SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Wednesday, January 12, 2011

Bukannya Mama Bisu

Pernah berkecil hati bila ada suara suara bercakap, Malikha nanti bisu atau tidak boleh bercakap sebab duk rumah. Tak pergi skul dan tak bergaul dengan kawan. Statement kejam dan sampai hati kan..? Tulah dia antara challenge dalam membesarkan seorang anak. Walaupun dia kat rumah, Mama yang jaga Malikha. Mama tahu sejauh mana Malikha dan Mama. Hari hari Mama bersinging, derdancing, berstory mory dengan Malikha, gegak dengan suara Mama suruh amek tu amek ni, Likha nak tu nak ni.. Bukannya Mama bisu kat rumah ni. Tetambah sekarang dia dah makin besar dan jadi macam bestfren Mama. Tiada sapa yang tahu apa yang we all buat kat rumah. Hukhukhuk...


Mama rasa setakat ni development Malikha ok, tak ketinggalan dengan baby sama umur dia. Kalau lah Malikha esok esok membesar jadi sebagai orang yang pendiam or tidak banyak cakap, tu bukan salah dia sebab duduk rumah.. Baik lah jadi orang yang diam, tak banyak cakap tapi tetap berknowledgeable, rather than orang yang banyak cakap tak henti takde noktah tapi isinya kosong. Hih. Papanya memang tersangat-pendiam dan Mamanya pendiam sikit sikit, so nanti nanti tak salah lah kot kalau Likha membesar macam kami... Huhuhu



Ok, sampai masa nanti, Papa Mama hantar lah Likha pergi skul kan..? Belajar, berkawan, dan bermain... dengan kawan kawan pulak.. Banyak lagi learning process yang dia kena lalui.. :)




Dalam umur 14bulan lebih ni, setakat ni yang Likha boleh cakap dan sebut...


*Allah....tapi pronouce Owwoh owwoh... sambil gemukkan pipi dia :). Now one of her favourite, Insya Allah - Maher Zain. Everytime Iphone Mama ringing, kuar lagu Insya Allah.... Owwoh.. owwoh... lah dia :). And of cos, selawat dan zikir untuk lelapkan dia... Pernah dengar satu ceramah agama, kenal dan ajarkankan perkataan ALLAH dulu pada anak anak sebelum perkataan lain...


* Hotdog - because of everyday watching Mickey Mouse Clubhouse dan layan lagu Hotdog Dance... tetiba pandai sebut HATJOK.... hahaha kelakar.. Nampak Mickey Mouse pun dah Hotjok Hatjok.. Bambling Hotjok Hatjok. Hihihi.. Mama pun impressed masa Likha memula says Hotjok..


* Nak - ni kekadang dengar kekadang takde... tapi bunyi Annakkkk.... :)


*Air - kalau Mama suruh amek Dora's Straw Bottle dia, sama ikut.... tapi bunyinye Ai.... Aiii...Kita adult biasa akan bunyi like Aerrr kan... tapi dia AI..... Hahaha..


* Dah makin kerap called Mama.... tetambah bila nampak makanan hahahaha... Maaaaa Maaaaaa ajer dia :)


*Cat - Iyauuu


*Cow - Moooooh moooh


*Dog & Froggie - Owwww owww... like dog's barking sambil buat mulut.

 


Walaupun Likha dah makin besar, Mama tetap rajin refer development baby kat Baby Centre , PaMa tak pernah missed beli.... sebab kita terlalu excited nak tahu progress dia dari bulan ke bulan... Kalau refer pada baby centre, talking level untuk toddler umur Likha rasanya Likha ok dan tidak ketinggalan lagi... Mama nak compared bab pertuturan Likha dengan anak lain pun tak boleh, sebab Likha satunya anak Mama.. Nak compared dengan anak orang lain lagi tak boleh, sebab takkan sama kan... Tapi yang Mama tahu anak Mama tak bisu rasanya....


Alhamdulillah.... :)

3 comments:

alyyani said...

ish, sapa pulak bagi statement macam tu ztee? takde insurance eh. sabajela. utk 14mnths, kira cepat likha bercakap. kalau nak dgr org bercakap ni macam2 kan? sabajela...

suka part awak sebut diam but knowledgeable. agree with u :)

Dong, Dia & Azra said...

Ayyooo...memang kejam komen sebegitu. Tak patot tak patot. Sabar je la, mungkin dia maksudkan benda lain.

Alar...Azra pun belum bercakap sangat. Setakat mengajuk tu boleh la. Mengulang apa yang kita cakap. Tapi kalau nak sesuatu, puaslah nah..nah...mak bapaknya kena bawak sana sini nak fahamkan apa sebenarnya yang dia nak. Haha!

Kitorang biar je sebab budak2 ni lain-lain skill dia. Dia kurang yang ni, tapi lebih yang sana, vice versa. Lambat laun esok, becoklah dia tak larat plak kita nak jawab.

Jadi macam Likha la best. Dapat monitor dia sepanjang hari. Kalaulah kitorang mampu, memang nak mengulit Azra je sepanjang hari. Takyah gi opis pening kepala fikir keselamat anak etc.

Syaz said...

bila baca entry ni terasa nak komen..:)
situasi ni juga berlaku kat saya..anak saya yg sulung, Iman dah 2 tahun 3 bulan...sampai skrg bole dengar beberapa patah perkataan je...teramat berat mulut nak bercakap...tp dia normal..cuma dia xnak bercakap...dia bercakap bila perlu ja...

saya sampai bawa iman jumpa specialist...doc kata dia normal dan xbisu...cuma kene bg dia masa...:)

betul kata ztee...anak kita dgn anak org lain development xsama...xsemestinya anak kita yg lambat bercakap tu lembab otaknya...betol x?