SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Sunday, December 9, 2012

Part 4 : Hari Keempat di KK - Rumah Terbalik,Tamparuli


Di mulakan dengan bismillah hehehe..


Hari keempat, hoyeah hoyeah hari untuk berjalan - jalan. Papa dah abis meeting dahpun. So adalah masa untuk beliau bergolek - golek tayah bangun awal sangat. *ala, padahal time ada meeting, bangun lambat jugak heh*.. So aritu Mama turun breakfast kat coffee house dengan Mil, Kakna dan Abg Yie. Tapi tak lama jugak pun leh lepak, sebab kul 830 orang datang nak hantar kereta yang weols nak sewa tu...







Lepas siap semua, kul 10 30 mula gerak. Dalam jadual, yang penting sekali nak gi Rumah Terbalik kat Tamparuli. Haha jadik isu lak nak gi Rumah Terbalik ni. Ni semua idea Mama Likha lah, semua orang uk gelakkan i sebab nak gi Rumah Terbalik. Mil pun ingatkan semua orang, yang penting kita gi Rumah Terbalik dulu, yang Papa pun masa nak sewa kereta pun nama rumah terbalik jugak  yang naik kat orang tu hahaha. No motif nak kena bitau tokey sewa kereta okeh :p Iyelah, haruslah pergi kan Rumah Terbalik dah alang - alang jejakkan kaki kat KK ni. Rumah Terbalik ni tarikan terbaru di KK yang baru dibuka Februari tahun ni. Jangan ajak i pergi pulau, Island hoping Mama Likha tak berapa minat setakat ni.. Hehehe.



Weols berkonvoi 2 kereta dengan Abg Faizul sekali. Abg Faizul [abang Papa Likha ] pun ada sekali, dia pun hadir meeting budget jugak kan? So they all satu geng dengan Alphard dan weols satu geng dengan kereta yang weols sewa. Laju lah Abg Faizul bawak kereta. Supppp sappp suppp sappppp.... Zasttttttt...



Dari Sutera Harbour nak ke Rumah Terbalik yang terletak di Tamparuli about 40 minit. Tak jauh sangat pun, jalan yang sama nak ke Kinabalu Park dan Kundasang. Boleh lah, sambil - sambil tengok pemandangan KK yang sangatlah cantik. Awan biru jer, hari panas molek.






Muka senyum sampai telinga nak gi Rumah Terbalik.
Kah !






 Ni bukan lah bas yang weols naik. Hihi.
Saja je snap.
Ok, nak masuk Rumah Terbalik ni bukan free tau.

Adult RM 10 sorang.
Kid 3 tahun - 12 tahun RM 5
Kalau yang sekolah menengah tu dapat kupon untuk redeem drinks kat cafe.
Wah, untung.
Yang tak sekolah menengah tu pandai - pandailah beli air sendiri yer.
Hiks. Rasanya ni promosi sempena cuti sekolah lah maybe

  




Kakna dan anak - anak.
Jasmine & Aisyah



Tengah Q nak masuk Rumah Terbalik, mektok ni meragam nak susu. Hihihi.
Tak sabar - sabar sesaat !
Kusyuk tengok tiket masuk Rumah Terbalik tu haaaa.


 



Diberi penerangan.
Dilarang sama sekali ambil gambar di dalam rumah.
Jika anda degil, denda RM100 akan dikenakan untuk sekeping gambar yang diambil curi - curi dan gambar tu semua akan di delete.
Haaa dengar ko !
So, memang takkan ada gambar dalam Rumah Terbalik ni.
Dan ada sejarah dan kisah disebalik kejadian Rumah Terbalik ni.
Sapa yang nak tahu, sila - sila lah singgah Rumah Terbalik yer kalau dah sampai ke KK. Hihihi...





Lebih kurang 10 minit kat dalam, berakhirlah pengembaraan dalam Rumah Terbalik.
3 benda je yang tak terbalik dalam rumah tu iaitu bubu (yang nak tangkap ikan tu), aircond dan CCTV.
Yang lain semua terbalik.
Sofa, tikar,  petisejok, dapur, jamban, katil, frame gambar, mainan smua terbalik.
Kucing pun terbalik.
Hihhihi. 
Leh imagine tak ?
Tengok kat luar rumah pulak.
Basikal, kereta sorong, kain dijemuran pun terbalik !
Cakap kat Malikha tu basikal tu terbalik.
Mana - mana dia cari..
Haha dia tengok kat laman. Mana basikal tak nampak pun Papa.
Dah dia biasa tengok basikal tak terbalik, tu yang tak jumpa basikal hok duk 'sangkut' atas siling wakkakkaka.





Lepas keluar dari Rumah Terbalik, kita akan lalu gift shop dan cafe.
Beli serba sedikit souveniers untuk diri sendiri. Harga mahal lah kan?
Dan singgah cafe untuk redeem drinks dan beli air tin.
RM 3 setin. 







