SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Monday, August 6, 2012

Iftar Dengan Geng Hubby


Salam Ahad. 
[sepatut post semalam]


Hehehe. Preparation masih 0 untuk raya. Hish ! Tak senang duduk dah daku. Macam kucing hilang anak dah rasa. Kalau single, dah lama dah. Anytime boleh pergi membeli belah kan hehehe. Tapi takleh pentingkan diri sendiri. Sekarang bukan zaman single lagi, kena fikir banyak benda. Aduyai... Haaa kan suka last minit, last minit betul ler jadinya. 



Semalam, memang belum ada agenda untuk shopping. Keluar petang untuk program berbuka puasa dengan geng - geng kolej dan UITM Papa dulu. Tapi weols pergi Tesco dulu, ke kedai wallpaper. Rumah pun nak beraya jugak katanya. Ni first time nak tempek wallpaper kat rumah, so takde pengalaman sangat. Nak buh pun sikit jer. Bukan semua ruang. Installation die next week haihh lamanya. Yelah... tempahan berderet harus lah ikut Q kan... ?





Oleh kerana awal lagi, singgah ler SetiaCityMall lagi. Ingatkan dah boleh lah shopping seround pulak, sekali Malikha not in a good mood. Sikit - sikit nak nangis pastu mintak dokong. Agaknya petang time die beradu biasanya. So takde beli apa melainkan casing Iphone baru untuk Mama dan Likha kat Parkson.



Kemudian terus ke Bangi. Tak susah pun cari Restoran Ani Ikan Bakar Petai, sebelah balai bomba Bandar Baru Bangi je. Restoran Ikan Bakar ni pun sangat femes kat Kuantan, ni kira macam branch die ler.








Makanan oklah, sedap ! Buffet dalam RM 30 ++ sorang untuk adult. Ramai jugak ler yang datang. Lebih kurang 7 buah family, tak termasuk lagi yang mana datang bujang tak bawak family. Dah biasa jumpa dorang kat mana - mana kalau ada wedding on of them, kira ni geng - geng rapat hubby ler... Success betul reunion berbuka puasa ni. Penuh meja yang ditempah... Hmmmmm geng aku pulekkkk takde reunion berbuka puasa ke tahun ni erkkk ?!




Kebetulan masa Iftar tu ada program misi kemanusiaan Palestin Gaza. Ada program bersama Abby Abadi. Dapat lah berjumpa dia face to face. Nice orangnya.





Alhamdulillah. Malikha dah dapat angpau raya dari pakcik - pakciknyer.. Tq yer... :))




Begitulah kisahnya. Tahun depan pulak lah yer..


Bye !
:)

4 comments:

ieda said...

wah seronoknya dikk
dah lah iftar ramai2 macam nie
meriahh
dpt pula jumpe abby .. dia memang manis kan .. sejak2 bertudung lagilah ;)

Farah Shamsudin said...

wah.. epinya Malikha.Dah dapat dut raya..:)

shark said...

yay dah dapat duit raya :)

Che Rosliza Che mat said...

Wah!! seronok jumpa Abby ya...Nampak abby kurus jer..