SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Saturday, June 11, 2011

Berseronok di Times Square Theme Park


Agenda seterusnya pula, hari Selasa ke Times Square. Untuk berjimba ramba di theme parknya. Oh kalau dulu namanya Cosmo World kan?  Tapi sekarang dah pun di tukar ke nama Times Square Theme Park. Lagi cun kan !


Dan Mama dan Malikha diundang bersama oleh deme - deme tetamu dari Kota Bharu untuk join mereka. Memang mengrequest untuk postpone satu hari lewat balik ke KB, semata - mata mahu berjalan dengan Maksu deme ni dan sepupu kecik, Malikha. Kebetulan, malam tu mereka bermalam di rumah weols bersama MIL sekali. Tapi MIL tak ikutlah ke Times Square. MIL duk rumah jer seorang, kesian pulak beliau bila pk kan balik. Hu hu.

Mama - Likha berjalan dengan orang lain without Papa

Sampai - sampai Times Square dah pun masuk Zohor. Terus ke McD untuk isi perut, setel semua barulah urusan untuk check in ke theme park. Oh fees boleh tahan jugak. Sebab musim cuti, adult RM43 dan child from 3years to 12years RM27 dan Malikha adalah free. Nasib baik, boleh guna Jusco Card dan dapat 15% untuk each person. Malikha dah cuak dengan roller coaster yang piungg ke sana ke sinun. Accott - accott lah apa lagi kan ?!

Bila Maksu cakap peace semua buat peace, Malikha dok blurr tak abis - abis lah.

Dah masuk tu, Mama memang sangat teruja lah. Memang 1st time, Mama Likha masuk sini... Darakklah pulok... ! Sebelum ni kalau ke Times Square adalah lebih kepada tujuan untuk bershopping. Lepas jengah ke sana sini, deme budak - budak tu sibuklah ajak Mama Likha naik roller coaster lah, Space Attacklah, dan bermacam lagi lah yang mampu bikin luruh jantung.. Huiiii .... Mama Likha ni tak minat sangatlah dengan benda - benda cenggitu, penakut tu memang dah sah... ! Tapi cer bagi RM 5k, insya Allah Mama Likha berani. He he !



So demi Malikha, ke Children Park lah Mama. Wah ! Memang sooooo cantik sangatlah ! Tetiba rasa macam Alice in Wonderland huk huk. Dan Mama terlebih excited jadi budak - budak dengan mencuba semua games yang ada - sambil membawa Malikha mencuba sesuatu yang baru. Malikha pun had fun as well, of course lah kan !


Jom layan pictures ! 








Semua permainan yang budak - budak ada level min height dan max height. All of them, memang tak lepas dengan Malikha tapi dibolehkan dengan supervise parents lah. So boleh try semua, cuma ada yang tak lepas pulak, bila max height tu lagi rendah daripada ketinggian Mama. So cannotlah. But still worth !










Conclusionnya, kat theme park ni memang sangat seronok ! Tak sabar nak ajak Papa pulak lepak dalam ni. Papa sure setuju, asalkan sejuk - sejuk beliau sukalah. Hi hi , kalau Zoo awal - awal lagi takmo pergi dahkan hekhek ! Memilih Mama - Papa Likha ni yer !


 

At last, lepas 3 jam kat dalam tu baru Malikha ingat time tidur dia. Dah penat sangat time ni, lepas ukur semua mainan kat dalam tu ! Time Likha tidur, Mama amek chance keluar jap jenguk - jenguk kedai kat luar. Yang best, theme park tu boleh keluar masuk ikut suka asalkan tag tak diremove dari tangan anda :)


TQ to Cikna da Pokyie sefamily yang sudi belanja dan bawak Mama - Malikha berseronok di Theme Park ni. We all really had fun in there :)


Ok, bye !
:D 


2 comments:

Ibu Darwisy Comey-Lotey said...

mesti likha suke kan..dah lame x bwk darwisy ke sane..mase umur setahun dulu..ade gak pegi sane..just jalan2 jer..xde main pun sebb darwisy masih kecik..

Farah Shamsudin said...

whoaaa.. best tu masuk.. lama dah tak gi.. mesti Likha seronok kan..