal RM 30 lah dari Vios. Ku ikut sajalah.

P/S : Abang, jangan marah kalau baca ni :)




Lepas bayar duit sekali dengan deposit RM 50 yang akan di refund balik bila hantar kereta nanti, mereka akan bagi maps Langkawi sekali dengan flyers berkenaan segala pakej yang ada kat Pulau Langkawi contoh Island Hoping ke, BBQ ke, Sunset Viewing ke dan macam - macam lagi.


Tapi ku gedik jugak nak bergambar dekat map gergasi ni.

Then bila keluar untuk menjemput kereta yang disewa, tunggu punya tunggu. Takde. Lama jugak takde, sekali Papa datang cakap tak jadi sewa Honda City, dia tukar ke Honda Jazz ! Wow Papa, kelasss ! Sesuka hati je   tukar yer hahaa. Orang tu cakap Honda City tengah dibersihkan, dan Honda Jazz ni baru keluar jer. Kereta baru sangat lagi, tak sampai usia sebulan, siap plastik kat belakang tak bukak lagi tapi kena tambah lagi RM 30. Maknanya sewa kereta adalah RM 300 untuk 4 hari 3 malam. Still consider murah kira RM 100 untuk sehari lah kan lebih kurang, tapi kalau kite ada options lagi murah why not kita ambil yang murah.. Tak gitu abang ? Tapi Papa ni.... Orangnya memang demand. Tak boleh cakap pape ok. Jazz pun Jazz lah, bulih dinda merasa drive Jazz jugak. Hahaha.

P/S : Papa, jangan marah kalau baca ni :)

Transport kami disana.
Yang si mektok sibuk, '' ni car syape Mama ''
''Ohh..., car Abammm.. '

Tersenyum bangga kembang kempis hidung bawak Jazz.
Sewa je pun.
Pastu decided, bolehlah beli Jazz jer.
Hahhh ! Orang nak beli kereta lagi besar, dia nak beli kereta lagi cinonet.
Huhuhu.


Map Pulau Langkawi. Senang jer nak baca. Langkawi pun kecik jer Duk main pusing situ. Sure korang tak sesat pun nanti kalau datang bercuti ke sini. Best tau..... ;)

Then terus proceed ke hotel yang di booking siap - siap oleh daku since last month. Iaitu Awana Porto Malai. Cerita bab hotel ni satu hal. Berlaku jugak kes demanding kat sini. Sejak bulan lepas ku dah survey hotel area Pantai Chenang, teringin nak duduk pantai Chenang. Ada lah hotel yang ku dah siap call untuk bajet bawah RM 500.... Tapi bila dibawak berbincang, boleh beliau jebeh * cebik... Macam kes kereta sewa tadi tu lah. Alahai..... Alasan beliau taknak duk hotel murah risau tak selesa tak selamat lah apa lah... Ku pun dah cakap sekali dua, pujuk sekali dua tak jalan nak jugak duk hotel best - best taik lima - enam bintang, nah amek kau... Ku survey Berjaya Hotel & Resort, tapi unluckily sepanjang January rooms are not available. Nasib baik jugak, coz Berjaya Resort ni jauh ke dalam nun di Gunung Machincang nun. Then survey - survey lagi sampailah jumpa Awana Porto Malai. Oklah proceed booking dengan Awana untuk RM 1xxx bagi 4 hari 3 malam disana. Nak sangat hotel mahal kan ;p

P/S : Papa, jangan marah kalau baca ni :)




Di lobi hotel.
Tunggu Mama check in.


Masa tengah check in, tengokkan pada key room pun ku dah cuak. Hahaha Kunci sekeping. Sekarang semua orang dah pakai kad, main swipe jer kan. Ni bila tengok keadaan kunci pun ku dah agak. Awana Porto Malai ni indah khabar dari rupa ni kot !