Bukat takat rumah terbalik, kereta pun terbalik !
Hihihi.
Malikha tak habis - habis pelik kenapa semuanya terbalik.






Oh my gagah perkasa man.
Takat kereta boleh angkat macamni, apa lah sangat daku ni kan.
>__<

Hahaha.
Berakhirlah sudah kisah di Rumah Terbalik Tamparuli, Sabah.
Fun and got new experience tambah - tambah buat Malikha.
Seriously, kali ni bawak cuti - cuti dia dah pandai sangat.
Buktinya, bila dia dapat cerita balik pengalaman di Rumah Terbalik satu - satu.
Oh, kagum dengan anak yang semakin membesar dan bijak pot pet pot pet.
Alhamdulillah, ada jugak ilmu baru yang dapat weols share dari cuti - cuti kali ini untuk dia.
+__________^



Souvenier yang sempat dibeli di Tamu Rumah Terbalik.
Tee size Malikha RM 21
Dua ketul fridge magnet - seketul RM 12
Key Chain - seketul RM 12



Then, takde dalam agenda bila tiba - tiba theyols cadangkan nak ke Kinabalu Park. Sebab dah alang  - alang half way kan? Dari Tamparuli nak ke Kinabalu Park dalam 1 jam maybe. Jauh jugak rasanya, jalan pun pusing - pusing macam naik Cameron Highland ikut Simpang Pulai. Nasib baik time tu Malikha tidur. Mama rasa sakit kepala dah lah panas terik.



Jambatan Tamparuli i guess.
Sebab masih di kawasan Tamparuli.


  








Takde apa yang menarik sangat pun kat sini.
Sejuk memang sejuk.
Masuk aritu adalah free saja. Tak tahu lah sempena apa. Oklah tu free hehe.
Ramai jugak orang nampaknya kat situ.
Bagi yang sukakan nature of life, sesuai kot datang sini.
Weols cuma lepak saja.
Ada macam pasar petang, ada orang jual - jual souvenier jugak rasanya.
Ada yang pakai pakaian trasidional kaum Sabah, katanya ada pertunjukan tarian Sumazau tapi weols tak pergi dekat pun.
Kejar masa dah time tu. 
Perut semua dah lapar...


Sepanjang perjalanan naik / turun Kota Kinabalu Park ada sesetenga tempat tu ada gerai jual sesuatu. Kita mulanya tak perasan apa. Tapi besar - besar dia tulis TIDAK HALAL / NON HALAL. Ternyata - tanya jugak apa benda lah yang dijual tu kan...? Buah ke daging ke? Nampak berasap - asap dari tiap gerai tu... Rupanya nak tahu apa ???? Sinalau Bakas ! Apa itu sinalau bakas???? Daging babi hutan panggang / salai ! Erkk...... !!!! Terus rasa sebuuuu perut ni. Mak aii.. Ish ! Eksotik betul. Dahlah bersusun kereta tu singgah nak membeli.. Hihi.. Macam kita - kita singgah nak beli goreng pisanggggg.... :p


Otw turun dari Kinabalu Park, Mama yang drive. Sebab Papa Likha ngantuk + sakit kepala dah. Cuaca panas sangat. Nasib baik ku boleh kereta, so saat - saat emergency gini boleh lah jadi back up. Dah nak sampai bawah dah, tup - tup Malikha muntah berlambak - lambak. Dia time tu beriba dengan Papa dia. Ya Allah, habis semuanya mandi muntah. Yewww.. Kesian dia, sebab jalan pusing - pusing sangat. Time naik dia tidur, so selamat disitu. Time nak turun dia duk main - main dengan sepupu dia yang naik dengan weols, pastu dia beralih ke depan dok dengan Papa. Sekali hurmm !!! Cian dia... Camtulah ada anak ni, pasti ada kejadian - kejadian yang tak disangka.


Sepatutnya weols akan pergi bandar KK nak makan ramai - ramai, tapi terpaksalah tak jadi. Kena balik hotel lah jawab dia. Weols cuma makan di hotel saja. Sobsobsosbsob... Nak buat macam mana kan ??


Malam weols keluar ke bandar KK.


Nanti kita sambung lagi k.


Bye !
:)

4 comments:

syafisyifa' said...

Mmg unik betul kan umah tbalik tu?sonoknya.....
Lawala topi pink malikha tu...

Mama Likha said...

syifa : haah mmg unik hehe. pelik.
ala, topi dah lama ler tuuuu pejah

ieedaz @ mama_isha said...

Teringin gak nk pegi umah terbalik ni.. bile la nk pi coti2 kt kk huhu.. kalu pegi psl keje, mmg xdan ar nk jln kan :-)

Mama Likha said...

ieedaz: wajib p klo dh smpi kk tu :))