Lets go to continue all about story kat Langkawi lagi... Hehe dah seminggu dah pun balik, dah basi dah pun. Hiks. Tapi tak kira..., kena habiskan jugak...Nanti lupa tak gitu ? Biarlah takde orang kisah pun... Hihihihi..
Entry sebelum ni :
Lepas puas bergumpal di bilik hotel, sebelum pukul 5 petang weols terus ke Pekan Kuah. Dah petang pun kan..., hajat nak ke Wildlife Park Langkawi tapi dah sah sah park tu tutup sebelum malam. Sama jugak macam Underwater World. Jadi untuk tidak membuang masa, kita terus proceed ke Pekan Kuah. Untuk aktiviti shopping. Segala agenda dan aturcara kat Langkawi ni, aku yang susun. Satu - satu explain ke Papa mana nak pergi, mana perlu pergi, mana perlu lawat. Berkerut dahi beliau. Hahaha. Tu pun nasib baik aku tak ajak gi Makam Mahsuri, Beras Terbakar. Kalau dok, kira macam lawatan sekolah dah ropanya. Tu pun bising dah beliau hahaha. Ikut sudah, jangan banyak cakap okeh. Hehehe. So far so good.
Sebelum ke Pekan Kuah, weols ke Jetty Point dulu. Nak ke Dataran Lang @ Eagle / Lang Square dulu. Dataran Lang cuma bersebelah saja dengan Jetty Point. Sesiapa yang naik feri, akan berlabuh di Jetty Point lah. Kot kalau ke tempat shopping dulu, kang dah malam... gelap gelita pulak. Tak cantik pulak nak bergambar dekat helang besar kan?
| Holoh - holoh. Suka hati drive Honda Jazz. Kahkahkah. |
Kat Dataran Lang tu, kalau panas - memang teriklah. Pastu dia teduh sekejap. Pastu panas pulak. Tapi berangin jer lah. Cuma facilities kat Dataran Lang ni tak berapa nak tip top. Ada toilet tapi no water supply. Ada macam tempat orang berniaga souvenier, tapi sedih jer tengok pemandangan di situ. Macam tak gah mana. Macam hidup segan mati tak mahu.
| Sama besar. Ops ! |
Cantik sungguh lah pemandangan di Dataran Lang.... dan view sekitarnya. Memang sungguh cantik. Taktahu nak cakap mana lagi cantik tu, betapa cantiknya nak cakap. Tengah tengah pulau katakan..... Percaya atau tidak, weols cuma guna camera Iphone 4 saja.......!! *kena highlighted supaya BB user yakni encik Papa jebeh kuat - kuat sikit haha *.... Betapa rasa wowww ! Terbaiklah semakfong ni. Hehehe.
| Bagilah can kat dia kejap. |
Then terus proceed ke Pekan Kuah. Sebelum pukul 7 lagi dah sampai sana kot. Tuju terus ke Haji Ismail Group ( HIG ) yang famous amos nun di Langkawi sana.
Takde hajat pun nak menyopping set pinggan mangkuk sebenarnya. Tapi kalau hari tu nak beli, boleh ajer. Bajet ada. Tapi biarlah..., ku malas nak serabut kepala. Aku ni bukan boleh nak buat keputusan cepat - mudah dan simple. Kalau jadi lah nak beli set pinggan mangkuk, mau sampai HIG tutup ku tak decide - decide lagi nak pinggan yang corak mana, bunga yang pesen mana. Paham - pahamlah daku ni kan susah nak buat keputusan. Kekekkeke. Sama kes nak beli dining table dulu... Nak buat macam mana, dah tu memang tabiat buruk aku. Jadi, tak mau pening - pening kepala, babai jer lah. Ku tak serabut, Papa pun tak serabut tengok aku, dan weols pun tak susah - susah nak berangkut pinggan mangkuk wat balik KL... Kan kan kan... Hehehe.
Tapi banyak borong coklat lah. Kiriman orang, neber dan ada lah ku beli sikit - sikit untuk kasi kat orang tu orang ni dan makan sendiri. Shopping terus kat HIG tu sebab malas dah nak pergi tempat lain. HIG murah sikit harga coklat dia dari Zeno Duty Free Enterprise.