Bilik kami 3209, di blok 3 amek kau.... Banyak blok tapi lif nunnnnn dihujung sana blok 1... Jauh ok. Dah lah satu lift rosak. Lagilah aku rasa tak sedap hati. Masuk bilik, sea view konon, nah amek kau lagi sekali. Sadis ku.... Hahahaa. Yang tak tahannya, wardrobe no - no wardrobe built in ke up ke, tapi adalah almari macam beli di kedai perabot Ah Seng saja. Hahaha. Sadis lagi, tv adalah tv kotak. Bukan flatscreen ke LCD ke yer.
Ni zaman smart TV dah wei.. Memang hotel ni tak upgrade langsung kot ! Dan toilet adalah separate. Belah kanan pat shower, belah kiri pat jamban. Hahahaha. Balcony pun takde. Terus hubby tarik mucung mintak nak tukar bilik. Nak bilik ada balcony senang nak lepak hisap rokok. Tapi bila called front office, bilik kosong tak boleh nak check sebab system tengah down. Haaaa tengok. Lift rosak, system down, bilik dah macam motel. Huhuhuhuuhu. Terus hubby cakap ni bukan Awana Porto Malai tapi adalah Awana Posto Posto hahaha.





Tapi ku rasa takde lah teruk sangat pun. 4 hari 3 malam kat situ terus rasa selesa, macam rumah sendiri pulok. Hihihi. Yang mektok, sampai - sampai jer terus tanya... '' ni rumah sapa Mama....? '' Hahaha. Bila keluar, balik jer bilik tanya lagi soalan yang sama. Time nak tidur, kadang - kadang terkeluar jugak soalan yang sama. Masa tengah mandi pun ada. Jenuh nak cakap.... Ni hotel sayang. Hahaha.


View from our room

Tapi apa yang best, pemandangan di sekitar Awana adalah sangat cantik ! Hebat ! Kagum dengan ciptaanMu. Kat belah sana adalah Pulau Dayang Bunting, Pulau Kentut Besar, Pulau Kentut Kecil ( hahaha di mentioned dalam map oke ) dan Pulau Beras Basah. Awana Porto Malai ni adalah di pelabuhan Tanjung Malai. Kejap - kejap ada bot lalu, ada kapal lalu, ada heli lalu. Sibuklah Malikha duk kira bot, kira kapal hehehe.


Lepas check in, kami just rehat guling - guling gusti - gusti erk ! Wash up yang mana perlu dan layan Maggi Cup Tomyam sorang satu. Lepas Maghrib keluar untuk dinner. Sebelum dinner ke area Batu Malut untuk isi minyak. Errrr, Honda Jazz full tank adalah RM 63 saja okeh. Then singgah di Restoran Selera Lubuk Buaya untuk makan malam. Wahhh ! Nama kedai ! Heehehe. Kedai ni di area Pantai Tengah bersebelahan Pantai Chenang.




Menu malam pertama di Langkawi adalah Tomyam Campur, Ikan Siakap Masak Cili, Sotong Goreng Kunyit dan telur dadar. Total RM 49 bersama air buah. Murah lah jugak. Sedap pun sedap. Balik tu, round - round tengok keindahan suasana malam di Pantai Chenang tapi tak turun daripada kereta pun. Malas pulak rasa hehehe.


Then, terus balik bermalas -malasan di bilik hotel saja. Tapi tulah, hubby kata bagus jugak duduk jauh dari Pantai Chenang. At least kita ada tempat nak pergi. Huhuhu... Awana ke Pantai Chenang tak sampai pun 10 minit cuma Awana ni bersebelahan Pantai Tengah di pelabuhan Malai dan kalau orang nak datang berhoneymoon, Awana ni recommended sebab jauh dari kebisingan suasana Pantai Chenang yang tak pernah tak bising nampak gayannya. Hiks.


Balik hotel je nilah kerja Malikha.
Duk paksa Mama guna Pororo Camera !
Hihihi.
Poyoyo Family !!


Wow ! Panjangnya nostalgia hari pertama. Baru hari pertama hihihi. Oklah stay tuned yer. Banyak lagi nak cerita ni huhu.
Okbai ! :)



5 comments:

syafisyifa' said...

bercuti kat langkawi ropenye ye.hihi.alhamdulillah dah selamat sampai

Ibu Darwisy said...

best kan langkawi..xpela ztee..jadikan pengalaman tu sebagai pengajaran mase depan..hehehe..kite pun dh sampai langkawin CNY 2011 ri tu..cuma 3 hari 2 malam jer..

Ztee_Azwanis said...

syifa : hehehe tu lah.. tq

Ztee_Azwanis said...

ct : ohhhh thn lepas erk. best kan...? pas ni klo pg langkawi lagi, dh thu kt mne nk stay hehe

Anonymous said...

ada contact no org sewa kereta tu tak?