SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Wednesday, February 23, 2011

Hutang Tetap Wajib DiBayar

Ohhh kemahenn lagi tajuknye... Kuikuikui..


Actly, Mama Likha nak jawab tag.. Dah makan tahun hutang tag ni dengan Makcik ni sorang, tak berbayorrr lagi. Dari tahun 2010 dah pun masuk 2011, dah pun masuk Feb nak masuk March dah pun.... Tak kira lah, hutang wajib dibayar hokey! Hahaha. Boleh tak straight to the tag terus...???!!


Ok, Tajuk tag 25 perkara tentang Mama Likha. Aiseyyy susah nak jawab ni..., macam revealed myself pun ya kan..? Hiksss.. Wokeyhh, here we go. Bukak rahsia yang mana bleh bukak sajork! :)


1. Nama Wan Zetty Azwanis Wan Abd Aziz. Nama manja Nard atau Nab atau Nad hahahaha. Tak tipu. Haha perlu ke kasi full name..??
2. Anak no 4. Ada satu kakak, 2 abang, 2 adik perempuan. Orang cakap no 4 angin, memang me ada masa angin bertiup kencang. Hahaha, its normal ok! So me angin lawan dengan tanah...., yang memang cool gitu *wink-wink.
3. Sebelum kahwin, takut beranak. Sekali nahhh terus bunting pelamin *blushing hehehe dah rasa macam mana sakit beranak yer..! Yea!
4. Paling tak suka, orang lewat. Janji kul 1, sebelum kul 1 harus ada ok. Me boleh menangis tsk tsk menitik nitik airmata kalau orang lambat... dan trus spoilt my mood, benci oke!
5. Sekarang full housewife, dulu pernah kerja sebelum beranak sorang dan jadi orang HR. Pasni pun kalau kerja nak jadi orang HR jugak.
6. Suka bercakap dengan kalut, susah nak jumpa titik. Bukan kepochi tapi laju sampai bertindih. Hahaha.
7. Kadang kadang me rasa me membosankan sebab me tak banyak cakap dan pemalu. Cakap bila perlu, bukan sombong tau. Me senang masuk dengan orang yang rapat, so tak kenal maka tak cinta ok. Rapat-rapat dan erat-eratkan lah dengan me, me baik hati ok. :)
8. Me suka buat kerja cepat cepat atau nak siap cepat. Let say, time tengah mandi, boleh teringatkan satu benda, terus mandi laju laju sebab excited nak buat kerja tersebut. Kekadang takleh fokus dengan sesuatu benda, sebab semua nak kasi siap cepat.
9. Walaupun dah kawen, me tak pandai nak managed bab kewangan. Failed! Hal hal duit, me rasa suami me lagi bijak uruskan duit. Malu oke??! Boroskah aku??
10. Me kaki shopping tapi me tak gila sangat dengan jenama yang grand-grand. Tak kisah hape pun.
11. Tidak tersangat suka dengan cerita hantu seram.... Yang paling real, hantu Jepun ke hantu Siam ker. Dah serik tengok Dark Water, Ju-On pastu mula bayangkan yang tah pape... Plish oke.. Walaupun cerita hantu Melayu. Hishh. Tamo nengok.
12. Dulu sngat fanatik dengan color pink, hitam n merah. Now sume color dah boleh layan, asalkan sedap mata mandang tambah-tambah purplish. :)
13. Gila kucing toksah cakap, kekadang me rasa lagi gila kucing daripada baby. Huhhuhuuu tu dulu, sekarang baby comes 1st.... Pantang nampak baby, alahh dah jadi mak kan..?
14. Tak suka tengok videoclip dan layan youtube. Ku pelik kenapa orang suka buang masa layan youtube oke?! Hahaha. Sumpah!
15. Tak suka dengar lagu baru, malas sangat nak abiskan satu lagu baru tu. Sebab kekadang lagu baru, kite payah nak jatuh hati kan. Melainkan kalau dah dengar berkali kali, baru jatuh hati kan..? So me malas nak perabihkan lagu tu. Sorry....
16. Suka masakan thai sesangat paling-paling tomyam campur! Hishh. Kalau western, asyik chicken chop jer manjang... Me tak suka nak order yang lain.
17. Masih ada hutang 8kg - 10kg to get back to normal berat yer tuan tuan dan puan puan. Now tengah catu makan ni. Hope dalam tahun ni boleh lah nampak perubahan naik lagi turunnye yer...Huhuhu.
18. Since pakai lens, power mata rabun tak naik naik lagi.
19. Hobi  suka beli bag dan kasut. Tak kisah lah jenama apa, janji best berkenan terus rembat. Sampai tak tahu mane lagi nak sangkut segala anak beranak bag. Kasut lak lebih suka wedges dengan pump or flat shoes. Selesa dan sedapp dipakai.
20. Ku dah lama tak ikut drama bersiri. So taktahu apa drama lani ada, tengok kat tv macam cerita ada, tapi ku tak sempat nak duduk depan tv tengok drama ok, tersangat bz kat rumah ni... except Desperate Housewives dah start minggu lepas dengan new session kat 8tv,... hehehe. Suka suka!
21. Since bersalinkan Malikha, tak pernah lagi tengok wayang kat cinema. Last tengok citer Papadom masa tu lagi 3 minggu nak bersalinkan Malikha. Balik terus takleh baring, lenguh badan 2jam kat kosi Cineplex. Haha. Bile tah boleh start balik tengok muvee ni, Papa taknak ajar anak masuk wayang tengok citer tah pape.
22. Suka melancong dan makan angin. Sebelum kawen, selalu konvoi dengan geng dari Barat ke Timur, Timur ke Barat. Pas kawen kita sambung melancong dengan family and close frens ajo lah kan! Bila nak wat Europe trip ni kan..? Doa2 dimurahkan rezeki selalu :)
23. Sayang dengan Abah Umi dan adik badik yang lain walaupun depa taktahu kot..? Sapa tak sayangkan kuarga kan..? Anak ngan suami toksah cakap lah, tu memang dah wajib. So smua wajib dikasihi.
24. Tak tahulah minat dengan apa, kekadang boleh layan rock macam Search, Wings, kekadang boleh layan indie macam Meet Uncle Hussin, kekadang boleh layan oldies macam Air Supply, Rod Stewart, Roxette, kekadang leh layan nasyid, boleh layan bebudak AF, boleh layan Mariah Carey, Michael Jackson, Sudirman... Kira semua boleh layan lah ni yer. Huuhuhu.
25. Yang paling last dan serious, sentiasa mengharapkan kebahagiaan dalam hidup berkeluarga. Doa tidak putus padaNya, semoga dengan berkat sedikit kesabaran saya dapat reward at the end of the day. Bukan mengharapkan balasan Allah, tetapi saya tetap meminta pada yang Satu itu. Oh... amat dalam kan...? Hehehe.


* Jawab sekadar apa yang boleh dijawab, rasa 25 macam dah banyak sangat tapi bila nak jawab macam tak cukup 25 tu.... So ini sajalah rasanya yang boleh direveal hehehe.





Last but not least
*


*
*

*

*
*


*
*



Ni haaa orang yang menempek tag kat Mama Likha.
Comel kan..? Lawa, menarek, tertarek, memang daaa boom!
Chuppp jangan ngorat, bini orang wokeyh!
:)



Heheh. Jangan marah Iera Aiko.
Molek lah tu sama sepet ngan Malikha :)


Ok, pastu Mama nak tag :

GHMB Facebook ya.

Jawab, jangan tak jawab hokay!
:)


Tatata...!

1 comment:

Murni said...

baik murni akan cuba karang nanti..