Bagi hantu coklat, tempat ni memang heaven lah kot bagi mereka. Bagi daku, biasa - biasa saja sebab bukan penggemar coklat mana pun hehehe. Tengok coklat tak heran orang kata, lainlah kalau tengok ice cream ! Yay !
Walaupun tak beli pinggan mangkuk, ku rembat jugak 3 jenis pot dari ASD dan satu brand apa tah. Boleh lah pakai buat basahan. Erkkk basahan ehhh... Pot dari Tefal tak berapa menarik sangat designnya.. Kalau frying pan, ku dah ada dah.. Harga murah sikit kot. Dah kata duty - free....
Walaupun taknak beli set pinggan mangkuk Corelle ke, Luminarc ke, Corningware ke, Vantage ke... Ku buang jugak masa kat bahagian tu. Duk tilik - tilik dalam setengah jam, memang takde yang hati ku melekap suruh beli dan bawa balik KL...Dan selamat jugak, sebab takde pun yang ku bawak masuk dalam mimpi... Kalau ada termimpi malam tu, mesti esok tu kena datang balik ke HIG tu hihihi.... So selamat sangat..... Tak beli pun takpe... ;p
Dan sebakul coklat yang diborong oleh kekanda dan daku.. Aku aimed Daim jer. Letak dalam fridge kat ais tu, bila makan berkeruuukkkk kerakkkkk wahhh shetappppnyerrr !!! Hadap sorang saja wakkkkaakaka... :)
Pastu beli serba sedikit souvenier di kedai - kedai yang ada di situ.
Lepak di luar sambil tunggu Papa yang lesap tah pergi mana. Datang - datang, bawak rokok sekarton. Tak sedap katanya. Beli Dunhill pun tak sedap. Harga jauh lagi murah. Rokok Duty Free memang tak sedap eh? Tah taktahu, nak try tak boley......
Malam tu jugak, sempat terjah ke kedai parfumes. Kat sana banyak jugak kedai parfumes. Sempat rembat sorang satu. Kata bajet banyak lagi tadi kan. Kihkihkih... Hope minyak wangi Duty Free bukan macam rokok Duty Free yer.. Kang tawar jugak baunya macam rasa tawar rokok itu... Ngeh ngeh ngehhh....
Setel semua terus balik ke Awana. Malikha pun dah macam - macam dah. Penat gamaknya. Singgah lagi di Selera Lubuk Buaya, yang dinner malam sebelum tu untuk tapaued dinner. Makan di bilik hotel saja. Yahooo !
Sekian kisah hari kedua di Langkawi. Esoknya hari ketiga... terus rasa sedih - sedih dah sebab nak balik KL walaupun ada 1 hari laginya hehehe. Seronok macam taknak balik ... Kuwang kuwang kuwang...
11 comments:
bestnya u jalan2 langkawi!!!I memang gila teringin g langkawi!!!One day!One day!!! :) oh yes..suka tgk likha shopping cokelat!! :)
ceria betul gamba2, terang
Tiba2 rasa nak ajak ayah yusuf g langkawi.. bukan boleh tgk sikit entry ada sebut pinggan mangkuk.. hahaha..
langkawi mmg best..syurga beli belah..hehehehe
Wah! wah! wah! bilalha daku mau sampei ke sana... Dh teringin nk pi masa honeymoon la ni ank dh 2 pon tak dan nk pi lagi hukhuk... Selamat berbelanja ye mama likha
Neway jom singgah blog. Kamoo kena tag tp bukan contest ha...
lela nasir : wajib pg nanti yerrr..hehehehe
syifa : ye pejah? heheh tq
zefa : hihi kak zefa.. apa lagi....??
ct : kan ct kan.... rasa nak p lagi lah... hehhee
shima : hihi.. anak 2 pun boley g sana.. bwk anak2 lak mkn angin hehe.. blh tgk bird besyar hiks
nana xlepas lg ke langkawi..huhu....
suka sangat semua pic2 kat atas tu:) lagi2 gmbr malikha yg mcm nanges tu...hehe
p/s : nana pn kurang coklat2 neh,kalo icecream laju je kan sis:)
Post a Comment